Thursday, April 7, 2011

~Pengorbanan,,,Aku Pasti Ada Hikmahnya~



Setelah hampir lapan (8) tahun aku merantau ke negeri orang menimba ilmu dan juga hinggalah aku bekerjaya, aku pasti pengorbanan yang aku lakukan ni pasti ada hikmahnya..Instint aku sangat kuat mengatakan semuanya terjadi dan semuanya berlaku kerana aku hanyalah manusia biasa..yang hanya merancang dan hanya DIA yang menentukan..

Alhamdulillah...syukur...selama aku merantau, telah banyak pengalaman pahit manis yang aku kutip untuk aku jadikan pedoman pada masa depan...walaupun berat hati ini nak meninggalkan apa yang telah aku cipta, apa yang aku telah kecapi..tapi aku tau dan aku sangat percaya bahawa setiap pengorbanan lagi-lagi kepada kedua orang tua kita, pasti akan diberi ganjaran dunia dan akhirat..insyaallah..aku nekad dan ikhlas..mungkin sudah tiba masanya aku tinggal dekat dengan keluarga tercinta.



Tapi, aku pasti rindukan bandaraya Orkid ini, rindukan bandar sibuk Kuala Lumpur ini....AKu pasti rindukan rakan-rakan yang telah banyak mengajar aku erti hidup di perantauan....Aku pasti rindukan bebelan, gosip dan luahan perasan rakan-rakan di Ofis, di rumah....Aku pasti rindukan 'Public Transport' terutamanya Ladies Coach....Aku pasti rindukan Ikan Emas di dalam akuarium di ruang tamu rumah sewaku....Aku pasti rindukan suara-suara 'out of pitching' dan suara merdu di Uptown Shah Alam....Aku pasti rindukan rakan-rakan motor yang telah banyak membantu aku
Aku pasti rindukan semuanya....SEMUA...tak mampu aku untuk menaip satu-satu...

TERIMA KASIH AKU UCAPKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG PERNAH HADIR DALAM HIDUP AKU SEPANJANG AKU HIDUP MERANTAU DI NEGERI ORANG INI...JASA KALIAN AKU DAHULUI DENGAN TERIMA KASIH DAN AKU AKAN KENANG SAMPAI BILA-BILA...

Sayang semuanya~

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers