Wednesday, June 8, 2011

~Sekumpulan Orang Gila~



Sekumpulan Orang Gila? Siapa diaorang ni? Gila sangat ke? Hehehe...Ok lah, meh aku nak kenalkan korang dengan sebuah band yang dianggotai oleh enam remaja yang hensem, bergaya dan berkomitmen tinggi iaitu Sekumpulan Orang Gila atau lebih dikenali dengan singkatan SOG. Kalau korang nak tau betapa gila mereka ni, meh la baca review ni sampai habis..heheh~

Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah kumpulan indiependent tempatan daripada Batu Caves, Selangor ini memilih untuk membawa rentak Post-Hardcore/Metalcore sebagai konsep utama untuk penghasilan melodi lagu mereka. Mereka terdiri daripada enam anak muda yang berbakat iaitu Acap (Vokal / Screamer), Adek (Gitar / Clear Voice), Nazrin (Gitar / Clear Voice / Seruling / Cello), Lee (Drum), Mel (Bass) dan Naz (Keyboardist / Synth).

Kalau korang nak tau, SOG bermula pada pertengahan tahun 2005 dimana mereka hanya terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Adek, Nazrin, dan Razali yang pada masa itu benar-benar bersemangat untuk membentuk sebuah band. Lalu mereka memutuskan untuk membentuk sebuah band rock dengan nama Sound Of Genosid. Dan mereka menjadikan System Of A Down sebagai influence terbesar mereka pada waktu itu. Mereka mula bermain dengan lebih serius ketika awal tahun 2008 dan ketika itu jugalah Mel dan Acap turut menyertai untuk memantapkan lagi band ini. Setelah berbincang sesama mereka, mereka telah bersetuju untuk menukar nama dari Sound Of Genosid kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG).



Kemudian, mereka terus mengorak langkah dengan melancarkan promo pertama mereka yang telah dirakam oleh mereka sendiri pada akhir tahun 2008. Seterusnya, pada pertengahan tahun 2009 pula, Sam telah menggantikan Nazhar untuk bersama-sama melengkapkan band ini.

Sejak dari itulah, mereka semakin bersemangat untuk memperluaskan pengaruh muzik mereka dengan menjadikan band daripada British Rock seperti Muse, Radiohead dan Coldplay sebagai influence muzik bawaan mereka. Selain itu, mereka juga menjadikan band seperti The Devils Wears Prada, Asking Alexandria dan Underoth sebagai influence kepada melodi yang berentak lebih berat. Nazrin dan Adek juga tidak mempersia-siakan ilmu yang mereka pelajari di universiti dengan memanfaatkan pengetahuan ilmu muzik mereka ke dalam setiap rentak dan melodi lagu-lagu SOG. Dengan pengetahuan muzik mereka ini, mereka telah menambah dan memasukkan elemen dan melodi muzik dunia asli seperti Afrika, India dan Arab. Mereka juga memasukkan elemen daripada lagu-lagu tradisional Melayu serta beberapa elemen klasik seperti Baroque dan Romantis. Dan sebagai hasilnya, mereka berjaya mencipta sebuah crossover atau tune hibrid yang menjadikan mereka lebih fleksibel untuk menyertai apa jenis acara termasuklah gigs underground, malam Prom, acara-acara korporat, sesi akustik dan juga acara mainstream. Nah..sungguh berbakat kan?

Bercakap mengenai nama kumpulan mereka ini, aku pasti ramai yang tertanya-tanya mengenainya kan? Kalau korang nak tau jawapannya, jom la cuba tengok persembahan mereka ketika di atas pentas dulu! Heheheh.

Kalau korang nak tau, sebagaimana nama band mereka, macam tu lah jugak mereka membuat persembahan. Mereka akan melakukan dengan penuh semangat, dan ini boleh dilihat dengan persembahan mereka yang hiper dan energenik yang sering kali memberi kepuasan kepada setiap crowd yang hadir. Tapi korang jangan lah takut kerana itu hanya akan berlaku ketika mereka melakukan persembahan sahaja ya. Didalam alam realiti, mereka semuanya siuman dan waras ye. So, jangan takut, malu atau segan untuk berkenalan dengan mereka.

Selain melodi yang kreatif dan persembahan yang penuh bertenaga, mereka juga sering menarik perhatian dengan membawa alat-alat muzik yang jarang kita lihat seperti Cello dan Seruling Buluh untuk dimainkan ketika persembahan mereka. Mereka juga sering mencipta perbezaan serta kelainan lain dari yang lain dengan membawa set alat muzik visual yang jarang-jarang korang lihat di setiap persembahan mereka. Mereka juga acap kali mendapat undangan untuk membuat persembahan di setiap pelusuk negeri.

Antara pencapaian SOG baru-baru ini mereka telah menjadi juara Battle Of Akustik 2010 yang telah diadakan di Lepaq Cafe, Kelana Jaya dan Nazrin juga adalah pemenang tempat ke-dua bagi acara Keynote iaitu sebuah rancangan realiti mencari bakat komposer muda. Antara lagu-lagu mereka adalah seperti Guess What, There’s No More Friday Nite Out!, Satu Melayu, Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus, I Love You, Lust, Ilmu (teaser), Hantu (Teaser).

So, kepada korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai SOG, korang boleh lah merajinkan diri mengusha Fanpage mereka di Facebook iaitu: SOG. Dan jika korang nak booking diaorang untuk perform, korang leh contact:

Adek (017-241 6167) & Razali (017-544 1634)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi & Mohamad Nazreen) & Pictures (SOG & Hanif Fazalul) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers