Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

~Majalah FOTOGRAFIKA~



Haaa...ni aku nak kenalkan korang dengan satu majalah baru yang akan berada di pasaran pada awal bulan Jun nanti..Majalah Fotografika ini adalah majalah seni fotografi sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu...bagi aku, ini satu effort yang sangat bagus untuk diteruskan...tahniah kat team Fotografika especially my friend, Acap...akhirnya terlaksana jugak..aku ucapkan all the best guys!! Teruskan~

Kalau korang nak terus update dengan majalah ni, korang boleh usha fanpage diaorang kat Facebook: Fotografika

Monday, April 18, 2011

~Tuceng aku yg comel~















Kredit gambar oleh my bro, Alang @ Mohd Faizal Abu Hasan(JanKuzi). Kalau rajin, meh la singgah kat blog alang aku: JANKUZI FAIZAL

Friday, October 29, 2010

~Outing KLCC dengan geng INP~

Sesi outing dengan geng-geng INP (I'm Not Photographer)di KLCC pd 2 Oktober 2010 yg lepas.. ;) kredit to Lihin, Shutter Demons, Olo, Zul PK, Abenz & Adib. also kredit model comel..hohoho~













Thanks guys..have a great time wif all of u...thanks jugak sbb sudi jadi tutor x rasmi aku..ajar aku ari tu..sngt2 menghargainya~ ;)

Thursday, October 28, 2010

~Redah Kasik Pecah II-KL~





REDAH KASIK PECAH II – KUALA LUMPUR
2 Oktober 2010

Di luar jangkaan dan ‘happening’! Itu lah ayat yang boleh aku kongsikan dengan korang mengenai program Redah Kasik Pecah II yang julung kalinya diadakan di Bandar Kuala Lumpur ini. Ramai peserta yang hadir memberi sokongan kepada program ini. Dianggarkan lebih kurang 200 orang yang datang pada hari tersebut. Ramai kan? Untuk kali kedua anjurannya selepas diJohor Bahru, ia adalah satu kejayaan yang amat memberangsangkan.

Apa itu Redah Kasik Pecah (RKP)?

RKP adalah singkatan kepada Redah Kasik Pecah (SOUTHERNiX RULES). RKP ditubuhkan atas idea empat orang pengasasnya iaitu, Diana Yan Manan, Mohd Hadpiz, Along La Viva (Muhammad Ashraf bin Zulkifli) dan Muhammad Nor Firdaus dari Johor Bahru.Tujuan RKP adalah untuk mengabungkan semua cabang fotografi di dalam satu kumpulan.Walaupun pada masa sekarang mereka belum dapat mengumpulkan kesemua cabang fotografi, mereka akan cuba dengan sedaya upaya untuk merealisasikannya pada masa yang terdekat ini.

Actually, misi mereka adalah utk menarik remaja yg mempunyai minat di dalam fotografi ini untuk berkongsi pengetahuan yang ringkas tetapi padat. Memandangkan semakin ramai remaja sekarang cenderung dengan fotografi, maka pelbagai cabang fotografi dibincangkan antaranya isu-isu, jenama, jenis fotografi, haluan dan politik dalam fotografi. Maka mereka dari RKP diwujudkan untuk menyatukan semua cabang-cabang tadi untuk menjadi satu. Oleh itu, kami bukan sahaja dapat membuka minda mereka, malah dapat berkongsi pengetahuan dan juga bertindak sebagai satu organisasi untuk mengeratkan tali silaturrahim di dalam dunia fotografi. Mereka melihat semakin ramai jurukamera yang sudah lama di dalam bidang ini membuat program seperti ini, jadi mereka telah berkata sepakat untuk mewujudkan sedikit kelainan dengan menekankan objektif untuk berkarya sambil beramal.

Nota Aku: Syabas!! Korang mmg best..teruskan bekarya sambil beramal.. ;)

(Artikel ini hak milik kepada Astarawistana@Momoi dari Majalah By'U)

*****Article Copyright © 2011 Astarawistana Momoi articles & picture All rights reserved. Use of words & photographs in any manner without permission
are prohibited by International copyright law*****
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers