Thursday, March 20, 2014

~SERIOUSLY SWEET & ADORABLE~

Assalamualaikum....
Apa itu Sindrom Down?

Mengikut Wikipedia, Sindrom Down atau Trisomy 21 adalah merupakan kecacatan genetik yang disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.  Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, seorang doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.  Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan, Sering kali Sindrom Down ini dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (Kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka, Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunya keupayaan kognitif yang lebih rendah berbanding purata orang yang normal dan ini sering kali dikaitkan dengan kesederhanaan kepada terencat akal.

Ok, itu antara sedikit yang mengenai apa itu Sindrom Down.  Bagi aku, mereka sangat-sangat comel dan sangat adorable.  Tak kisah la walaupun mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bergerak seperti orang normal, tapi bagi aku mereka terlalu istimewa di mata aku...Beri mereka peluang untuk hidup dan merasai erti bahagia dan sempurna dari kita yang boleh berfikir secara rasional.  So, kepada semua, HAPPY WORLD SYNDROM DOWN DAY...21 March 2014.





No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers