Tuesday, September 6, 2011

MIND BLANK


FIKIRAN ‘KOSONG’, KARYA ‘BERISI’

Pertama kali aku mendengar lagu-lagu mereka adalah pada awal tahun yang lalu. Pertama ayat yang singgah di fikiran aku, boleh tahan jugak budak-budak ni ya! Aku juga sering mengikuti perkembangan mereka di dalam laman sosial Facebook dan ternyata niat mereka ‘terjebak’ di dalam arena muzik ini bukan hanya cakap kosong namun daripada effort mereka untuk memperkenalkan band mereka kepada orang ramai, ternyata mereka sangat bersungguh-sungguh.

Menurut Fixx Raven, band yang memilih Pop Punk / Rock sebagai genre utama mereka ini ditubuhkan pada 19 Mac 2009 oleh beliau dan juga Fadd. Pertama kalinya idea penubuhan band ini tercetus ketika ahli asal mereka yang terdiri daripada Akir (vokalis), Fixx (Gitar Utama), Fadd (Gitar Rhythm) Fizz (Bass) dan Khir (Drum) melepak di sebuah restoran mamak di sekitar Ipoh. Walaupun line-up asal tidak bertahan lama, namun mereka tetap meneruskan perjuangan mereka untuk terus bersama-sama mewarnai arena muzik tempatan.

Dengan berbekalkan semangat yang jitu, pada sekitar awal Disember 2009, Mind Blank telah melengkapkan kembali line-up mereka dengan ahli baru iaitu Fixx (Vokalis & Gitar Utama), Fadd (Gitar Rhythm), Kran (Bass) dan Akir (Drum). Pada ketika ini jugalah tercetusnya dua lagu yang ditulis sendiri oleh mereka iaitu Keputusan dan Merajuk. Namun bak kata pepatah, disangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan tetap jua turun di tengahari. Sekali lagi line-up ini berpecah dan tinggallah Fixx yang terus bersemangat untuk menaikkan kembali nama Mind Blank. Kerana sayang kepada Mind Blank, Fixx telah mengajak Fizz untuk terus bermain dengan Mind Blank untuk persembahan pertama mereka iaitu di Restoran Asam Pedas Corner.


Selepas itu mereka mula aktif dengan persembahan di sekitar Bandar Ipoh antaranya di Greentown Mall, Ipoh. Event KER@BOO adalah antara event pertama yang telah memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di hadapan orang ramai. Kemudian, mereka terus bermain untuk event anjuran KER@BOO pada bulan Julai hingga September 2010. Sepanjang event ini berlansung, mereka telah menyanyikan lagu-lagu lama dan juga lagu baru mereka yang bertajuk Merajuk, Bukan Boneka, Keputusan dan MB Raya.

Setelah itu, sekitar bulan Oktober 2010, mereka mula berjinak-jinak dengan mencari dan bermain di gigs atau event sekitar Bandar Ipoh. Sekitar awal bulan Februari 2011, Mind Blank sekali lagi menghadapi masalah dengan ahlinya apabila Awal (Drum) meninggalkan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya. Namun, mujurlah Arif sanggup untuk menggantikan tempat Awal dan merungkai segala permasalahan mereka ketika itu.

Mind Blank terus melebarkan sayapnya dengan menyertai Battle of the Band anjuran KPTM bersama MARA di Bazaar Mara, Ipoh dan mereka telah mendapat tempat ke-tiga dengan membawa lagu daripada Green Day (Holiday) & Blink 182 (All the small things). Tidak hanya menyertai Battle of the band, pada hari yang sama juga, mereka telah berjaya menganjurkan satu gigs yang diberi nama Tragedy 2603 yang telah menampilkan band-band seperti Superzealous, The Jespers, Mind Blink, Kedai 4, The Cobrra, Made Faker, Heart-A-Tack dan banyak lagi. Selain itu, pada bulan Mei yang lepas, mereka juga telah menyertai satu gigs untuk mengutip dana bagi sebuah filem yang bertajuk Kuala Lumpur, Aku Okay dengan seorang line-up baru mereka iaitu Imii dan mereka juga telah memperkenalkan sebuah lagu baru mereka yang bertajuk Keganasan Hasutan.



Kemudian, Fixx dan Imii telah berjaya mencipta sebuah lagu baru yang bertajuk Kekeliruan dimana lagu ini telah dimainkan ketika event Pencarian 10 Band Favourite NKOB Supergigs yang telah diadakan di Glamour Square, Ipoh. Manakala I’M Singles for Japan Victims Tsunami Mini Concert yang telah diadakan ada 12 Jun 2011 pula adalah persembahan pertama mereka di luar Bandar Ipoh. Menurut Fixx, Mind Blank akan mengeluarkan EP tidak lama lagi selepas Hari Raya Aidilfitiri yang akan memuatkan lima buah lagu iaitu Merjauk, Bukan Boneka, Keganasan Hasutan, Kekeliruan dan AH.

Dengan menggelarkan para pengikut dan peminat mereka sebagai Minders, Mind Blank kini dibarisi oleh empat orang anak muda berjiwa kental penuh bersemangat iaitu Fixx (Vokalis & Gitar Rhythm), Fizz (Bass & Vokalis Kedua), Imii (Gitar Utama) dan Arif (Drum). Tentang harapan mereka pula, mereka sangat berharap akan dapat menyertai lebih banyak event, gigs, battle of the band di luar Ipoh tidak hanya di sekitar Lembah Klang namun di seluruh Malaysia.

Lagu: Merajuk, Bukan Boneka, Keganasan Hasutan, Kekeliruan, Keputusan, MB Raya dan AH.

So, Untuk maklumat lanjut tentang Mind Blank, korang boleh la usha maklumat-maklumat di bawah ni ya!

No. 2981, Hala Rapat Jaya Tambahan 8
Kg. Rapat Jaya Tambahan
31350 Ipoh, Perak
Tel: 017-575 9256 (Stacy), 014-246 5137 (Fizz), 017-549 6920 (Fixx)
Email: blankmind.band@yahoo.com.my / syafiq58@yahoo.com
Facebook: www.facebook.com/mindblankofficialsite
Myspace: www.myspace.com/musicfrommindblank
Blogspot: www.mindblankbandipoh.blogspot.com

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MIND BLANK) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers