Thursday, April 21, 2011

~Saya tak suka lelaki bila.............................~

Ciri-ciri lelaki yang aku kurang suka untuk berdampingan sebagai sahabat mahupun teman hidup:

TERLALU JIWANG KARAT
Hmm...aku ni boyish sket so aku kureng la dengan jiwang karat ni..aku rasa rimas dan lemas sangat..nak jiwang karat pun, biarlah kena pada masa-masa tertentu..jangan lah sampai setiap saat, minit, jam pun nak jiwang karat..errkkkk...

REPORT/MENGONGKONG
Ooowhh..aku tak suka dikongkong sebab aku dari kecik hidup berdikari..bukan nak cakap aku poyo, just memang dah sikap aku macam ni...family dan kawan-kawan aku pun tau aku macam mana..takkan la setiap gerak geri aku, kemana sahaja aku pergi nak kena bagitau? Cuma aku akan bagitau kalau aku rasa ia betul-betul perlu. Selalunya kalau aku kuar dengan lelaki, aku akan kasi no fon lelaki tu kat kawan serumah, kawan baik ataupun abang-abang aku. If there anything, senang mereka nak cari aku.

PEMBULI, PENDERA

Lelaki macam ni boleh jauhkan diri dari aku..aku pelik la dengan perempuan yang sanggup menjadi mangsa buli dan dera hanya kerana SAYANG...aiyarkk...kalau sayang, dia tak buat macam tu lah..kenapa perlu layan orang yang dia sayang macam tu kan? Iksh..iksh..iksh..dunia...dunia...

CAKAP BESAR
Lelaki macam ni aku cukup pantang lah...perlu ke nak cakap besar dan up diri sendiri? satu perkataan yang aku boleh simpulkan adalah...POYO! haaa..itu lah..besar mana pun ko cakap, ko kena tau yang ada orang lain yang lebih hebat dari ko...dalam Islam pun, kesederhanaan adalah amalan mulia ye..

ULAT BULU
Ni lelaki yang aku sehabis baik akan cuba elakkan coz lelaki macam ni tak lebih kurang mesti nak amek kesempatan. Wahai lelaki, kalau korang nak tau...yang korang dok phewwitt, dok wat bunyi mcm tikus tu pun adalah salah satu daripada jenis gangguan seksual tau!

KAKI KIKIS

Lelaki ini aku kategorikan sebagai lelaki lembut dan lelaki tak tahu malu coz tak reti nak cari duit dengan titik peluh sendiri. Tak rasa berdosa ke guna duit orang lain untuk kepentingan diri sendiri? Kalau desperate pun nak guna duit, pinjam lah..nanti dah ada duit, bayar balik...takde la ralat sangat di kemudian hari..

Haaaa....aku tak la cerewet atau memilih kawan, cuma dalam zaman yang serba serbi canggih ni, kita perlu lah lebih berhati-hati memilih kawan dan juga pasangan hidup...walaupun susah nak cari lelaki yang betul-betul menepati ciri-ciri kita, tapi apa salahnya kalau kita cuba kan?

2 comments:

  1. sama lah.. tak suka jugak lelaki mcm ni.
    mencik >.<

    ReplyDelete
  2. Hasnah,
    mencik kan3? hehehe..
    minta2 dijauhkan~

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers