Sunday, September 25, 2011

~FRINJAN 23 & Interaksi Balik Pulau~

Assalamualaikum...
Ari ni aku nak update flyers event utk tatapan korang...firstly event dari komuniti FRINJAN.....Kalau korang yang belum tahu apa itu Frinjan, Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'Fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni pelbagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu2 politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak2 muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana2.

Pekan Frinjan
Acara utamanya ialah Pekan Frinjan di sering diadakan di Shah Alam yang bermula pada 1hb Mac 2009 dan sehingga kini. Sesiapa sahaja boleh mengekspresikan diri mereka di pentas Pekan Frinjan tanpa ada batas politik, sosial, darjat mahupun ras.

So, kepada korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai aktiviti dari komuniti Frinjan, korang boleh usha maklumat2 di bawah ni ok!


Flyers terbaru dari komuniti Frinjan



No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers