Monday, April 18, 2011

~Mitos @ Kepercayaan Karut tentang Haid/Period~

Aku nak kongsikan dengan korang tentang kepercayaan karut ketika Haid/Period. Biasalah kan..manusia ni lebih suka percaya benda-benda karut daripada percaya 100% kepadaNya kan..hohoho...so, lets check it out~

MITOS: Tidak boleh mencuci rambut ketika haid kerna ia akan menyejukkan badan
FAKTA: Ketika inilah aspek kebersihan sangat dipentingkan. Tiada sebab mengapa korang tidak boleh mandi atau mencuci rambut malah, mandi di dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut.TETAPI cuba hindari daripada mandi dengan air yang terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan PENGECUTAN RAHIM.

MITOS: Tidak akan hamil jika mengadakan seks ketika haid

FAKTA: TIDAK BENAR. Di dalam Islam sendiri melarang umatnya mengadakan hubungan seks ketika haid. Bagaimanapun jika korang melakukannya, korang masih boleh mengandung kerana haid bukanlah pencegah kehamilan.

MITOS: Sindrom Prahaid (PMS) hanya mainan perasaan

FAKTA: Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi korang berubah-ubah.

MITOS: Haid menyebabkan badan lemah, jadi tidak digalakkan bersenam atau melakukan aktiviti berat/lasak.
FAKTA: Haid adalah fungsi badan yang normal bagi seorang wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. Korang masih boleh melakukkan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. TETAPI di dalam sesuatu keadaan, Haid boleh menyebabkan seorang wanita itu kepenatan lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang darah (Anemia).

MITOS: Tempoh haid adalah hanya TUJUH (7) hari sahaja
FAKTA: Tempoh haid setiap orang adalah berbeza dan secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari. Namun jika tempoh haid korang melebihi 15 hari, korang disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeeriksaan lanjut.

MITOS: Tidak boleh berenang ketika haid

FAKTA: Wanita yang menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

Haaa..inilah antara mitos-mitos yang sering membelengu para wanita especially kepada remaja yang baru datang haid. So, korang jangan takut untuk bertanya kepada kakak, mak atau rakan-rakan perempuan korang. Bak kata pepatah, MALU BERTANYA SESAT JALAN...hehehe..ye tak?

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers