Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

~Bayan Lepas - Bukit Bendera - Sg. Dua - Tasek Gelugor~

Alhamdulillah....

16 Julai 2011 - Syukur...Sorang lagi kawan aku dah selamat mendirikan rumah tangga.....doa aku, semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat...aminn ;) dan aku hepi sbb Masz dah jadi orang Penang..hahaha...ok, aku sudi jadi cikgu ko utk kelas bahasa Penang masz..hehehe...

Untuk majlis resepsi semalam, thanks to Pn. Sakinah dan Husband ( Sham ) serta Cik Nur Azmira (Mira Kedah) yang nun jauh dr Aloq Staq sbb sudi tumpangkan aku dan antar aku...hehehe....dan thanks juga sbb sudi bawak aku jenjalan ke Bukit Bendera...perghhh...dah lama kot aku tak ke Bukit Bendera tu....thanks a lot guys!! Hahahaha.....tak sangka, dah banyak yang berubah.....kalau dulu naik train lambat nak sampai kat atas, sekarang ni....tak sampai 10minit dah sampai dah....mmg cepat!!

Tiket pun tak la mahal sangat...RM8.00 untuk pelancong tempatan dan RM20 untuk pelancong asing....kalau korang pegi time tak hujan, cuaca cantik tak jerebu....insyaallah korang akan dapat lihat pemandangan Pulau Pinang yang clean & clear...then kalau korang rajin daki ke atas sikit, korang akan rasa lebih sejuk...tapi takla sesejuk kat Cameron Highland or Genting Highland tu...just rasa angin yang dingin...g la try! hehehe...

Semalam time balik, kami sempat singgah makan char kuey teow famous iaitu Char Kuey Teow Sg. Dua....kalau korang nak makan, ada tiga jenis char kuey teow yang ditawarkan iaitu char kuey teow biasa / kecil (udang dlm 3ekor), char kuey teow besar (udang dlm 5-6 ekor dan kuantiti lebih sket) dan char kuey teow special (ada telur mata). Lokasi kedai ni senang sangat...betul2 tepi jalan...kalau korang dtg dr highway menghala ke Utara, korang amek exit nak ke mak mandin / sg.dua (before tol sg.dua) then kalau korang dari Utara nak ke KL lak, lepas je tol sg. dua korang amek exit ke Sg. Dua...kedainya sebelah kiri...alhamdulillah...kenyang...kalau nak tau sedap ke tak, ceterai..ceterai..hehehe..

Ok, dah membebel ni...aku kasi korang usha gambar-gambar lak k~

Maszura & Firdausz

Mira, Kinah, Masz, Firdausz & Me
Kinah, Me & Mira

Bukit Bendera, Penang

Adesh..sorry...hahaha..jauh..kecik ja hampa....

Me & Mira




Weeeee.....so, kalau korang singgah ke Penang, roger2 la aku... ;)

Friday, July 15, 2011

~Start with B, Live with C, End with D~


Assalamualaikum....

Start with B, Live with C & End with D

Ni status yang aku post kat wall FB aku siang tadi....
Dan ada sorang kawan aku tanya....

"Kenapa tak start dengan A?"

Aku jawab......

"B = Birth, C = Choice, D = Death"



Alhamdulillah...ntah macam mana la mendalah ni timbul dalam otak aku....dan aku rasa aku patut share sebab benda ni sangat betul dan REAL untuk diri kita, MANUSIA....

Moral of da story....itulah perjalanan hidup kita.........Kita mula dengan kelahiran....kemudian kita pilih jalan hidup kita........bila sudah sampai masanya, kita pasti akan kembali kepadaNYA......

Well, hargai apa yang ada di sekeliling kita.......pilih cara hidup yang kita nak sebaik mungkin dan bersiap sedia dengan kematian yang sudah pasti..............

So guys, ONE LOVE, PEACE & HARMONY~

Wednesday, May 4, 2011

~Apa yang aku buat bila STRESS??~


APA ITU STRESS?
Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,keletihan,ketegangan,panik,perasaangemuruh,anxiety,kemurungan dan hilang daya.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Aku pasti korang pun pernah rasa stress dan korang ada cara-cara nak hilangkan stress korang tu kan? Haaaaa...sama la dengan aku...bak kata orang ramai...
"Hidup ni memang kena ada masalah..masalah ni nanti la yang akan jadi pedoman dan pengajaran yang akan lebih mematangkan kita pada masa depan"


So, aku nak story sket macammana cara-cara aku menghilangkan stress aku:


Aku suka menaip, so bila aku stress kadang-kadang aku akan menaip apa sahaja yang datang kat kepala otak aku secara pantas dan panjang.


Kalau stress aku tu di tahap maksimum, aku akan pergi ke pantai...aku akan melompat atau berlari sebanyak dan selaju yang mungkin sampai aku penat...


Aku akan menjerit sekuat hati..selalunya aku jerit kat tepi tingkap...hehehe..takpun kat tepi pantai...


Aku akan menonton cerita lawak tanpa henti sampai aku tertido


Aku pergi joging sampai aku penat


Aku shopping sampai last-last aku menyesal duit dah nak abis (TOLONG JANGAN TIRU..BUROK PERANGAI NIH)


Aku menanges sekuat dan selama mungkin di dalam bilik atau di depan kucing-kucing peliharaan aku


Aku makan dengan agak banyak...aku akan mengunyah apa sahaja makanan yang ada di dalam stock rumah aku (NI LAGI SATU PERANGAI BUROK..TOLONG JANGAN IKUT)



Aku tido jeeee..........


