Thursday, April 28, 2011

~Love Grunge - Migrain~



Berpaksi kepada genre Love Grunge, Migrain yang bertapak di Alor Star ini telah lama mewarnai arena muzik underground Malaysia. Jika korang nak tau, Migrain, dahulunya adalah dikenali sebagai Kumpulan Just See yang ditubuhkan sekitar tahun 2005. Line up Just See ketika itu dibarisi oleh Teh, Mudd Menn, Mudd Yeh, Anuar dan Arm. Namun oleh kerana mereka tidak terlalu aktif dan mempunyai komitmen masing-masing, maka mereka mengambil keputusan untuk berpecah. Walaubagaimanapun, mereka semua kemudiannya terus aktif di dalam scene muzik bersama band baru mereka.

Oleh kerana semangat untuk terus berbakti dan mewarnai arena muzik underground, pada tahun 2007, Migrain terus mengorak langkah dengan line-up baru mereka yang terdiri daripada Jan, Teh, Azam, Amet dan Afdhal. Menurut Teh, Migrain tidak mempunyai apa-apa maksud, mungkin hanya kerana sikap mereka yang gila-gila yang membuatkan orang lain boleh migrain. (Terfikir aku, sikap mereka yang macam mana yang boleh buat orang lain migraine tu? Heheheh...) but, it’s cool!



Menurut Teh lagi, penubuhan band Migrain ini telah memberi peluang untuk mereka beraksi di gig-gig kecil sekitar Negeri Kedah, Penang, Melaka dan Kuala Lumpur. Untuk makluman korang, Migrain mengetengahkan genre Love Grunge iaitu Grunge yang lebih lembut dari genre Grunge yang kebiasaan kita dengar.

Tidak beberapa bulan selepas itu, mereka mula merekod single pertama mereka yang berjudul Don’t Leave Me. Single Don’t Leave Me ini telah berjaya direlease pada pertengahan tahun 2008 yang lalu. Single hasil ciptaan saudara Wadi dan saudari Noni ini telah memberi semangat baru kepada mereka untuk terus mewarnai industri seni pada ketika itu. Kiranya single ni macam pembakar semangat mereka la..heheheh~

Setelah mengeluarkan single Don’t Leave Me itu, mereka terus bertungkus lumus mendapatkan duit untuk menghasilkan EP pertama yang berjudul LOVE GRUNGE. EP ini telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2009 hasil bantuan daripada Baity, Matyeh, Apit, Wady, Noni, Azim, Dara 48 dan juga Uncle Bard. Tanpa mereka, mungkin EP ini tidak dapat dikeluarkan tau! EP ini mengandungi lima buah lagu iaitu tiga buah lagu Bahasa Melayu dan dua lagu Bahasa Inggeris. EP ini juga telah memuatkan empat bonus track iaitu masing-masing dua lagu daripada band DISH dan juga band ARUS. Jadi jika ditambah, ditolak didarab dan dibahagi, maka kesemua lagu yang terdapat di dalam EP ini adalah sebanyak sembilan buah lagu. Menariknya lagi tentang EP Love Grunge ini adalah, ia telah dikeluarkan percuma kepada semua. Wow! Menarik.



Kalau korang nak tau lagi, sepanjang mereka aktif di dalam scene underground ni, mereka telah banyak membuat persembahan bersama rakan-rakan band yang lain antaranya, seperti Vigil, Hurly Burly, Nameless dan 199X. Bercakap mengenai perkembangan terbaru mereka pula, mereka masih di dalam perancangan untuk merekod EP terbaru mereka termasuklah merekod lagu-lagu yang telah lama tersimpan dan lagu-lagu yang baru dicipta oleh mereka.

So, kepada korang yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin mendengar lagu-lagu daripada band Migrain ini, korang boleh terus terus mengusha link MYSPACE mereka ni ok!~

Discografi:

Single – Don’t Leave Me (2008)
EP 2009 – Love Grunge

1. Terbang Melayang
2. Pasrah
3. Oh You!
4. Kenyataan
5. Don’t Leave Me

Bonus Track

6. Penglipur Lara (DISH)
7. Kencana Dewi (DISH)
8. Saban Hari (Arus)
9. Kakiku di Bibirmu (Arus)

Nota Aku: All the best kepada Migrain. Tak sabar nak tunggu EP terbaru korang. Dah siap nanti, jangan lupa kasi aku satu ya! ;) Terus berkarya tanpa batasan~

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MIGRAIN) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;)*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers