Monday, April 11, 2011

Bundle Baden-Baden

Foto: Koleksi Bundle Baden-Baden (Fickri Ghafari Sulfan –Kenjisoera Photography)

“Biar layan bundle murah-murah tapi berkualiti, janji boleh nampak hensem dan bergaya! Hahahaha..”




Hensem dan bergaya, cantik dan menarik...tak salah layan bundle, kalau korang pandai mix & match, confirm korang akan nampak lain dari orang lain tau! Kadang-kadang ada gak yang “kureng” dengan bundle ni. Biasa lah..mungkin bajet diaorang ni terlebih sampai tak pandang bundle ni. Tapi tak semua la yang bajet terlebih ni tak layan bundle. Ada yang layan bundle ni sebab nak jadikan koleksi peribadi (collector). So, ini terpulang lah kepada korang samada nak layan bundle or layan butik. Bagi aku, bundle ok, butik pun ok. Takde hal lah..janji aku puas hati dengan penampilan aku tu. Korang lak amacam?

Kedai bundle ni bukan sebarang bundle, tapi bundle baaaaiikkk punyerrr! Heheh~. Bundle yang aku nak info kali ini adalah BUNDLE BADEN-BADEN (BBB). Boleh dikatakan sebulan sekali gak aku “melepek” mencari baju kat bundle ni bersama rakan-rakan aku. Kira macam sambil menyelam, minum air la sebab kedai bundle ni terletak betul-betul di tengah kawasan reakreasi dan istirehat Port Dickson. So, sambil bercuti dan beristirehat bersama rakan-rakan, dapat la juga aku cari pakaian bundle kat sini.



Di sini, terdapat pelbagai pilihan baju, topi, kemeja, seluar panjang, seluar pendek, dress, skirt, kasut dan pelbagai lagi. Untuk makluman korang juga, mereka juga sangat dikenali dengan pilihan pakaian yang berimej vintage (vintage apparel) iaitu imej yang berunsurkan muzik tahun 80-an, 90-an dan muzik moden. Kepada korang yang memang gemar mengumpul pakaian band-band top dan famous, korang boleh lah merajinkan diri untuk singgah di BBB ini. Pelbagai pilihan baju khususnya band-band top dari seluruh dunia seperti Incubus, Iron Maiden, Sex Pistols, Led Zeppelin, Rolling Stone, Rancid dan pelbagai lagi ada dijual di sini. Memang RARE! Bukan itu sahaja, berita baik kepada korang yang memang suka mengumpul kasut-kasut berunsurkan vintage dan retro kerana di BBB juga ada pelbagai koleksi kasut “rare” untuk dijadikan koleksi. Semuanya dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau korang beli banyak, korang akan dapat diskaun tau! Memang best~

Namun kalau korang nak tau, BBB ni bukan bukan hanya terdapat di Port Dickson sahaja, namun BBB boleh terdapat di beberapa lokasi lain iaitu di Kuala Lumpur (Live Bundle-Gombak), Melaka (Dataran Pahlawan Mall), Perak (Batu Gajah) dan Johor. Mereka bukan sahaja menawarkan pelbagai pakaian second hand yang berkualiti, namun yang paling best adalah harganya yang sangat berpatutan sesuai dengan bajet korang lagi-lagi korang yang masih lagi belajar. Memang best la layan bundle Baden-Baden ni! Kalau korang tak percaya, aku sangat sarankan korang untuk pergi ke mana-mana lokasi bundle ini yang terdekat dengan korang.

So, kepada korang yang masih tercari-cari kedai bundle yang best dan perpatutan, sila lah merajinkan diri korang untuk pergi ke mana-mana lokasi Bundle Baden-Baden ni ok? Aku pasti sekali korang datang, mesti korang akan datang lagi. (macam aku la..hehehehehe).

P/S: Bundle Baden-Baden juga mempunyai blogspot dan FaceBook. Kepada korang yang rajin online, boleh check this out:

Blogspot: http://badenbadenbundle.blogspot.com/
FaceBook: Baden Baden Bundle



Atau untuk maklumat lanjut tentang lokasi atau sebarang pertanyaan mengenai Bundle Baden-Baden ni, korang boleh terus berurusan dengan:

Nazir : 012-2526511 begin_of_the_skype_highlighting              012-2526511      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting              012-2526511      end_of_the_skype_highlighting
Fickri : 012-3966926

Nota Aku: Tak semestinya layan bundle ni selekeh atau takde duit...bundle ni RARE weh...pandai-pandai la korang pilih dan mix & match, pasti korang nampak lain dari yang lain!~

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Koleksi Bundle Baden-Baden-Fickri Ghafari Sulfan: Kenjisoera Photography)) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

1 comment:

  1. awk berniaga pkaian lelaki shj atau perempuan skli?
    kalu nk borong pakaian perempuan, blh la info sy..sy nk jual secara borong..semua brg branded.. (Nichole, diesel & sebagainya)

    kalu nk, reply sy ya atau whatsapp pn blh 0166253881
    sy jual murah je sekali borong.

    ReplyDelete