Paling banyak-banyak cara, aku tetap akan pilih cara ni...Aku akan amek air sembahyang, then aku sembahyang dan baca Al-Quran...fuhhhh..siyes bai, tenang saja...insyaallah, cuba amalkan.. ;)

Ok lah...lastly aku nak pesan ni...yang baik tu korang amek la sebagai pedoman dan pengajaran..yang burok tu korang tak payah la ikut..hohoho...apa pun, dekatkan lah diri kita dengan Tuhan sebab yang buruk tu datang dari kita, dan yang baik datang dariNYA..subhanallah~

Monday, April 18, 2011

~Mitos @ Kepercayaan Karut tentang Haid/Period~

Aku nak kongsikan dengan korang tentang kepercayaan karut ketika Haid/Period. Biasalah kan..manusia ni lebih suka percaya benda-benda karut daripada percaya 100% kepadaNya kan..hohoho...so, lets check it out~

MITOS: Tidak boleh mencuci rambut ketika haid kerna ia akan menyejukkan badan
FAKTA: Ketika inilah aspek kebersihan sangat dipentingkan. Tiada sebab mengapa korang tidak boleh mandi atau mencuci rambut malah, mandi di dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut.TETAPI cuba hindari daripada mandi dengan air yang terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan PENGECUTAN RAHIM.

MITOS: Tidak akan hamil jika mengadakan seks ketika haid

FAKTA: TIDAK BENAR. Di dalam Islam sendiri melarang umatnya mengadakan hubungan seks ketika haid. Bagaimanapun jika korang melakukannya, korang masih boleh mengandung kerana haid bukanlah pencegah kehamilan.

MITOS: Sindrom Prahaid (PMS) hanya mainan perasaan

FAKTA: Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi korang berubah-ubah.

MITOS: Haid menyebabkan badan lemah, jadi tidak digalakkan bersenam atau melakukan aktiviti berat/lasak.
FAKTA: Haid adalah fungsi badan yang normal bagi seorang wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. Korang masih boleh melakukkan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. TETAPI di dalam sesuatu keadaan, Haid boleh menyebabkan seorang wanita itu kepenatan lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang darah (Anemia).

MITOS: Tempoh haid adalah hanya TUJUH (7) hari sahaja
FAKTA: Tempoh haid setiap orang adalah berbeza dan secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari. Namun jika tempoh haid korang melebihi 15 hari, korang disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeeriksaan lanjut.

MITOS: Tidak boleh berenang ketika haid

FAKTA: Wanita yang menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

Haaa..inilah antara mitos-mitos yang sering membelengu para wanita especially kepada remaja yang baru datang haid. So, korang jangan takut untuk bertanya kepada kakak, mak atau rakan-rakan perempuan korang. Bak kata pepatah, MALU BERTANYA SESAT JALAN...hehehe..ye tak?

Thursday, October 28, 2010

~Saya x gemok, tapi saya comel- Tips~



Tips XXL @ Plus Size
Selalunya, kalau korang ingin kelihatan kurus, pelbagai cara korang lakukan untuk tampil cantik di mata orang sekeliling kan? Kebanyakkan daripada korang selalunya akan memilih pakaian yang berwarna hitam untuk ‘cover’ bentuk badan korang. So, kali ni korang tak perlu lagi memakai pakaian berwarna hitam setiap hari untuk kelihatan sempurna di mata orang sekeliling korang, mari korang cuba tips-tips ni! Layannn~

•Tambah warna kontra atau tekstur berbeza dengan menggunakan blazer, kardigan ataupun kemeja lepas.

•Biarkan blazer atau kardigan tu tidak dibutangkan untuk menunjukkan garisan menegak yang maksimum.

•Pilih pakaian yang bercorak menegak (vertical)

•Pilih skarf panjang bercorak menegak dan ikat secara longgar.

•Elakkan tali pinggang yang bersaiz besar yang boleh menampakkan kamu lebih rendah pada pandangan mata orang lain.

•Jika ingin memakai skirts, pilih skirts yang panjang dan lebar.



•Pilih kasut sekurang-kurangnya satu inci kerana jika lebih tinggi, lebih baik.

•Pilih baju berkolar V untuk menampakkan leher anda lebih jinjang.

•Jika korang mempunyai ketinggian di bawah 5’ 3”, pastikan anda memilih pakaian yang bercorak pada skala kecil untuk mengelakkan corak yang korang pakai itu lebih terserlah daripada bentuk badan korang. Cth: pilih corak bunga kecil, ruang poket yang kecil atau garisan kecil.

•Jangan takut untuk bergaya dengan hanya memakai pakaian yang labuh atau panjang sahaja, korang boleh suai padan pakaian korang itu mengikut kesesuaian acara. Contohnya: padankan jaket yang labuh dengan skirt pendek, jaket pendek dengan seluar panjang.

•Corak monochrom tidak semestinya bermaksud anda kelihatan boring, padankan dengan tekstur yang berlainan untuk kelihatan lebih menarik.

Nota Aku: Jangan takut untuk mencuba. Yakin pada diri untuk mencuba pelbagai gaya kerana penampilan adalah penting untuk memberi pandangan pertama orang lain ke atas diri kita.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers