Saturday, July 2, 2011

Si Gadis RXS Melaka



Cik Nur Hidayah Mohamad Daris atau lebih dikenali sebagai Gadis RXS Melaka ini adalah salah seorang daripada geng Retro Malaysian Riders. So, meh aku nak cerita sikit pasal motor kesayangannya ini..kalau korang nak tau, asalnya motor ini adalah hak milik dan aset abahnya untuk mengorat ibunya ketika zaman bercintan-cintun dulu. (Haaa..romantik kan?) Jentera retro Yamaha RXS 115 model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1982 ini masih di dalam kondisi tip-top dan hanya perlu sedikit jagaan sahaja.

Menurut Cik Dayah lagi, motor ni dulunya digunakan oleh abahnya untuk kegunaan harian dan untuk kegunaan mengorat awek ketika zaman bujangnya dahulu. Korang jangan pandang rendah, motor ni dah pernah sampai ke Singapura tau. Kata abahnya, dulu masuk Singapura tak macam sekarang, sebab dulu motor yang berasap masih boleh dibenarkan masuk ke sana.



Sudah dekat tiga tahun Cik Dayah memiliki jentera retro ini dan kalau korang nak tau, start dari sini lah dia mula berjinak-jinak untuk join geng-geng motor retro di sekitar Negeri Melaka ni. Beliau juga banyak menyertai konvoi dan event-event motor yang diadakan di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, dan sekitar Lembah Klang. Menurut gadis yang menjadi pujaan abang-abang di dalam Kelab RMR ni lagi, motor kesayangannya ini tidak memerlukan jagaan yang rapi, cukup hanya dengan membersih, mengelap dan diservis selalu. Kos untuk penjagaan motor ini pula tidak lah terlalu banyak, cukup lah hanya sekadar dijaga supaya selamat dan nampak bersih.



Dah membebel panjang cerita pasal Cik Dayah ni, korang mesti nak tau siapa gerangan Cik Dayah ni kan? So, kalau tak malu, meh la usha info-info dan gambar-gambar kat bawah ni ye..dan jika korang ada hati nak mengorat atau nak minta nombor telefon Cik Dayah, sila berurusan dengan Pakcik Mohamad Daris ye..lebih afdhal katanye..ha, brani ke?

Nama : Nur Hidayah bt Mohamad Daris
Umur : 10.3.1987 (24thn - 2011)
Lokasi : Melaka Bandaraya Bersejarah
Jentera : Retro YAMAHA RXS 115 1st Model
Tahun : 1982
Kondisi : Standart, jimat minyak, rim besi ( biar nampak berkilat )
Kos Jentera: tak byk kos..sebab dpt moto ni dah sempurna rupa bentuk asal
Aktif di: facebook dan forum RETRO MALAYSIAN RIDERS
Info :www.facebook.com/gadisMLK azuramengamuk.activeboard.com/gadisRXSmelaka

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Nur Hidayah Bt Mohamad Daris) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers