Thursday, April 14, 2011

~The Ruby's Used Clothing~



The Ruby's Used Clothing ni bukan sebarang bundle tau, istimewanya bundle ini adalah milik seorang gadis cantik manis yang berasal dari Pulau Mutiara nan indah permai. Ecececeh...puji negeri sendiri lak..Hehehehehe~

Begini, nak dijadikan cerita, macam biasalah aku memang suka skodeng facebook orang (Oowh...aku memang pengskodeng yang tegar namun berhemah tinggi). Time aku tengah skodeng facebook salah seorang rakan di dalam friend list aku, aku ternampak la profile The Ruby’s Used Clothing ni. Aku perasan sebab diaorang juga ada ambil bahagian membuka booth ketika event Rock 4 right yang diadakan di Fort Cornwalis, Pulau Pinang pada 2 April 2011 yang lepas. Dan fikiran aku terus berkata Branded, menarik dan yang penting, ia vintage!

The Ruby’s Used Clothing kepunyaan Cik Rosmanita Bte Musa (Nini) ini adalah mengambil sempena nama bonda tercintanya iaitu Pn. Rubiah Bte Yusoff yang telah banyak memberi sokongan kepadanya. Menurut Nini, mulanya beliau hanya melakukan perniagaan ini sekadar suka-suka kerana waktu itu beliau masih lagi berkerja di sebuah kedai serbaneka di kawasan berdekatan rumahnya. Namun oleh kerana minat dan hobi, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan perniagaan bundle ini secara lebih serius. Menurutnya lagi, waktu itu bundle untuk wanita adalah terhad dan sukar didapati.



Sebelum beliau membuka kedai, beliau sudah mula bertapak di kaki lima, di pasar malam dan juga menyertai event, gig dan mini konsert yang diadakan di sekitar kawasan Utara. Setelah mendapati ia mendapat sambutan yang memberansangkan daripada orang ramai, beliau memberanikan diri untuk mencipta satu fenomena dengan membuka butik bundle wanita sepenuhnya dan pertama seumpamanya di Pulau Pinang. Ini kerana beliau telah mendapati dan melihat satu aspek yang kurang disenangi iaitu wanita agak malu untuk membeli barang dan pakaian di kedai bundle memandangkan kebanyakkan kedai bundle hanya menjual pakaian terpakai untuk golongan lelaki. Walaupun ada, tetapi ia agak terhad dan tidak banyak pilihan.



Konsep yang dipilih oleh Nini untuk butik bundlenya adalah Vintage dan Trendy. Namun, beliau tidak hanya menjual jenama branded sahaja, tetapi beliau juga menawarkan pakaian terpakai daripada jenama street wear seperti MNG, ESPRIT, LEVIS, TOPSHOP, FOREVER 21, ZARA dan sebagainya. Ini kerana kebanyakkan pelanggannya adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur yang terdiri daripada pelajar, dan pekerja sector awam dan swasta yang rata-rata tidak mampu untuk membeli pakaian berjenama. Harga yang ditawarkan di kedainya adalah bermula daripada RM10.00 hingga RM400.00 yang terdiri daripada seleksi T-shirt, Kemeja, Jeans, Skirt, Dress, Handbag, Kasut dan Tali Pinggang.



So, kepada korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai The Ruby’s Used Clothing, korang boleh lah mengakses maklumat-maklumat di bawah ini ya!~

THE RUBY’S USED CLOTHING
Lot 1584 Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Tel: 017-4757713
Email: Niny_Stuck@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha link kat bawah ni ok~

FACEBOOK

WEBSITE

Nota Aku: Aku baru tau butik The Ruby’s Used Clothing ni dekat dengan rumah aku di kampong. Walaweh...balik kampong nanti boleh la selalu singgah! Lovely~

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (THE RUBY'S USED CLOTHING) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers