Showing posts with label Local Brand. Show all posts
Showing posts with label Local Brand. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

~MUSIXX EVENT~


“MUSIC NOT JUST MUSIC, BUT MUSIC IS POURING ONE HEART OUT!”

“Walaupun berlainan scene, apa yang penting adalah minat terhadap seni muzik. Muzik kami adalah universal..yang penting berikan sokongan kepada mereka tidak kiralah apa pun genre serta ideology mereka..We all one family in Musixx Event” – Musixx Event

Dengan kebanjiran kugiran-kugiran anak muda tempatan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, begitu jugalah dengan gig organizer yang turut bersama-sama untuk menyokong dan memberi peluang kepada kugiran-kugiran ini untuk meluahkan isi karya mereka. Salah satu antara gig organizer tersebut adalah sebuah label yang semakin meningkat naik iaitu Musixx Event yang berasal dari Labis, Johor.

Musixx Event ini boleh diibaratkan seperti ‘kecil-kecil cili padi’ kerana kalau korang nak tau, walaupun mereka masih muda, mereka sangat bersemangat untuk menyokong karya-karya anak muda tempatan ini. Selain Saya Peja yang berasal dari Labis, Musixx Event turut diterajui oleh ahli-ahli dari Sentul, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang, Selangor.

Label Musixx Event dibawah naungan Symphony Scream Clothing ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada tarikh keramat 16 Jun 2010 yang mana ketika itu Musixx Event hanya diterajui oleh Saja Peja secara bersendirian. Setelah berjumpa dan mengenali Neeya, mereka telah bersepakat dan bekerjasama untuk menaikkan Musixx Event daripada sebuah label yang tidak dikenali sehinggalah label ini dikenali di dalam scene indiependent Malaysia.

Bak kata seorang kawan, ‘Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah’, begitu juga lah terjadi kepada label ini dimana bermacam-macam dugaan yang telah mereka hadapi untuk terus bergerak maju ke hadapan. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi, semangat jitu yang dimiliki oleh anak-anak muda ini telah menjadikan mereka lebih matang untuk terus bersaing dengan pelbagai label event organizer yang lain. Di dalam fasa menempuhi pelbagai dugaan ini jugalah mereka telah bergerak ke merata tempat termasuklah Johor, Kuala Lumpur, dan sekitar Semenanjung Malaysia. Kini mereka memilih Bandaraya Shah Alam, Selangor sebagai tapak untuk mereka meneruskan perjuangan label ini.


Fungsi Musixx Event ini adalah sebagai sebuah organizer yang universal dimana mereka sentiasa menyokong apa jenis genre muzik sekalipun tidak tertumpu hanya satu genre sahaja. Menurut Saya Peja, bagi mereka, apa jenis genre sekalipun, mereka semua adalah satu keluarga. Selain itu, Musixx Event juga turut membantu dan memberi peluang kepada mana-mana live band yang masih baru atau band lama untuk bersama-sama menaikkan industri muzik ini. Dengan prinsip ‘Music Not Just Music But Music is Pouring One Heart Out’, label ini juga turut memberi peluang kepada mana-mana band untuk membuat persembahan sempena pelancaran EP mereka. Label ini juga turut bersemangat untuk memberitahu dan membuka mata orang ramai yang sebelum ini hanya memandang sinis tentang perjuangan muzik karya anak tempatan bahawa muzik ini bukan lah satu perkara yang buruk dan bukan untuk dihina.

Apabila ditanya tentang harapan mereka mengenai label Musixx Event ini, mereka sangat berharap untuk melihat industri muzik di Malaysia bersatu dan diterima oleh semua golongan masyarakat tanpa memandang rupa namun memandang ideologi dan sesuatu karya yang ingin disampaikan. Mereka juga berharap segala usaha mereka di dalam menaikkan industri muzik indiependent di Malaysia khususnya karya-karya anak muda tempatan ini akan dapat diteruskan sehingga bila-bila.

Selain Saya Peja sebagai founder, label ini turut diterajui oleh Neeya (Co-founder), Elle El (Pengurus), Hanis Khairi (Jurugambar tetap), Cuada Laiho (Pen. Krew), Aoz Vandar Plugs (Krew), Daniel (Krew), Wan (Krew), Nazrin (Krew) Binjai (Bonzer) dan One Blood One Family sebagai penyokong (Crowd).

So, kepada korang yang masih mencari-cari gig organizer untuk memperkenalkan muzik korang kepada orang ramai, atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai label ini, korang boleh la usha maklumat di bawah ni ya!~

Facebook: Musixx Event
Tel: Saya Peja (012-754 8523), Neeya Aiman (013-609 3205)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (MUSIXX EVENT) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

Saturday, May 7, 2011

~Juxta Art Studio~

Special Kredit to Azeem Juxtaposed
Juxta Art adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada seniman dan pereka yang ditubuhkan oleh kumpulan Juxtaposed iaitu kumpulan lima orang anak muda yang terdiri daripada adik beradik. Mereka memfokuskan muzik dan produksi seni visual sebagai keutamaan mereka. Setelah beberapa tahun terlibat di dalam bidang seni muzik bebas dan dunia muzik tempatan, Juxta Art Studio dilihat sebagai satu platform kepada mereka untuk memperkayakan karya kreatif mereka tanpa batasan.

Juxta Art Studio dibangunkan untuk menawarkan keselesaan, privasi dan tempat yang lebih kondusif kepada para penggiat seni bebas untuk meluangkan masa mencipta melodi dan lirik dengan lebih serius dan professional. Dengan jurutera mereka yang berdedikasi dan berpengalaman, aku pasti korang tak akan menyesal untuk bekerjasama dengan mereka. Jika korang yang masih mencari-cari tempat untuk merekod lagu, LP, EP, Single atau demo, Juxta Art Studio pasti pilihan yang tepat!

Bukan hanya studio, malah di sini juga terdapat satu galeri seni yang juga dimiliki oleh pihak Juxta Art Production. Jika korang bosan, blurr atau tiada idea, korang boleh lah melawat galeri ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Juxta Art Production adalah:

•Merekod (Artis, band, vokal, instrument, alih suara, e-book, buku audio & demo)
•Mixing & Mastering
•Music Arrangement, Scoring & Composition dan Kelas Muzik
•Visual Art Commisioning, Lukisan, Illustrasi, Kraf dan Mural
•Menerbitkan full album, LP
•Mencipta lagu, menulis lirik original untuk lagu tema, skors dan music arrangement.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus menghubungi pihak Juxta Art Studio

Tel : 03-6185 7732 begin_of_the_skype_highlighting              03-6185 7732      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting              03-6185 7732      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting              03-6185 7732      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting              03-6185 7732      end_of_the_skype_highlighting (Pejabat)
: 013-386 1023 (Black)

Myspace : myspace.com/juxtaart
Facebook: Juxta Art Production (Recording Studio)
: JUxta Art (art and gallery)
Email : juxtaartstudio@yahoo.com

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (JUXTA ART) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

~Stesen TV Independent - Demoplanet TV~


Meh aku nak cerita sket pasal satu Stesen TV Independent buatan anak tempatan ni kat korang...Actually, Demoplanet TV ini sudah lama ditubuhkan iaitu pada sekitar tahun 2005 lagi di mana team Demoplanet TV yang ketika itu diterajui oleh dua orang anak muda Malaysia iaitu En. Aznirulhisham Mohd Hussain atau dikenali sebagai Champ dan juga En. Mohd Ridzuan Amdan yang dikenali sebagai Wantranz. Mengikut Wantranz, mereka sering memikirkan kaedah bagaimana untuk memberi peluang kepada semua orang untuk memaparkan idea-idea atau apa sahaja yang ingin mereka kongsikan melalui satu medium yang mudah, murah dan bermanfaat kepada semua. Kiranya, macam konsep ‘win-win situation’ lah. Menarik kan? Kalau korang nak tau, mereka memegang satu prinsip dan fahaman di mana mereka berfikir bahawa setiap orang harus mendapat akses kepada internet sebagai kaedah untuk pembelajaran dan merungkai kekayaan ilmu tanpa batasan.

Di Demoplanet TV, mereka berusaha untuk memberikan yang paling terbaik dari aplikasi internet agar ia tidak menjadi satu perkara yang menggerunkan atau harus ditakuti namun seharusnya dilihat sebagai ‘sahabat’. Misi dan visi mereka pula adalah untuk memboleh dan memberikan hak samarata di dalam bidang penyiaran tanpa mengira bangsa, agama ataupun budaya. Demoplanet TV sangat berwawasan dan ini dapat dilihat apabila mereka menjadikan dunia penyiaran multimedia internet menjadi lebih baik melalui pendidikan, toleransi dan pendamaian.

Demoplanet TV ini berkonsepkan ‘demo’ tv di mana mereka menggalakkan sesiapa sahaja untuk menghantar apa sahaja bahan kepada mereka dalam bentuk ‘cubaan’ mahupun sebagai eksperimen. Oleh itu, client mereka tidak perlu risau tentang aspek yang melibatkan arahan, lakonan, jalan cerita, kualiti persembahan dan apa sahaja aspek yang diguna pakai oleh stesyen TV biasa. Namun idea berkenaan perlulah tidak melampaui batas agama, budaya mahupun moral serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sasaran utama mereka pula pastilah remaja iaitu dari yang masih bersekolah rendah, pelajar universiti hinggalah belia di bawah umur 40 tahun.



Jika korang berminat, mereka menetapkan ‘passion’ yang komited sebagai salah satu perkara wajib jika seseorang ingin menceburi bidang ini terutamanya kepada para remaja. Kesungguhan dan sifat bekerjasama secara kumpulan juga perlu dititikberatkan. “Jauhi Jenayah, Hampiri Hasanah (kebaikan)”

Syabas kepada Demoplanet TV! Sokonglah produk tempatan. So, kepada korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Demoplanet TV ini, korang boleh lah terus mengakses maklumat-maklumat ini ya!

Demoplanet TV Sdn. Bhd.
1-01-02, Blok 1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2
Persiaran Akuatik
40100 Shah Alam, Selangor
Malaysia
Tel/Fax : 03-5523 5400
Email : demo_planettv@yahoo.com, demoplanettv@gmail.com
Website : Demoplanet TV
Facebook : demoplanet.tv channel
Blogspot : www.ivow2010.blogspot.com
www.imsingles.blogspot.com

Nota Aku: All the best! Lepas ni boleh la kita tengok idea-idea best lagi kreatif dari anak-anak muda kita kan? Tak sabarnye…….


P/S: Jangan lupa support projek terbaru mereka bersama Pentas Aksi di dalam Kompilasi I'M Singles ini ok!

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (DEMOPLANET TV) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;)*****

Wednesday, April 6, 2011

~Komuniti AkuBudakSeni~



Di pagi Rabu nan indah permai ni, aku nak story sket pasal satu lagi produk tempatan buatan anak muda kita iaitu Komuniti AkuBudakSeni. Jom baca artikel ini seterusnya~

Menarik dan informatif. Kepada korang yang belum tahu apa itu Komuniti AkuBudakSeni yang telah berjaya menarik minat hampir 1000++ orang di dalam group Facebook ini, komuniti ini boleh dilihat sebagai satu flatform kepada anak muda khususnya untuk berkongsi pendapat, karya dan kritikan sesama mereka. Apa yang menarik minat aku tentang komuniti AkuBudakSeni ini adalah tentang visinya iaitu “Anda buang idea pelik, kami terima sebagai Unik”. Wahhh...menarik bukan? Komuniti yang rata-rata dibarisi oleh para penggiat seni ini ditubuhkan pada hari Sabtu, 7 Mac 2009 yang lalu oleh Muhamad Hafiz Zainal atau lebih dikenali sebagai Spikey Fidz. Spikey Fidz adalah seorang pelajar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Graphic Designer (Hons.) dan Advertising di UiTM Shah Alam.

Nak dijadikan cerita, Komuniti AkuBudakSeni ini pada asalnya hanyalah blog peribadi yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang dunia seni di institut-institut pengajian tinggi. Walaubagaimanapun, setelah mendapati blog ini boleh pergi lebih jauh dengan memberi pelbagai informasi dalam membantu para penuntut aliran seni di IPTA / IPTS, Spikey Fidz mula mengorak langkah melebarkan jaringan perkongsian informasi ini.



Hasil dorongan yang berterusan daripada rakan blogger iaitu Hanafi bin Shafie atau lebih dikenali dengan nama Aku Napie seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), mereka akhirnya berpakat untuk berkongsi idea kepada rakan-rakan yang berminat dan ia bermula daripada jabatan-jabatan di Fakulti Seni dan Seni Reka (FSSR UiTM). Dengan usaha gigih itu jugalah mereka telah berjaya mengumpulkan Graphic Designer, Fotographer, Fine Artist, Print Artist, Fashion Designer dan ramai lagi yang terdiri daripada penggiat seni pelbagai genre.

Namun, mereka tetap dibelengu beberapa masalah. Antara masalah yang selalu dihadapi oleh mereka adalah kebanyakkan daripada mereka mempunyai kelemahan di dalam bidang pengurusan dan kira-kira, sehinggakan ada di antara mereka tidak tahu meletakkan harga pada produk akhir yang telah dicipta. Maklum lah, kebanyakkan dari mereka ini lebih mementingkan kepuasan dalam berkarya dari kepentingan wang ringgit. Dan jika dilihat, kebanyakkan universiti atau kolej juga tidak terlalu memberi fokus di dalam hal perletakkan nilai harga bagi setiap produk yang telah dihasilkan.

Oleh demikian lah, komuniti AkuBudakSeni yang terdiri daripada pelbagai golongan pelajar dan amatur berpendapat bahawa dengan adanya komuniti ini dapatlah mereka mempromosikan kerja-kerja mereka dan membuka peluang kepada para karyawan muda ini untuk berniaga dan seterusnya menjadi usahawan. Untuk makluman korang lagi, komuniti ini tidak mengharapkan sebarang bayaran atas tugas-tugas promosi kerana niat mereka hanyalah untuk membantu sesama para mahasiswa dan mahasiswi di dalam pelbagai genre seni untuk produk dan perkhidmatan akhir mereka. Syabas!



Komuniti ini juga memberi bantuan kepada rakan pelajar di dalam bidang masing-masing. Mereka sangat menitikberatkan sikap tolong menolong kerana bagi mereka, itu lebih afdhal kerana itulah matlamat utama mereka untuk bersama-sama berkongsi idea dan buah fikiran.

Kerjasama antara DEMOPLANET.tv (www.demoplanet.tv) baru-baru ini pula dilihat sebagai pucuk dicita ulam mendatang. Sebuah syarikat penyiaran dan produksi DEMOPLANET.tv yang mengetengahkan konsep “Jangan Sia-siakan Bakat Anda” ini telah sudi bekerjasama dengan komuniti AkuBudakSeni dan kalau korang nak tau, beberapa program telah pun dirancang yang bakal dijalankan dalam masa terdekat ini.

Jika korang nak tau, antara produk dan servis yang telah berjaya mereka laksanakan adalah merekod single kumpulan Indie seperti kumpulan KalamMalaya, Conflicity, membuat produk dan barangan seperti T-shirt, button badges dan sebagainya. Menariknya lagi tentang komuniti ini ialah mereka memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk membuat produk dan komuniti ini pula akan bertindak sebagai ‘orang tengah’ atau promoter dalam proses menjual produk-produk ini.

Menurut Spikey Fidz lagi, beliau berharap komuniti AkuBudakSeni ini akan menjadi satu pusat untuk mengumpulkan semua artis-artis muda dari IPTA dan IPTS untuk bersama-sama berkongsi untuk mempopularkan karya mereka. Matlamat jangka pendek komuniti ini pula adalah untuk menganjurkan satu karnival pada semester hadapan dan diharapkan mereka akan mendapat bantuan serta sumbangan dari pelbagai pihak untuk bersama-sama menjayakannya. Insyaallah.



So, kalau korang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai KOMUNITI AKUBUDAKSENI ini, jangan teragak-agak untuk usha link-link di bawah ini ya!

Website : www.akubudakseni.tk
Facebook : AkuBudakSeni

Nota Aku: All the best and keep up the good work guys! Support our local brand~ ;)


*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (KOMUNITI AKUBUDAKSENI) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

Friday, April 1, 2011

~The Absolute Clothing~



Pepagi buta ni, aku terasa nak menaip...erkk..padahal aku punya artikel untuk dateline isu bulan Mei belum pun siap..hahaha..so, pepagi buta ni, aku nak kenalkan korang dengan satu label clothing yang sangat cool dan unik..so, aku persembahkan....THE ABSOLUTE CLOTHING!! clap3...hehehe..



So kalau korang nak tau, idea penubuhan The Absolute Clothing ini wujud daripada lawatan sekumpulan pelajar jurusan seni percetakan dari Negara Indonesia yang telah datang ke UiTM Shah Alam pada tahun 2006 yang lalu. Kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut sukakan sukan extreme dan mempunyai minat dengan kesenian t shirt dan mereka tidak malu untuk memberi pandangan tentang design yang dibuat pelajar seni percetakan di Malaysia. Walaupun Malaysia lebih maju dari Negara Republic itu,tapi dari segi aspek pendapat design dan seni yang berkaitan,pelajar-pelajar Malaysia jauh lebih ketinggalan dan design pelajar-pelajar ITB jauh lebih cantik,kreatif dan menarik berbanding pelajar-pelajar Malaysia.



Dari situ lah timbul idea pengasa The Absolute Clothing ni untuk menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra di Malaysia. Inisiatif yang positif ini diterajui oleh En. Farook Hamdan yang menjadi penaung lable The Absolute Clothing.



Kalau korang nak tau lagi, butik The Absolute Clothing ini telah ditubuhkan pada sekitar 1 Disember 2010 dan telah rasmi didaftar pada Ogos 2009 yang lalu. Butik ini bukan sahaja menjual t-shirt, malah mereka juga menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan lain kepada orang ramai. Kebanyakkan permintaan produk The Absolute Clothing adalah untuk rekaan t-shirt, dan barangan siap (Ready made).



Namun, rekaan mereka tidak tertakluk kepada idea pereka grafik The Absolute Clothing itu sendiri, mereka juga menerima tempahan mengikut citarasa dan idea rekaan daripada pelanggan mereka juga (Custom made). Selain daripada itu, perkhidmatan lain yang terdapat di butik The Absolute Clothing adalah seperti sulaman (Embroidery) dan juga cetakan (Printing) di atas fabrik.




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Butik The Absolute Clothing ni, jom usha maklumat-maklumat di bawah ni.

No 45, Jalan Tembaga, Kawasan Perusahaan Mergong 2,
Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah
No. Tel : 04 – 7305630 / 012 455 9147
Email : theabsolutely@yahoo.com
Facebook : the absolute clothing
Twitter : weirdabsolute
Tumblr : theabsoluteclothing.tumblr.com
Blogspot : theabsolutelyprinting.blogspot.com

Nota Aku: Well, kepada korang yang masih mencari-cari rekaan menarik, berkualiti serta murah, aku syorkan korang usha maklumat di atas. Ha, nak terus pergi ke butik pun boleh, nak membeli belah kat dalam internet pun boleh. Piley2~


*****Article Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Adamerah & The Absolute Clothing) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Thursday, March 31, 2011

~Satu GIGS~



Walaupun masih baru, penubuhan ‘pakatan’ Satu GIGS yang diasaskan oleh D.A.R.A.48 ini bukan sahaja usaha yang patut dipuji dan direspek, malah patut diberi peluang untuk berada bersama-sama dalam industri seni tanah air kita. Untuk makluman korang, Satu GIGS yang bermaksud “Generasi Ini, Generasi Seni” adalah satu label universal yang lebih dikenali sebagai satu pakatan untuk label-label dan persatuan tempatan untuk bekerjasama menjayakan sesuatu projek yang dirancang dan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Ditubuhkan pada tarikh keramat 10.10.2010 yang lalu, pakatan yang selesa menggunakan tagline “Mari Bekerja Bersama” ini berpusat nun jauh di Utara tanah air iaitu di Negeri Kedah Darul Aman. Selain berperanan sebagai ejen pengiklanan kepada label-label dan persatuan yang bernaung di bawah pakatan ini, Satu GIGS juga bertindak sebagai ‘medium’ untuk bersama-sama memperkenalkan label dan persatuan ini kepada para peminat seni seantero Malaysia selain membuka ruang kepada label-label dan persatuan ini bekerjasama memajukan industri seni tempatan. Satu usaha yang patut dipuji!

Tidak hanya berpaksi semata-mata kepada penganjuran gigs atau event yang berkonsepkan seni, Satu GIGS juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain antaranya, perkhidmatan design, mencetak T-shirt, videografi, fotografi, merekod lagu dan lain-lain lagi. Bertitik tolak daripada sokongan dari pelbagai pihak terutamanya daripada label-label dan persatuan seni di bawah pakatan Satu Gigs ini, maka lahir lah projek pertama pakatan Satu GIGS ini iaitu “SATU PERPULUHAN SATU GIGS MEMORI” yang telah diadakan di Soundmaker, Pulau Pinang pada 25 Disember 2010 yang lalu.

Antara pakatan label dan persatuan yang terlibat di dalam event ini adalah The Absolute Clothing sebagai T-Shirt rasmi, Adamerah sebagai fotografi rasmi, T.P.K. sebagai crew rasmi, Juxta Art Production, Lockluck, DayXstreet, Stylish, Subnoise, De Art Cube Studio, Satelizer Music dan Konsenma.

So, mari la kita bersama-sama nantikan projek seterusnya daripada SATU GIGS ini. Kepada korang yang berminat untuk bekerja bersama dengan Satu GIGS atau jika korang mempunyai sebarang pertanyaan, korang boleh la tanpa segan silu menghubungi atau mengorat pihak SATU GIGS di Facebook (Satu Gigs) atau di talian : 017 - 244 9609.

THE CREWS

Nota Aku: Orang Melayu ke, Orang Cina ke, Orang India ke, KITA KAN ORANG MALAYSIA?? So, support our local act & local brand guys!

*****Article Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Adamerah & Satu GIGS) All rights reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Friday, October 29, 2010

~Pecah Kepala Clothing-Promotion~



PK Houses some of the most exciting and talented young artists. Each contributes skills and knowledge stemming from each artistic experience, creating a unique collaboration of new ideas and possibilities in digital art and photomanipulation realm.

By bringing together a powerhouse collective of a new generation of artists capable of delivering a diversity of creative approaches running the gamut of western to eastern styles, PK will be delivering creative services, trainings as well as rich contents for the new global entertainment market.

For more info:
http://www.facebook.com/pecahkepala
017-3735046 (ZulPK)



Nota Aku: Ayuh support LOCAL BRAND!!~

*****Article Copyright © 2011 Astarawistana Momoi & picture (Pecah Kepala Clothing) All rights reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers