Saturday, July 2, 2011

Vespa Vs Lambretta



Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang pemilik jentera klasik lagi retro ini, meh aku cerita sikit mengenai asal usul Vespa dan Lambretta ni kat korang. Jika korang nak tau, Vespa dan Lambretta yang juga dikenali sebagai ‘Skuter Besi’ ini pernah menjadi satu trend yang menjadi ikutan anak muda ketika zaman kegemilangannya dahulu iaitu antara era 1940-an hingga 1960-an.

Mengikut sumber, Vespa ni telah wujud seabad dahulu lagi iaitu sekitar tahun 1884. Lama betul kan? Dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Vespa kepada dunia ini ialah Mr. Enrico Piaggio. Kalau korang nak tau lagi, Vespa dan Lambretta ini bukan hanya popular di luar negara sahaja, namun korang juga boleh melihat semakin ramai anak-anak muda yang meneruskan legasi trend klasik dan retro ini di negara kita terutamanya di sebelah Pantai Timur.



Berbalik kepada cerita mengenai Vespa dan Lambretta, untuk isu kali ni aku nak cerita pula pemilik dua buah jentera skuter besi ini yang bernama Mohd Radziman bin Abdul Rahman atau lebih dikenali di kalangan rakan-rakan dengan nama Gman. Peminat barang-barang bundle dan klasik ini mula aktif menyertai kelab vespa ketika beliau masih di bawah umur iaitu ketika berumur 16 tahun lagi. Namun ketika itu dia hanyalah menumpang rakan-rakan. Ketika beliau berumur 20 tahun, beliau telah berjaya memiliki sebuah Lambretta SX iaitu keluaran pada tahun 1960-an. Dan kalau korang nak tau, dia telah menghabiskan hampir RM10,000 untuk proses baik pulih dan restorasi Lambretta ini. Fuhhhhh...masyuukkk~



Pada tahun 2009 yang lalu, beliau telah berjaya menambah koleksi klasik beliau dengan memiliki sebuah Vespa Excel. Kemudian, beliau mula aktif menyertai sebuah kelab vespa di Seremban iaitu Serembaniac dengan niat untuk menambah kenalan dan berkongsi ilmu tentang vespa dan lambretta beliau. Namun, kelab ini tidak bertahan lama dan telah pun dibubarkan. Walaupun kelab vespa ini dibubarkan, semangat ‘skuter besi’ beliau tetap melangit tinggi. Beliau tidak segan silu menyertai konvoi dan aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab vespa dari negeri lain. Perhimpunan Skuter Kebangsaan (PSK) dan Karnival Klasik Kuala Kangsar adalah antara event yang wajib disertainya.

So, kalau korang yang berkenan dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang restorasi yang telah dilakukan oleh beliau, korang boleh lah terus berurusan dengan beliau di talian: 017-685 2802 – Gman

Nota Aku: Skuter Besi ke, Skuter Plastik ke, janji boleh jalan atas jalanraya kan? i love skuter! Rindunya aku pada zaman-zaman ‘minah skuter’ dulu..heheheh~

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (GMAN & COLEHWAHEEDA) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers