Tuesday, May 3, 2011

~Jangan Pertikaikan Orang Lain~



Sesedang 'ketat' untuk menyiapkan artikel-artikel untuk dateline esok, aku teringat tentang cerita semalam ketika aku melepak di rumah rakan rapat kepada kazen aku. Ceritanya mengenai seorang 'artis' baru nak UP ni..

Nak dijadikan cerita, dah lama dia add aku kat FB..time tu aku main approve jela coz ramai gak mutual friend antara aku dan dia. Dah lama-lama, aku selalu la dapat notification dia kat ruang facebook aku..rupa-rupanya dia ni nak jadi 'artis' dengan lebih afdhal, nak jadi penyanyi...its ok lah..aku tak kesah lah tentang tu coz aku sentiasa support kawan-kawan ni.

Tapi, apa yang membuatkan aku rasa tak best dan agak meluat dengan sikap dia ni bila dekat sebulan jugak lah inbox aku dipenuhi dengan notifications sebab dia telah tag videoklip single terbaru dia kat inbox aku dan yang lain-lain. Aku rasa dekat beratus orang gak kot..ke semua friend list dia...friend list dia lak ada la dekat 3000++...so, korang dapat bayangkan tak macam mana perasaan korang bila inbox di FB dan inbox di email korang penuh dengan notification orang yang memaki hamun dan memuji????

ARGGGGGHHHHH!! gila jugak lah aku...yela, dah sah-sah facebook dan email aku penting..facebook dan email aku tu kan sumber kerja aku...gila! yang lagi membuatkan aku rasa nak marah bila ada orang puji, dia boleh reply dengan ucapan terima kasih..tapi bila orang yg marah-marah, dia senyap je...what the hell??!!

Last-last, dah dekat sebulan gak la menda ni jadi dan notifications aku pun beriban-riban la kan..so, aku dengan panas hati terus sound direct kat dia kat inbox tu yang disaksikan orang ribuan orang yang lain..

Aku sound pagi, tengahari tu gak dia reply cakap "SAMPAI HATI HANG CAKAP MACAM TU KAT AKU..TU BUKAN SALAH AKU..TAPI SALAH FACEBOOK SENDIRI..AKU TAK TAU APA-APA PUN..."


Weh bro, hang ingat aku ni bodoh sangat ka pasai bab-bab facebook ni? Hang ingat aku tak reti nak setting pasai email notification tu ka? hang tau dak aku tak setting email notification tu untuk inbox SAHAJA tau! sebab apa? sebab senang aku nak pantau bila aku tengok kat email aku..dan kalau hang nak tau, inbox kat FB dan email aku tu aku guna untuk KERJA aku! hang paham dak?



Alahai...bukan aku nak mengata, bukan aku tak support...bila ada yg teguq, yang kritik, bukan aku sorang..ramai kot yang tegur...tapi hang takmau terima teguran depa tu..hang anggap depa jeles..depa busuk hati..hang asik dok negatif ja pasai kritikan depa tu..tapi bila ada yang puji, LAJU ja hang ucap terima kasih..adesh...

Lepas aku dengar cerita daripada rakan kazen aku semalam, lagi la aku mendidih...HANG SAPA NAK PERTIKAIKAN AKU? Hanya sebab aku tak reply mesej hang mintak aku promot hang dalam majalah aku, hang mengata aku sedap-sedap noo? Caish! macam ni ka artis baru nak up?? Tolong la weh...first time aku jumpa orang mcm hang..budak2 band yang lagu dan suara lagi best dari hang pun takdak perangai macam hang ni...tolong menolong sesama sendiri..ni, hang sorang ja nak up..bila rasa kawan-kawan takleh tolong, p jaja abih kat semua orang..p mengata belakang...ni bro, mai la sembang dengan aku face to face..aku ni kira baik lagi la..hang belum lagi tengok senario realiti seorang artis...harap-harap hang jangan menanges lak nanti k!

Aku bukan apa, aku tak kesah hang nak kutuk-kutuk aku..tapi jangan pertikaikan apa yang sedang buat, apa kerja aku, apa minat aku..jangan ingat lagu-lagu hang baru diputarkan kat radio online, hang nak belagak..mau dok rilex la weh..baru buat cara baru...jangan senang dengan pujian ja, amek la kritikan tu sebagai fokus utama untuk hang baiki apa yang patut..



So, aku dengan ini mengucapkan all the best kat hang..semoga hang akan sukses dalam bidang yang hang ceburi ni..harap-harap aku boleh dengaq lagu-lagu hang berkumandang kat ERA FM, HOT FM, SINAR, SURIA, XFRESH dan lain-lain lagi...

P/S: Pesanan aku kepada rakan-rakan yang baru nak up tak kira la korang solo mahupun berkumpulan, JANGAN TENGGELAM DI DALAM PUJIAN RAKAN YANG ASALNYA HANYA INGIN MENJAGA HATI korang..jaga diri baik-baik..ONE LOVE, PEACE & HARMONY~

No comments:

Post a Comment