Saturday, July 2, 2011

Mercy Side



Di kala lampu bilik aku lip lap lip lap dan sambil menunggu adik aku balik keje membeli starter mentol baru, aku nak kenalkan korang dengan sebuah band yang diberi nama Mercy Side. Ditubuhkan pada sekitar tahun 2009, band yang bermula di Setapak Kuala Lumpur ini dianggotai oleh empat orang anak muda yang sangat berkomitmen untuk melihat industri muzik Malaysia khususnya scene indiependent terus ke hadapan iaitu Ijat, Zoro, Aidil dan Emran.

Nak dijadikan cerita, nama Mercy Side (MS) tercetus semasa perbincangan di sebuah kedai makan di Setiawangsa dimana nama MS ini diberi oleh salah seorang ahli band dan juga bekas pemain bass MS iaitu Shafik. Kalau korang nak tau, asalnya band MS dianggotai oleh lima orang iaitu Ijat, Zoro, Shafik, Agie dan Mawi. Di awal kemunculan mereka dengan berbekalkan 10 lagu ciptaan mereka sendiri, mereka telah menyertai pelbagai event antaranya, Battle of the Band Yamaha Asian Beat dan juga ROTTW Soundstage. Walaupun rezeki tidak menyebelahi mereka ketika itu, mereka tetap bersemangat meneruskan perjuangan mereka dengan menyertai gig pertama mereka di Paul Place Jalan Klang Lama. Ketika ini mereka hanya bermain dengan empat orang kerana Shafik mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan. Kemudian, ketika ini juga lah mereka menukar posisi dengan Aidil sebagai drummer, Ijat sebagai gitar kedua dan juga penyanyi utama di dalam MS.



Kemudian, pada gig kedua mereka di Myevo Clubhouse, Cheras, mereka telah membawa single terbaru mereka iaitu Parah. Mercy Side juga sering menerima jemputan untuk membuat persembahan antaranya di Resort Sri Aman Janda Baik anjuran J-Club. Ketika itu Shafik telah menarik diri dan tempatnya telah diganti sementara waktu oleh pemain bass daripada band Kitchen Crew. Mereka juga pernah menyertai Indie Big Jamm di IOI Mall Kulai bersama Grey Sky Morning dan juga Awan Band. Ketika ini lah mereka membawa lagu baru mereka yang bertajuk Blog yang juga mendapat liputan daripada salah satu akhbar Bahasa Inggeris terkenal iaitu The Star. Ketika event di Dataran Merdeka anjuran 2crank, Aidil telah diberi kepercayaan untuk bermain di dalam posisi bass dan ahli baru iaitu Emran pula di posisi drum.

Mengikut Zoro lagi, projek terbaru mereka adalah DOME2011 iaitu kerjasama antara Demoplanet TV yang akan disenaraikan di dalam Malaysia Book of Record. Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan komuniti Senyap di dalam event Music Addict. Buat masa ini, MS masih dalam proses menyiapkan EP yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

So, kepada korang yang nak tau lebih lanjut mengenai Mercy Side, korang boleh lah terus mengikuti perkembangan mereka di laman sosial Facebook mereka iaitu: www.facebook.com/mercyside.

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MERCY SIDE) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers