Wednesday, April 27, 2011

~Sensitiviti Haruslah Dijaga~



Time aku merayau kat FB tadi, aku terjumpa la satu fanpage/group yang dibuat untuk menyatakan ketidakpuasan beberapa individu ini dengan individu/kumpulan dari sebuah negeri di Pantai Timur Malaysia. Group ini diberi nama "SAYA BENCI BUDAK KELANTAN".

First thing yang hadir kat otak aku: PERLU KE? APAKAH RASIONALNYA? UNMATURED! PEROSAK KEDAMAIAN NEGARA!

Ooowhh..bagi aku, kenapa perlu nak buruk-burukkan negeri lain? Kita hidup di Malaysia ni, hidup secara muhibah. Tak perlu dipertikaikan baik buruk sesuatu Negeri itu..takkan hanya sebab nila setitik, habis susu sebelanga? Pemikiran yang sungguh tidak matang!

Aku berasal daripada Pulau Pinang..lahir di sini, bersekolah dari tadika hingga SPM..lepas habis SPM, aku sambung Diploma kat UiTM Perak, then sambung Degree kat UiTM Shah Alam..korang pun boleh agak kan aku bercampur dengan pelbagai orang..

OOwwhh ya, dulu aku memang kurang suka dengan attitude orang dari Negeri Kelantan setelah saban masa dilayangkan dengan cerita oleh media massa dan elektronik yang rata-rata berat sebelah. lagipun hidup aku ketika itu hanya di dalam penyokong yang terberat sebelah itu sahaja..sehingga aku pernah jadi fanatik untuk membenci mereka.

Tapi alhamdulillah..Tuhan tunjukkan aku supaya aku boleh menukar arus pemikiran dan memadam fikiran negatif aku tentang mereka. Semenjak aku mula keluar daripada kepompong dan bebas bercampur dengan semua orang daripada pelbagai negeri, perspektif aku telah lama kelamaan bertukar.

Aku mula berkawan baik dengan rakan-rakan daripada Negeri Kelantan ni..bukan itu sahaja, hampir setiap negeri di Malaysia ini aku ada kawan tau..best..betul lah orang-orang tua berkata "TAK KENAL, MAKA TAK CINTA"..jangan korang terus menghentam orang secara buta tuli tanpa mengenali mereka secara dekat..dan korang perlu la bijak memilih kawan..kalau kawan korang tu jahat, nasihatlah..jangan korang pun nak ikut dan bila tergadah, korang salahkan kaum kerabat mereka pulak..sungguh tak adil kan?



So, moral of da story..jangan hanya kerana seseorang, atau hanya kerana pernah terluka dengan mereka, kamu nak lemparkan tuduhan melulu sesedap rasa. Sebelum membuat tuduhan itu, fikir lah dulu..benda macam ni mana boleh buat main-main beb! Sensitiviti orang kena la jaga..tak boleh men hentam sahaja..Kalau orang kutuk negeri aku pun aku mengamuk..hohoho...Dan kalau memilih kawan tu, pilih la yang boleh bagi kebaikan kat korang..yang p pilih kawan-kawan yang tak tentu hala tu buat apa? kan dah merana diri sendiri..hehehe...

Ok lah..I LOVE MALAYSIA..I LOVE SEMUA NEGERI (ikhlas tau!) PEACE, NO WAR GUYS!~

*****SEMUA GAMBAR ADALAH EHSAN GOOGLE*****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers