PARKOUR
Berani, kreatif dan kagum! Itu lah perkataan yang aku dapat tafsirkan tentang aktiviti Parkour ni. Korang penah dengar jenis “sukan” ni tak? Untuk korang yang belum tahu apa itu Parkour, Parkour adalah sejenis aktiviti yang diasaskan oleh seorang mamat berhati kering yang berasal dari Negara Perancis iaitu David Belle. Aktiviti ini juga kadang-kadang disingkatkan kepada PK (I’art du deplacement) atau seni pergerakan badan dari point A ke point B dengan secepat dan sepantas mungkin menggunakan kebolehan badan manusia.
Aktiviti ini juga dikategorikan sebagai salah satu sukan lasak (extreme sport) yang semakin mendapat tempat di kalangan para remaja di Malaysia kini. Aku tak sangka lak ada budak-budak Malaysia yang terjebak dengan aktiviti lasak lagi berani ni. Baguslah, sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti yang korang buat daripada asyik melepak membuang masa je kan? Lagipun, Parkour ni bukan sahaja menyihatkan badan dengan membuang peluh, malah ia juga memberikan kekuatan minda dan fizikal supaya dapat bertindak balas dengan cepat jika berlaku sesuatu kecemasan. Dari penglihatan dan kajian yang aku buat secara rambang, masih ramai yang belum tahu apa itu Parkour. So, di sini aku sertakan sedikit fakta ringkas mengenai Parkour untuk korang yang belum kenal apa itu Parkour. Layannn~
• Aktiviti ini dilakukan untuk membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan, halangan di mana-mana jenis persekitaran termasuklah dahan-dahan, batu-batan, palang, dan dinding konkrit.
• Parkour boleh dilakukan di kawasan luar Bandar mahupun di Bandar.
• Lelaki yang mempraktikkan Parkour dikenali sebagai Traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai Traceuse.
• Diinspirasikan daripada ayah kepada David Belle iaitu Raymond Belle, seorang tentera Perancis yang berkerja sebagai ‘sapeurs-pompiers’ (bomba tentera).
• Parkour berguna sebagai “self-defense” dalam keadaan tidak terduga.
• Jika seni mempertahankan diri disebut sebagai sebuah bentuk latihan untuk ‘fight’ (bertarung), Parkour pula merupakan suatu bentuk latihan yang disebut ‘flight’ (kabur dari segi bahaya).
• Ketika berusia 15 tahun, David Belle berpindah ke Lisses (kota di Perancis) dan di situ lah segalanya bermula dengan lahirnya Team Parkour terkenal yang digelar Yamakasi.
• Bersama teman masa kecilnya, Sebastien Foucan beserta beberapa pemuda lain, mereka mula mengembangkan Yamakasi sebagai team Parkour yang terkenal di serata Perancis. Namun disebabkan perbezaan prinsip, David dan Sebastian berpisah dan meninggalkan Yamakasi.
• Sehingga saat pengambaran filem Yamakasi yang dibuat pada tahun 2001 juga dijalankan tanpa kehadiran mereka berdua.
• Terdapat lima nilai positif yang dipraktikkan oleh aktiviti Parkour ini iaitu, menempuh halangan dan masalah di dalam kehidupan, berani melawan rasa takut, membantu bangkit daripada kegagalan, mengajar diri lebih fleksibel dan bersemangat, dan membantu diri untuk berfikir secara kreatif dan bebas.
• Di Malaysia, Parkour makin mendapat tempat di hati remaja di mana terdapat beberapa kelab Parkour yang ditubuhkan.
• Antara lokasi aktiviti Parkour dijalankan antaranya ialah, di sekitar taman-taman permainan, bangunan-bangunan, dan kawasan rahsia kerana
Nota Aku: Kalau korang nak tahu dan saksikan apa itu Parkour dengan lebih ‘real’, sila buka laman sesawang YouTube dengan menaip: Parkour, Parkour in Malaysia atau David Belle.
:::::Artikel ini hak milik kpd Astarawistana@Momoi-Majalah By'U:::::
*****Article Copyright © 2011 Astarawistana Momoi articles & picture All rights reserved. Use of words & photographs in any manner without permission
is prohibited by International copyright law*****
Wahhh , aku pandai buat aksi ni .. :P
ReplyDeletesalam,, hye sye berumur 19 years..dok jb,, sye berminat sngt2 dgn aktiviti seperti pakour nii... sye juga ingin ceburi dlm bidang seperti ini.. di mner tempatnye ea,,0177646987 kalau ada sila hubungi nombor sye..Wokeyh:-)
ReplyDelete