Thursday, December 31, 2009

~Gudbye 2009...Welcome 2010~

Selamat tinggal tahun 2009 dan selamat datang tahun 2010...

Lokasiku? 4946, Permatang Berangan B, 13300 Tasek Gelugor, S.P.U, Penang...hehehe..

2009...Terlalu banyak yang ingin aku perkatakan...banyak yang ingin aku ceritakan..pelbagai kejadian, kenangan yang berlaku secara sengaja dan tidak sengaja...yang telah pergi kita hanya mampu redha dan berdoa untuk kesejahteraannya...yang masih hidup, masih bernafas pula harus meneruskan kehidupan seperti biasa....

2009....kenangan...pelbagai sangat...tak dapat aku huraikan satu persatu...tapi 2009 telah memberikan aku suka dan duka...paling aku tidak akan lupakan...aku diterima bekerja di Suri Media Sdn. Bhd. secara rasmi selepas di offer oleh En. Nuar Md. Diah/ En. Jeremy Khalil untuk menjadi salah sorang krew untuk majalah GAYA TRAVEL...
walaubagaimanapun, aku harus berterima kasih kepada Bro Ghani Arafatz dan Bro Jinx..tanpa mereka, aku xkan dapat bekerja macam skrg...bermula dengan praktikal dengan Majalah KAPCAI, yang juga satu ofis dengan majalah GAYA TRAVEL, aku diterima untuk bekerja dengan mereka...walaupun aku skrg bersama Majalah GAYA TRAVEL, namun aku sentiasa memberikan sedikit komitmen untuk terus bersama-sama dengan Majalah KAPCAI..minat mengatasi segalanya...dan aku sangat selesa...

2009.....juga tidak akan aku lupakan...aku telah berjaya menamatkan pengajian aku di UiTM Shah Alam...dan paling mengembirakan aku...time aku konvo...MAK, ABAH, ALANG & WAWA (tunang alang) sanggup datang untuk meraikannya bersama aku...sebak dan sangat terharu kerana mereka sanggup datang dari jauh untuk melihat aku menerima ijazah sarjana muda aku tu...thanks a lot! tercapai impian aku untuk melihat MAK & ABAH datang melihat dan meraikan kejayaan aku ini......(time konvo diploma, aku gamble datang sorang2 sbb family x cukup duit untuk datang sekali...)

2009.....persahabatan yang telah terputus, terjalin semula...hubungan baru terjalin mesra...hey guys...rakan baru dan lama...terima kasih...anda membuatkan hidup aku rasa lengkap dan selesa...terima kasih...

2009.....suka dan duka akan aku semat dalam jiwa yg satu ini...mak, mak disahkan strok...OMG...dugaan yg maha hebat dariNYA...tap aku dan family lain redha...itu lah yg sepatutnya...Allah sayangkan umatnya yg redha dgn Qada' dan QadarNya...aku pasti...ada hikmah di sebalik semua yg berlaku...insyaallah...cuma cepat atau lambat...xpe, sabar...itu yg diperlukan sekarang ni...well, wish all of u guys out there to pray for my mom ya...sama2 kite doakan mak aku...harap2, 2010 ni aku dapat melihat mak kembali berjalan...insyaallah...amin..

2010....aku cuma mengharapkan aku yang terbaik...untuk semua yang aku lakukan...insyaallah...azam? hahaha..ade la...aku akan cuba pastikan ia terlaksana dengan sempurnanya...doakan aku...aku juga doakan yg terbaik untuk orang2 di sekeliling aku tidak kira sesiapapun...kawan xmau lawan k...

till next post...

~One Love, Peace & Harmony~

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers