Showing posts with label Review-Band. Show all posts
Showing posts with label Review-Band. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

~Revenge Of Gundam Army~



Oleh kerana angin KERAJINAN aku telah datang dengan penuh kusyuk, aku dengan ini ingin berkongsi info mengenai sebuah lagi band indiependent buatan anak muda tempatan kita iaitu ROGA. So, let's check this out guys!

Mesti korang tertanya-tanya, apakah maksud ROGA ni kan? Sebenarnya, perkataan ROGA ini adalah singkatan kepada Revenge of Gundam Army. Walaupun begitu, tiada seorang pun di antara ahli band ini yang mengumpul figura Gundam (sebuah permainan/figura robot dari Jepun) sebagai koleksi. Namun mereka memilih nama band ini sebagai ROGA kerana ia mudah diingati dan kerana irama muzk yang dimainkan oleh mereka adalah seperti lagu tema robot yang sedang berperang.

Jika korang nak tau, kumpulan ROGA ditubuhkan secara rasmi pada sekitar pertengahan tahun 2011 yang lalu dan dianggotai oleh empat orang anak muda yang semuanya berasal dari Kuala Lumpur iaitu Yusrizal Ome sebagai pemain gitar utama, Muhammad Shahril sebagai pemain gitar kedua, Ariff Syafik sebagai pemain gitar bass dan Muhammad Haq sebagai pemain drum. Bercerita mengenai sejarah awal mengenai band ini, ia bermula seawal tahun 2007 dimana ketika itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai Banweed dengan seorang lagi ahli iaitu Muhammad Farid sebagai vokalis. Namun, dua tahun selepas itu, kumpulan ini tidak dapat bertahan lama dan mengambil keputusan untuk berpecah membawa haluan masing-masing.

Walaubagaimanapun, Yusrizal dan Ariff tetap meneruskan perjuangan dengan band yang ditubuhkan ketika zaman sekolah Yusrizal yang diberi nama Misbehave. Setelah setahun bersama Misbehave, bersama-sama line-up lain iaitu Ridzwan sebagai pemain drum, Yusrizal, Wan, Farid dan Adli selaku perkusi, mereka telah menubuhkan sebuah lagi kumpulan baru yang diberi nama Emosi Studio dimana kejayaan terbesar mereka bersama band ini adalah mendapat tempat ketiga ketika pertandingan Youth 10 Battle of the Bands yang bertempat di PWTC pada tahun 2010 yang lalu. Namun, ia tidak bertahan lama dan mereka telah mengambil keputusan untuk berpecah. Bak kata pepatah, ‘alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan’, maka setelah kira-kira satu tahun setengah band Emosi Studio berpecah, Yusrizal, Ariff, Haq dan Shahril telah bersetuju untuk menjadikan ROGA sebagai band yang terbaik setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang telah dan akan mereka hadapi pada masa kelak. Pada pertengahan tahun 2011 yang lalu, secara rasminya kumpulan ROGA telah ditubuhkan.

Seperti band-band lain, pasti setiap band mempunyai pengaruh dan ikutan sebagai panduan di dalam penciptaan melodi dan penulisan lirik lagu mereka. Antara band-band yang menjadi pengaruh mereka adalah seperti Butterfingers, Muck, Bloody Marry, Servent Jamm, Slicepin Daze, 18sgg, Damn Dirty Apes, Muze, Akta Angkasa, Nirvana, Alice in Chain, Foo Fighters, Radiohead, TOE, REGA, Explossions in the Sky, Blind Melon, Mogwai, Hammock, Collapse Under Empire dan lain-lain lagi. Jika korang perasan dan pelik melihat nama-nama band grunge adalah majoriti di dalam pengaruh muzik mereka. Namun pada hakikatnya, bagi mereka genre ini tidak pernah mati dan mereka masih tetap memainkan lagu berentak grunge di dalam persembahan mereka sebagai selingan kepada lagu-lagu ciptaan mereka.

Kini mereka giat mempromosikan band ROGA dengan menyertai event-event anjuran Pentas Aksi dan Demoplanet TV di bawah projek I’M Singles (Indie Music Singles) yang menampilkan 100 single dari 100 band/solo indie tempatan.

So, kepada korang jangan lupa nantikan EP mereka dan jika korang ingin mengetahui lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang band ROGA, korang boleh lah usha maklumat-maklumat di bawah ini ya!

Facebook : ROGA

Email : yus_ome2@yahoo.com

Youtube : www.youtube.com/user/rogamusic2010

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (ROGA) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****


Tuesday, September 6, 2011

MIND BLANK


FIKIRAN ‘KOSONG’, KARYA ‘BERISI’

Pertama kali aku mendengar lagu-lagu mereka adalah pada awal tahun yang lalu. Pertama ayat yang singgah di fikiran aku, boleh tahan jugak budak-budak ni ya! Aku juga sering mengikuti perkembangan mereka di dalam laman sosial Facebook dan ternyata niat mereka ‘terjebak’ di dalam arena muzik ini bukan hanya cakap kosong namun daripada effort mereka untuk memperkenalkan band mereka kepada orang ramai, ternyata mereka sangat bersungguh-sungguh.

Menurut Fixx Raven, band yang memilih Pop Punk / Rock sebagai genre utama mereka ini ditubuhkan pada 19 Mac 2009 oleh beliau dan juga Fadd. Pertama kalinya idea penubuhan band ini tercetus ketika ahli asal mereka yang terdiri daripada Akir (vokalis), Fixx (Gitar Utama), Fadd (Gitar Rhythm) Fizz (Bass) dan Khir (Drum) melepak di sebuah restoran mamak di sekitar Ipoh. Walaupun line-up asal tidak bertahan lama, namun mereka tetap meneruskan perjuangan mereka untuk terus bersama-sama mewarnai arena muzik tempatan.

Dengan berbekalkan semangat yang jitu, pada sekitar awal Disember 2009, Mind Blank telah melengkapkan kembali line-up mereka dengan ahli baru iaitu Fixx (Vokalis & Gitar Utama), Fadd (Gitar Rhythm), Kran (Bass) dan Akir (Drum). Pada ketika ini jugalah tercetusnya dua lagu yang ditulis sendiri oleh mereka iaitu Keputusan dan Merajuk. Namun bak kata pepatah, disangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan tetap jua turun di tengahari. Sekali lagi line-up ini berpecah dan tinggallah Fixx yang terus bersemangat untuk menaikkan kembali nama Mind Blank. Kerana sayang kepada Mind Blank, Fixx telah mengajak Fizz untuk terus bermain dengan Mind Blank untuk persembahan pertama mereka iaitu di Restoran Asam Pedas Corner.


Selepas itu mereka mula aktif dengan persembahan di sekitar Bandar Ipoh antaranya di Greentown Mall, Ipoh. Event KER@BOO adalah antara event pertama yang telah memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di hadapan orang ramai. Kemudian, mereka terus bermain untuk event anjuran KER@BOO pada bulan Julai hingga September 2010. Sepanjang event ini berlansung, mereka telah menyanyikan lagu-lagu lama dan juga lagu baru mereka yang bertajuk Merajuk, Bukan Boneka, Keputusan dan MB Raya.

Setelah itu, sekitar bulan Oktober 2010, mereka mula berjinak-jinak dengan mencari dan bermain di gigs atau event sekitar Bandar Ipoh. Sekitar awal bulan Februari 2011, Mind Blank sekali lagi menghadapi masalah dengan ahlinya apabila Awal (Drum) meninggalkan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya. Namun, mujurlah Arif sanggup untuk menggantikan tempat Awal dan merungkai segala permasalahan mereka ketika itu.

Mind Blank terus melebarkan sayapnya dengan menyertai Battle of the Band anjuran KPTM bersama MARA di Bazaar Mara, Ipoh dan mereka telah mendapat tempat ke-tiga dengan membawa lagu daripada Green Day (Holiday) & Blink 182 (All the small things). Tidak hanya menyertai Battle of the band, pada hari yang sama juga, mereka telah berjaya menganjurkan satu gigs yang diberi nama Tragedy 2603 yang telah menampilkan band-band seperti Superzealous, The Jespers, Mind Blink, Kedai 4, The Cobrra, Made Faker, Heart-A-Tack dan banyak lagi. Selain itu, pada bulan Mei yang lepas, mereka juga telah menyertai satu gigs untuk mengutip dana bagi sebuah filem yang bertajuk Kuala Lumpur, Aku Okay dengan seorang line-up baru mereka iaitu Imii dan mereka juga telah memperkenalkan sebuah lagu baru mereka yang bertajuk Keganasan Hasutan.



Kemudian, Fixx dan Imii telah berjaya mencipta sebuah lagu baru yang bertajuk Kekeliruan dimana lagu ini telah dimainkan ketika event Pencarian 10 Band Favourite NKOB Supergigs yang telah diadakan di Glamour Square, Ipoh. Manakala I’M Singles for Japan Victims Tsunami Mini Concert yang telah diadakan ada 12 Jun 2011 pula adalah persembahan pertama mereka di luar Bandar Ipoh. Menurut Fixx, Mind Blank akan mengeluarkan EP tidak lama lagi selepas Hari Raya Aidilfitiri yang akan memuatkan lima buah lagu iaitu Merjauk, Bukan Boneka, Keganasan Hasutan, Kekeliruan dan AH.

Dengan menggelarkan para pengikut dan peminat mereka sebagai Minders, Mind Blank kini dibarisi oleh empat orang anak muda berjiwa kental penuh bersemangat iaitu Fixx (Vokalis & Gitar Rhythm), Fizz (Bass & Vokalis Kedua), Imii (Gitar Utama) dan Arif (Drum). Tentang harapan mereka pula, mereka sangat berharap akan dapat menyertai lebih banyak event, gigs, battle of the band di luar Ipoh tidak hanya di sekitar Lembah Klang namun di seluruh Malaysia.

Lagu: Merajuk, Bukan Boneka, Keganasan Hasutan, Kekeliruan, Keputusan, MB Raya dan AH.

So, Untuk maklumat lanjut tentang Mind Blank, korang boleh la usha maklumat-maklumat di bawah ni ya!

No. 2981, Hala Rapat Jaya Tambahan 8
Kg. Rapat Jaya Tambahan
31350 Ipoh, Perak
Tel: 017-575 9256 (Stacy), 014-246 5137 (Fizz), 017-549 6920 (Fixx)
Email: blankmind.band@yahoo.com.my / syafiq58@yahoo.com
Facebook: www.facebook.com/mindblankofficialsite
Myspace: www.myspace.com/musicfrommindblank
Blogspot: www.mindblankbandipoh.blogspot.com

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MIND BLANK) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

Saturday, July 2, 2011

Mercy Side



Di kala lampu bilik aku lip lap lip lap dan sambil menunggu adik aku balik keje membeli starter mentol baru, aku nak kenalkan korang dengan sebuah band yang diberi nama Mercy Side. Ditubuhkan pada sekitar tahun 2009, band yang bermula di Setapak Kuala Lumpur ini dianggotai oleh empat orang anak muda yang sangat berkomitmen untuk melihat industri muzik Malaysia khususnya scene indiependent terus ke hadapan iaitu Ijat, Zoro, Aidil dan Emran.

Nak dijadikan cerita, nama Mercy Side (MS) tercetus semasa perbincangan di sebuah kedai makan di Setiawangsa dimana nama MS ini diberi oleh salah seorang ahli band dan juga bekas pemain bass MS iaitu Shafik. Kalau korang nak tau, asalnya band MS dianggotai oleh lima orang iaitu Ijat, Zoro, Shafik, Agie dan Mawi. Di awal kemunculan mereka dengan berbekalkan 10 lagu ciptaan mereka sendiri, mereka telah menyertai pelbagai event antaranya, Battle of the Band Yamaha Asian Beat dan juga ROTTW Soundstage. Walaupun rezeki tidak menyebelahi mereka ketika itu, mereka tetap bersemangat meneruskan perjuangan mereka dengan menyertai gig pertama mereka di Paul Place Jalan Klang Lama. Ketika ini mereka hanya bermain dengan empat orang kerana Shafik mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan. Kemudian, ketika ini juga lah mereka menukar posisi dengan Aidil sebagai drummer, Ijat sebagai gitar kedua dan juga penyanyi utama di dalam MS.



Kemudian, pada gig kedua mereka di Myevo Clubhouse, Cheras, mereka telah membawa single terbaru mereka iaitu Parah. Mercy Side juga sering menerima jemputan untuk membuat persembahan antaranya di Resort Sri Aman Janda Baik anjuran J-Club. Ketika itu Shafik telah menarik diri dan tempatnya telah diganti sementara waktu oleh pemain bass daripada band Kitchen Crew. Mereka juga pernah menyertai Indie Big Jamm di IOI Mall Kulai bersama Grey Sky Morning dan juga Awan Band. Ketika ini lah mereka membawa lagu baru mereka yang bertajuk Blog yang juga mendapat liputan daripada salah satu akhbar Bahasa Inggeris terkenal iaitu The Star. Ketika event di Dataran Merdeka anjuran 2crank, Aidil telah diberi kepercayaan untuk bermain di dalam posisi bass dan ahli baru iaitu Emran pula di posisi drum.

Mengikut Zoro lagi, projek terbaru mereka adalah DOME2011 iaitu kerjasama antara Demoplanet TV yang akan disenaraikan di dalam Malaysia Book of Record. Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan komuniti Senyap di dalam event Music Addict. Buat masa ini, MS masih dalam proses menyiapkan EP yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

So, kepada korang yang nak tau lebih lanjut mengenai Mercy Side, korang boleh lah terus mengikuti perkembangan mereka di laman sosial Facebook mereka iaitu: www.facebook.com/mercyside.

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MERCY SIDE) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

Wednesday, June 8, 2011

~Sekumpulan Orang Gila~



Sekumpulan Orang Gila? Siapa diaorang ni? Gila sangat ke? Hehehe...Ok lah, meh aku nak kenalkan korang dengan sebuah band yang dianggotai oleh enam remaja yang hensem, bergaya dan berkomitmen tinggi iaitu Sekumpulan Orang Gila atau lebih dikenali dengan singkatan SOG. Kalau korang nak tau betapa gila mereka ni, meh la baca review ni sampai habis..heheh~

Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah kumpulan indiependent tempatan daripada Batu Caves, Selangor ini memilih untuk membawa rentak Post-Hardcore/Metalcore sebagai konsep utama untuk penghasilan melodi lagu mereka. Mereka terdiri daripada enam anak muda yang berbakat iaitu Acap (Vokal / Screamer), Adek (Gitar / Clear Voice), Nazrin (Gitar / Clear Voice / Seruling / Cello), Lee (Drum), Mel (Bass) dan Naz (Keyboardist / Synth).

Kalau korang nak tau, SOG bermula pada pertengahan tahun 2005 dimana mereka hanya terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Adek, Nazrin, dan Razali yang pada masa itu benar-benar bersemangat untuk membentuk sebuah band. Lalu mereka memutuskan untuk membentuk sebuah band rock dengan nama Sound Of Genosid. Dan mereka menjadikan System Of A Down sebagai influence terbesar mereka pada waktu itu. Mereka mula bermain dengan lebih serius ketika awal tahun 2008 dan ketika itu jugalah Mel dan Acap turut menyertai untuk memantapkan lagi band ini. Setelah berbincang sesama mereka, mereka telah bersetuju untuk menukar nama dari Sound Of Genosid kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG).



Kemudian, mereka terus mengorak langkah dengan melancarkan promo pertama mereka yang telah dirakam oleh mereka sendiri pada akhir tahun 2008. Seterusnya, pada pertengahan tahun 2009 pula, Sam telah menggantikan Nazhar untuk bersama-sama melengkapkan band ini.

Sejak dari itulah, mereka semakin bersemangat untuk memperluaskan pengaruh muzik mereka dengan menjadikan band daripada British Rock seperti Muse, Radiohead dan Coldplay sebagai influence muzik bawaan mereka. Selain itu, mereka juga menjadikan band seperti The Devils Wears Prada, Asking Alexandria dan Underoth sebagai influence kepada melodi yang berentak lebih berat. Nazrin dan Adek juga tidak mempersia-siakan ilmu yang mereka pelajari di universiti dengan memanfaatkan pengetahuan ilmu muzik mereka ke dalam setiap rentak dan melodi lagu-lagu SOG. Dengan pengetahuan muzik mereka ini, mereka telah menambah dan memasukkan elemen dan melodi muzik dunia asli seperti Afrika, India dan Arab. Mereka juga memasukkan elemen daripada lagu-lagu tradisional Melayu serta beberapa elemen klasik seperti Baroque dan Romantis. Dan sebagai hasilnya, mereka berjaya mencipta sebuah crossover atau tune hibrid yang menjadikan mereka lebih fleksibel untuk menyertai apa jenis acara termasuklah gigs underground, malam Prom, acara-acara korporat, sesi akustik dan juga acara mainstream. Nah..sungguh berbakat kan?

Bercakap mengenai nama kumpulan mereka ini, aku pasti ramai yang tertanya-tanya mengenainya kan? Kalau korang nak tau jawapannya, jom la cuba tengok persembahan mereka ketika di atas pentas dulu! Heheheh.

Kalau korang nak tau, sebagaimana nama band mereka, macam tu lah jugak mereka membuat persembahan. Mereka akan melakukan dengan penuh semangat, dan ini boleh dilihat dengan persembahan mereka yang hiper dan energenik yang sering kali memberi kepuasan kepada setiap crowd yang hadir. Tapi korang jangan lah takut kerana itu hanya akan berlaku ketika mereka melakukan persembahan sahaja ya. Didalam alam realiti, mereka semuanya siuman dan waras ye. So, jangan takut, malu atau segan untuk berkenalan dengan mereka.

Selain melodi yang kreatif dan persembahan yang penuh bertenaga, mereka juga sering menarik perhatian dengan membawa alat-alat muzik yang jarang kita lihat seperti Cello dan Seruling Buluh untuk dimainkan ketika persembahan mereka. Mereka juga sering mencipta perbezaan serta kelainan lain dari yang lain dengan membawa set alat muzik visual yang jarang-jarang korang lihat di setiap persembahan mereka. Mereka juga acap kali mendapat undangan untuk membuat persembahan di setiap pelusuk negeri.

Antara pencapaian SOG baru-baru ini mereka telah menjadi juara Battle Of Akustik 2010 yang telah diadakan di Lepaq Cafe, Kelana Jaya dan Nazrin juga adalah pemenang tempat ke-dua bagi acara Keynote iaitu sebuah rancangan realiti mencari bakat komposer muda. Antara lagu-lagu mereka adalah seperti Guess What, There’s No More Friday Nite Out!, Satu Melayu, Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus, I Love You, Lust, Ilmu (teaser), Hantu (Teaser).

So, kepada korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai SOG, korang boleh lah merajinkan diri mengusha Fanpage mereka di Facebook iaitu: SOG. Dan jika korang nak booking diaorang untuk perform, korang leh contact:

Adek (017-241 6167) & Razali (017-544 1634)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi & Mohamad Nazreen) & Pictures (SOG & Hanif Fazalul) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

Saturday, April 30, 2011

The Changcuters - I Love U Bibeh


Pertama kali aku dengar lagu band The Changcuters ni tahun 2009..tapi bukan lagu ni,first time aku dengar lagu tajuk 'Main Serong'..then aku gigihkan diri mencari kat youtube..jumpa la semua lagu-lagu diaorang..siap download mp3 lagi utk semua lagu-lagu diaorang..

First time aku dengar, aku ingat lagu pop yeh yeh..ingat band lama..then setelah gigih mencari, baru aku tau siapa mereka ni..memang best! Selain Padi dan Dewa, The Changcuters adalah antara band-band dari Indonesia yang aku boleh layan..maksud aku, yang boleh aku ikut la..band-band mainstream lain tu aku boleh la nak sing a long kalau terdengar kat radio or TV..hehehe..

The Changcuters ni adalah band indiependent yang berasal daripada Bandung, Indonesia. Mereka ni juga pernah datang join gig kat Malaysia skali dengan band Hujan yang time tu baru nak merangkak naik. Yang membuatkan aku suka tentang band ni, penceritaan dalam lirik-lirik lagu diaorang ni..memang best gila! lagipun aku memang minat genre muzik macam ni..maklum lah..aku juga kan peminat vespa..hahaha..memang kena sangat lah dengan diri aku..

Kepada korang-korang kat luar sana, cuba lah dengar semua lagu-lagu dari band The Changcuters ni..aku pasti dalam beberapa minit, korang mesti leh sing a long lah..hehehe..

Untuk maklumat lanjut tentang band The Changcuters ni, korang boleh usha FACEBOOK dan MYSPACE diaorang ni k!

Meh dengar lagu-lagu diaorang nih~



Friday, April 29, 2011

Plague Of Happiness


Dengan kombinasi pelbagai mesej positif di dalam setiap bait liriknya, Plague of Happiness (POH) di bawah label Nyaring Records ini boleh dikatakan sebuah kugiran yang sangat sesuai untuk korang dengar dikala kusut, sedih mahupun ketika korang gembira. Dengan menjadikan RANCID dan KEMURI sebagai pengaruh terbesar mereka, POH masih selesa berpegang dengan prinsip DIY walaupun kerap kali diumpan oleh label-label besar. Plague of Happiness yang diasaskan pada tahun 1999 dengan hanya tiga line-up pasa awalnya ini memilih genre ska dan punk sebagai major genre di dalam setiap melodi yang dibawa.

Kalau korang nak tau, selain Malaysia, POH juga telah mempunyai beberapa album kompilasi di beberapa buah negara antaranya di Singapura, Greece, Bulgaria, Norway, Indonesia dan pelbagai negara lagi. Malah, amat mengujakan apabila POH dapat turut serta dalam pembikinan album kompilasi bertajuk “ZAAAS” yang membariskan 15 buah band dari Eropah dan POH adalah wakil tunggal dari Malaysia. Selain itu, lagu mereka, ‘13th May’ juga pernah dimainkan pada satu program radio yang bernama Sprawl Zone di Athens, Greece. Satu kejayaan yang sungguh memberansangkan kepada industri DIY/Indie di Malaysia. Aku memang salute dengan semangat waja yang mereka tunjukkan.

Diawal penerbitan album KAWAN, untuk mengenalkan dan mempromosikan lagu serta band diaorang kepada orang ramai, diaorang sanggup ‘travel’ satu Malaysia mencari kedai-kedai untuk jual CD album KAWAN. Memang sungguh praktikal dan ini usaha gigih yang patut dipuji!

Kepada korang yang belum mengetahui siapa POH, diaorang yang rata-rata telah berumur 30-an ini adalah terdiri daripada tujuh (7) orang anak jati Johor iaitu Nas (Vokalis & gitar), Ipin (Bass, vokal latar), Atoi (Trumpet), Azmal (Saksofon tenor), Nausad (Trombone), Arab (Gitar) dan Pozy (Dram).

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai Plague of Happiness, korang boleh lah terus melawat laman MYSPACE dan FACEBOOK mereka.

Meh layan video clip dari Plague Of Happiness~





Nota Aku: Kepada korang yang belum pernah dengar lagu-lagu diaorang, aku cadangkan korang untuk cuba layan lagu Malam & Kawan. Rindu sungguh aku...salah satu lagu yang paling dan tak pernah aku bosan mendengarnya...aku adalah salah seorang penyokong tegar Plague of Happiness ni..hehehe..dari dulu sampai sekarang...POH tetap sentiasa di hati~ ;)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (PLAGUE OF HAPPINESS) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;)*****

Thursday, April 28, 2011

~Love Grunge - Migrain~



Berpaksi kepada genre Love Grunge, Migrain yang bertapak di Alor Star ini telah lama mewarnai arena muzik underground Malaysia. Jika korang nak tau, Migrain, dahulunya adalah dikenali sebagai Kumpulan Just See yang ditubuhkan sekitar tahun 2005. Line up Just See ketika itu dibarisi oleh Teh, Mudd Menn, Mudd Yeh, Anuar dan Arm. Namun oleh kerana mereka tidak terlalu aktif dan mempunyai komitmen masing-masing, maka mereka mengambil keputusan untuk berpecah. Walaubagaimanapun, mereka semua kemudiannya terus aktif di dalam scene muzik bersama band baru mereka.

Oleh kerana semangat untuk terus berbakti dan mewarnai arena muzik underground, pada tahun 2007, Migrain terus mengorak langkah dengan line-up baru mereka yang terdiri daripada Jan, Teh, Azam, Amet dan Afdhal. Menurut Teh, Migrain tidak mempunyai apa-apa maksud, mungkin hanya kerana sikap mereka yang gila-gila yang membuatkan orang lain boleh migrain. (Terfikir aku, sikap mereka yang macam mana yang boleh buat orang lain migraine tu? Heheheh...) but, it’s cool!



Menurut Teh lagi, penubuhan band Migrain ini telah memberi peluang untuk mereka beraksi di gig-gig kecil sekitar Negeri Kedah, Penang, Melaka dan Kuala Lumpur. Untuk makluman korang, Migrain mengetengahkan genre Love Grunge iaitu Grunge yang lebih lembut dari genre Grunge yang kebiasaan kita dengar.

Tidak beberapa bulan selepas itu, mereka mula merekod single pertama mereka yang berjudul Don’t Leave Me. Single Don’t Leave Me ini telah berjaya direlease pada pertengahan tahun 2008 yang lalu. Single hasil ciptaan saudara Wadi dan saudari Noni ini telah memberi semangat baru kepada mereka untuk terus mewarnai industri seni pada ketika itu. Kiranya single ni macam pembakar semangat mereka la..heheheh~

Setelah mengeluarkan single Don’t Leave Me itu, mereka terus bertungkus lumus mendapatkan duit untuk menghasilkan EP pertama yang berjudul LOVE GRUNGE. EP ini telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2009 hasil bantuan daripada Baity, Matyeh, Apit, Wady, Noni, Azim, Dara 48 dan juga Uncle Bard. Tanpa mereka, mungkin EP ini tidak dapat dikeluarkan tau! EP ini mengandungi lima buah lagu iaitu tiga buah lagu Bahasa Melayu dan dua lagu Bahasa Inggeris. EP ini juga telah memuatkan empat bonus track iaitu masing-masing dua lagu daripada band DISH dan juga band ARUS. Jadi jika ditambah, ditolak didarab dan dibahagi, maka kesemua lagu yang terdapat di dalam EP ini adalah sebanyak sembilan buah lagu. Menariknya lagi tentang EP Love Grunge ini adalah, ia telah dikeluarkan percuma kepada semua. Wow! Menarik.



Kalau korang nak tau lagi, sepanjang mereka aktif di dalam scene underground ni, mereka telah banyak membuat persembahan bersama rakan-rakan band yang lain antaranya, seperti Vigil, Hurly Burly, Nameless dan 199X. Bercakap mengenai perkembangan terbaru mereka pula, mereka masih di dalam perancangan untuk merekod EP terbaru mereka termasuklah merekod lagu-lagu yang telah lama tersimpan dan lagu-lagu yang baru dicipta oleh mereka.

So, kepada korang yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin mendengar lagu-lagu daripada band Migrain ini, korang boleh terus terus mengusha link MYSPACE mereka ni ok!~

Discografi:

Single – Don’t Leave Me (2008)
EP 2009 – Love Grunge

1. Terbang Melayang
2. Pasrah
3. Oh You!
4. Kenyataan
5. Don’t Leave Me

Bonus Track

6. Penglipur Lara (DISH)
7. Kencana Dewi (DISH)
8. Saban Hari (Arus)
9. Kakiku di Bibirmu (Arus)

Nota Aku: All the best kepada Migrain. Tak sabar nak tunggu EP terbaru korang. Dah siap nanti, jangan lupa kasi aku satu ya! ;) Terus berkarya tanpa batasan~

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MIGRAIN) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;)*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

Wednesday, April 13, 2011

The Padangs - Baby (Justin Bieber Cover)

THE PADANGS


Foto: Gegey Music

General Info
Genre :Experimental / Hardcore / Metal
Location : Kajang
Website : http://www.facebook.com/thepadangs
http://www.myspace.com/thepadangs
Record Label: Gegey Music
Type of Label: Indie

Meh la dengar lagu cover Baby (Justin Bieber) dari band The Padangs! serius best kot~ ;)



~Support Our Local Acts~

Monday, April 11, 2011

Alexander Mansury

Kredit Info & Foto: Rireeyn Xanderian's (nazreensangatwangi.blogspot.com)

Setelah keboringan, aku nak cerita pasal satu band yang diberi nama Alexander Mansury. Kalau korang orang Johor, especially daerah Batu Pahat, korang boleh tengok diaorang ni selalu buat show kat The Wall, Batu Pahat. Untuk makluman korang,diaorang ni kesemuanya berasal dari Batu Pahat, Johor. Genre yang dipilih oleh mereka ni pula adalah Hardcore & Screamo. Walaupun mereka masih baru di dalam scene indiependent ini, Alexander Mansury sangat positif dan bersemangat untuk bersama-sama memeriahkan arena muzik tanah air kita. Setelah dua tahun bertapak di dalam scene indiependent tempatan ini, Alexander Mansury telah pun merekod lagu ciptaan mereka sendiri pada awal bulan Februari yang lalu. Mereka bukan sahaja sering menyertai gig di sekitar Johor, malah mereka juga sering mendapat jemputan untuk mengadakan gig di Melaka, Kajang, dan Ipoh.

Kalau korang nak tau, band ini dianggotai oleh tujuh orang anak muda yang hensem dan cute iaitu Joe (Screamer), Erwan Zernal (Guitar, Clean Vocal), Ryk “Along” (Guitar), Islan Sainal (Bass & Harmoni), Made (Keyboard, Synth & Program), Kutu Subuh “Naz” (Drum & Percussion), dan Robin (Sessionist Screamer).

Antara lagu-lagu diaorang ialah seperti She Love Cheesecakes Part 1, 2 & My Lovely Rharha. So, kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai band Alexander Mansury ni, aku cadangkan korang terus melawat mereka di laman sosial Facebook mereka dengan menaip: Alexander Mansury





Nota Aku: Great job to Rireeyn Xanderian's (nazreensangatwangi.blogspot.com.) Kalau korang nak tau, Rireeyn Xanderian's ni ialah seorang contributor untuk ruangan ZONPROMO di Majalah By'U..keep up the good work lil bro!


*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Rireeyn Xanderian's) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

Saturday, April 9, 2011

~Kelate Punk Rock - 199X~



Ok, untuk posting pada malam ni, aku nak bercerita lak pasal satu band yang datang nun jauh dari Pantai Timur iaitu 199X. 199X bukan lah asing dalam scene muzik di Kelantan. Band yang ditubuhkan pada sekitar awal tahun 2009 ini memilih Punk Rock sebagai genre utama mereka di dalam menghasilkan melodi dan lirik untuk lagu-lagu mereka. Band yang berasal dari Tanah Merah ini diasaskan oleh Jex (bekas guitarist The Panix) dan Where (bekas bassist The Panix). Kemudian, Raja dan Joe kemudiannya telah dijemput menyertai Jex dan Where dan terciptalah sebuah nama kumpulan yang tidak asing lagi bagi para peminat muzik tempatan di Kelantan iaitu 199X.



Kalau korang nak tau, sepanjang penubuhan band ini, 199X telah berkesempatan bermain di dalam gig-gig dan event anjuran beberapa label besar di Kelantan iaitu Gegey Music, Kirna Studio, Sep Kitow Music, Gomogie dan juga Kugiran Kelantan. 199X juga ada menyertai Satu Perpuluhan Satu GIGS Memori yang telah diadakan di Soundmaker Studio pada 25 Disember 2010 yang lalu.

Muzik bawaan 199X ini banyak dipengaruhi oleh band-band seperti Anti Flag, Blink 182, Rise Against, Plague of Happiness, Full Pledge of Munkees, Bunkface, The Splatters, The Vandals, The Toy Dolls, The Offspring, Sum 41, Rancid, The Ramones, Green Day, Pennywise, NOFX, No Use For A Name, Nicotine, Misfits, Millencolin, Hi-Standard, The Flatliners, Captain Bud, Kemuri, Bouncing Souls, Bad Religion, Unwritten Law, The Unseen, Goldfinger, Maximum The Hormone dan banyak lagi. Demo mereka yang berjudul Take it or leave it memuatkan enam buah lagu iaitu:

1.Coming Up
2.20 Minutes Ago
3.Goodest Dance
4.Minority Disease
5.Water
6.Up To You



Ooowhh..jika korang nak tau, 199X ini dibarisi oleh empat orang anak muda yang kacak dan bermatlamat iaitu:

Jex : Vokalis dan Guitarist
Raja : Back-up Vokalis dan Guitarist
Joe : Back-up Vokalis dan Bassist
Where : Drummer dan Percussions



Kepada korang yang ingin mendapat maklumat lanjut tentang 199X dan jika korang nak mendengar lagu-lagu diaorang, korang dijemput dengan hati terbuka ke link-link laman sesawang di bawah ini.

FaceBook : 199X
MySpace : http://www.myspace.com/punkrock199x
Reverbnation : http://www.reverbnation.com/199x

Korang juga boleh menghubungi atau mengorat mereka (tapi mereka tidak available ya!) di talian: 014-525 3805 (Jex), 017-932 0609 (Where).

Nota Aku: Syabas dan all the best kepada band 199X. Teruskan bekarya dengan penuh komitmen. Kepada korang wahai pembaca lak, kalau kita tidak support industri tempatan kita, siapa lagi? So, fikir-fikirkan lah dan selamat beramal jariah dengan penuh keikhlasan..heheheheh...


*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (199X) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

Saturday, April 2, 2011

~Legasi Seni Juxtaposed~

Oowhh..aku baru je pulang dari keje malam (part-time di Kedai StickeRockers-Uptown Shah Alam). Alhamdulillah..semuanya baik2 sahaja.



Pepagi buta ni, aku nak kongsikan satu band yang terdiri daripada lima orang adik beradik, iaitu JUXTAPOSED. Jom baca artikel ni dengan lebih lanjut!



Menurut Azeem, segalanya bermula pada tahun 1996 apabila Hisham (Black) mengajak Khuzairie (Aie) untuk menyertai band Paradive yang ketika itu kekurangan pemain bass. Namun band Paradive yang berkonsepkan Metalcore ini tidak bertahan lama walaupun pernah merakam satu demo.



Selepas itu, pada tahun 1998, Hisham yang baru berpindah ke Kuala Lumpur telah menyertai sebuah band yang ditubuhkan oleh Aie iaitu Carbon 12 yang berkonsepkan Grunge. Penubuhan band ini telah memberi peluang kepada mereka untuk menyertai gig-gig serta battle of the band yang diadakan di sekitar Petaling Jaya. Sehingga tahun 2004, band ini telah mengambil keputusan untuk menukar nama dari Carbon 12 kepada Face dengan line-up baru iaitu Azeem yang bertindak sebagai frontman (vakalis) pada ketika itu.



Seiring dengan perubahan dan pembaharuan hala tuju band, pada tahun 2006, Azeem telah mencadangkan nama Juxtaposed (mengatur seiring elemen-elemen yang berlainan di dalam satu karya) sebagai identiti terbaru mereka. Mereka juga pernah mengadakan persembahan di gig-gig di Paul’s Place Damansara Uptown dan Fete de La Musique 2005, di Bukit Bintang.



Setahun kemudian pada tahun 2007, pasangan adik beradik kembar iaitu Nazrin dan Adek telah melengkapkan line-up sedia ada band yang berkonsepkan Alternatif Rock, Grunge dan Eksperimental Rock ini dengan posisi Gitar dan Drum. Juxtaposed ketika ini bernaung di bawah Juxta Art Production selaku label yang juga merupakan sebuah syarikat berdaftar milik adik beradik Juxtaposed dimana segala kegiatan mereka tertumpu kepada karya muzik, seni visual, animasi dan pengurusan bakat. Pada tahun 2008, mereka telah menerbitkan EP pertama mereka yang berjudul Mad Jester yang mengandungi lima trak lagu Bahasa Inggeris.



Juxtaposed telah mengadakan persembahan di gig-gig sekitar Lembah Klang dan sehingga kini lebih daripada 50 persembahan telah diadakan oleh mereka di antaranya ialah Panic at the Annex, Cantumas Café Acoustic Sessions, Hype?! @ One Café, Rantai Art Event 2008, Screaming Life Gigs @ La Locos, Radioscope Acoustic Shows dan pelbagai lagi.



Mengenai perkembangan terbaru Juxtaposed, EP terbaru mereka masih di dalam proses rakaman di Studio Juxta Art Production dan ketika ini Juxtaposed juga akan terlibat dengan beberapa persembahan di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan juga Pulau Pinang.

Pencapaian:
*Got Talent or Not?’- Heat Rounds- 2009
*2nd runner up Road to ROTTW Soundstage 2008

So, kepada korang yang nak tau lebih lanjut mengenai band JUXTAPOSED ni, korang boleh la merajinkan diri utk usha link-link dan contact no di bawah ni k!

Raja Hisham Azaham 013-3861023
Raja Khuzairie Azham 012-2330074
Raja Azeem Idzham 013-2467825
Raja Nazmin Shah 017-2416167

Web: www.myspace.com/juxtaposedgrunge
www.facebook.com//juxtaposedgrunge
E-mail: juxta_art@yahoo.com
hazaham@yahoo.com

Nota Aku: Aku sangat mencadangkan korang untuk mendengar lagu-lagu diaorang. Mereka memang sangat kreatif. Syabas!

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures JUXTAPOSED) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers