Saturday, February 18, 2012

~Revenge Of Gundam Army~



Oleh kerana angin KERAJINAN aku telah datang dengan penuh kusyuk, aku dengan ini ingin berkongsi info mengenai sebuah lagi band indiependent buatan anak muda tempatan kita iaitu ROGA. So, let's check this out guys!

Mesti korang tertanya-tanya, apakah maksud ROGA ni kan? Sebenarnya, perkataan ROGA ini adalah singkatan kepada Revenge of Gundam Army. Walaupun begitu, tiada seorang pun di antara ahli band ini yang mengumpul figura Gundam (sebuah permainan/figura robot dari Jepun) sebagai koleksi. Namun mereka memilih nama band ini sebagai ROGA kerana ia mudah diingati dan kerana irama muzk yang dimainkan oleh mereka adalah seperti lagu tema robot yang sedang berperang.

Jika korang nak tau, kumpulan ROGA ditubuhkan secara rasmi pada sekitar pertengahan tahun 2011 yang lalu dan dianggotai oleh empat orang anak muda yang semuanya berasal dari Kuala Lumpur iaitu Yusrizal Ome sebagai pemain gitar utama, Muhammad Shahril sebagai pemain gitar kedua, Ariff Syafik sebagai pemain gitar bass dan Muhammad Haq sebagai pemain drum. Bercerita mengenai sejarah awal mengenai band ini, ia bermula seawal tahun 2007 dimana ketika itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai Banweed dengan seorang lagi ahli iaitu Muhammad Farid sebagai vokalis. Namun, dua tahun selepas itu, kumpulan ini tidak dapat bertahan lama dan mengambil keputusan untuk berpecah membawa haluan masing-masing.

Walaubagaimanapun, Yusrizal dan Ariff tetap meneruskan perjuangan dengan band yang ditubuhkan ketika zaman sekolah Yusrizal yang diberi nama Misbehave. Setelah setahun bersama Misbehave, bersama-sama line-up lain iaitu Ridzwan sebagai pemain drum, Yusrizal, Wan, Farid dan Adli selaku perkusi, mereka telah menubuhkan sebuah lagi kumpulan baru yang diberi nama Emosi Studio dimana kejayaan terbesar mereka bersama band ini adalah mendapat tempat ketiga ketika pertandingan Youth 10 Battle of the Bands yang bertempat di PWTC pada tahun 2010 yang lalu. Namun, ia tidak bertahan lama dan mereka telah mengambil keputusan untuk berpecah. Bak kata pepatah, ‘alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan’, maka setelah kira-kira satu tahun setengah band Emosi Studio berpecah, Yusrizal, Ariff, Haq dan Shahril telah bersetuju untuk menjadikan ROGA sebagai band yang terbaik setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang telah dan akan mereka hadapi pada masa kelak. Pada pertengahan tahun 2011 yang lalu, secara rasminya kumpulan ROGA telah ditubuhkan.

Seperti band-band lain, pasti setiap band mempunyai pengaruh dan ikutan sebagai panduan di dalam penciptaan melodi dan penulisan lirik lagu mereka. Antara band-band yang menjadi pengaruh mereka adalah seperti Butterfingers, Muck, Bloody Marry, Servent Jamm, Slicepin Daze, 18sgg, Damn Dirty Apes, Muze, Akta Angkasa, Nirvana, Alice in Chain, Foo Fighters, Radiohead, TOE, REGA, Explossions in the Sky, Blind Melon, Mogwai, Hammock, Collapse Under Empire dan lain-lain lagi. Jika korang perasan dan pelik melihat nama-nama band grunge adalah majoriti di dalam pengaruh muzik mereka. Namun pada hakikatnya, bagi mereka genre ini tidak pernah mati dan mereka masih tetap memainkan lagu berentak grunge di dalam persembahan mereka sebagai selingan kepada lagu-lagu ciptaan mereka.

Kini mereka giat mempromosikan band ROGA dengan menyertai event-event anjuran Pentas Aksi dan Demoplanet TV di bawah projek I’M Singles (Indie Music Singles) yang menampilkan 100 single dari 100 band/solo indie tempatan.

So, kepada korang jangan lupa nantikan EP mereka dan jika korang ingin mengetahui lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang band ROGA, korang boleh lah usha maklumat-maklumat di bawah ini ya!

Facebook : ROGA

Email : yus_ome2@yahoo.com

Youtube : www.youtube.com/user/rogamusic2010

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (ROGA) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****


No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers