Thursday, March 31, 2011

~BUNDLE DOUBT?~



Setelah lama aku tak menaip, terasa lak nak share macam2 kat blog aku ni..meh nak cerita sket...kalau korang perasan, fenomena bundle telah trend masa kini dan aku melihat ini sebagai satu situasi yang sangat baik lagi-lagi kepada remaja yang ingin bergaya dan berbelanja dengan berhemah.so, aku nak kenalkan korang dengan satu butik bundle yang mempunyai dekorasi yang cool dan sangat menarik. Kalau korang nak tau, DOUBT? Bundle ini adalah sebuah butik pakaian terpakai yang mempunyai tiga cawangan dan kesemuanya terletak di Utara tanahair iaitu di Bukit Jambul, Prai dan juga Sungai Petani. Istimewanya, butik DOUBT? ini menjadikan pakaian terpakai daripada negara matahari naik (Jepun) sebagai sumber utama untuk jualan barangan dan pakaian terpakai di butik mereka.



Ceritanya bermula apabila pengasas DOUBT?, Mr.Ichinokawa dan rakannya yang mempunyai band indie sepakat bersetuju bahawa muzik dan fesyen mempunyai hubung kait yang sangat kuat dan oleh itu mereka berdua juga sepakat dengan membuka DOUBT? untuk memenuhi kehendak trend semasa. Muzik telah dipilih menjadi konsep utama untuk butik DOUBT? yangt telah memulakan operasi sekitar tahun 1998 di Jepun ini. Bukan sahaja semakin dikenali terutamanya kepada pelanggan yang meminati muzik bergenre Indie, SkinHead, MODS, malah DOUBT? juga semakin dikenali di kalangan warga ‘Bikers’.



Pada tahun 2002, Mr. Ichinokawa telah memutuskan untuk membuka cawangan DOUBT? di Malaysia dan memilih negeri kelahiran aku, Negeri Pulau Pinang sebagai tapak permulaan untuk mengembangkan cawangannya pada masa akan datang.





Haa..itu lah ceritanya..so, kepada korang yang masih mencari-cari kedai bundle yang best, berkualiti dan ekonomi, mai la penang, sambil membeli belah di DOUBT? leh pekena char kuey teow, nasi kandaq dengan pasemboq nooo!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha detail-detail ni ok!

DOUBT? Prai
No. 34-A (Tingkat 1), Jalan Perai Jaya 2,
Bandar Perai Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel/Faks: 04-397 8025
FB: DOUBT?







Nota Aku: Cool kan? Kepada korang yang ingin tahu lebih lanjut mengenai DOUBT? bundle ni, sila rajinkan diri korang melawat FaceBook diaorang dengan menaip: DOUBT?


*****Article Copyright © 2011 Astarawistana Momoi articles & picture All rights reserved. Use of words & photographs in any manner without permission
are prohibited by International copyright law*****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers