Friday, April 1, 2011

~Butik Badger~



BADGER, selalu kan korang dengar tentang jenama ni? Dan kalau korang agak rajin membelek gambar-gambar artis especially artis-artis band indie, korang pasti perasan tentang jenama BADGER ni kan?



Unik, cool dan ada style. Itu lah yang boleh aku perkatakan tentang seleksi pakaian yang ada di Butik Badger ni. Kalau korang nak tau, jenama Badger ni bukan lah berasal daripada Malaysia, namun jenama ini berasal daripada negara jiran kita iaitu Indonesia. Bermula sekitar tahun 1999, Badger agak terkenal di kalangan para remaja di Indonesia yang sukakan gaya funky, up-to-date dan dengan harga yang berpatutan. Setelah mencapai kejayaannya di Indonesia, sekitar tahun 2008, jenama popular daripada Bandung ini mula menapak di Malaysia dengan jenama produknya iaitu Badger, AntiBeauty, Slice Footwear dan Vans Footwear.





Untuk pengetahuan korang, Badger adalah sebuah jenama yang direka oleh sekumpulan pemuda yang tediri daripada para peminat muzik, pencinta fesyen dan juga risk taker. Oleh kerana permintaan semasa kepada fesyen streetwear yang telah menjadi trend anak-anak muda masa kini, Badger dengan sebulat suara untuk berkongsi dengan Malaysia. Kalau korang nak tau, Badger telah pun menjadi salah satu jenama popular yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Permintaan oleh anak-anak muda Malaysia meningkat dan populariti jenama ini juga dikongsi bersama-sama golongan artis termasuklah band-band terkenal di Malaysia. Antara artis dan band yang serasi bersama jenama Badger ini adalah Altimet, Zizan Raja Lawak, Bunkface, Hujan, Estranged dan lain-lain lagi.



Dengan memperkenalkan Badger, Antibeauty dan Voltra sebagai taruhan awal jenama ini di Malaysia, ternyata ia tidak mendukacitakan. Semakin hari, jenama Badger semakin mendapat perhatian dan menjadi satu jenama ikutan oleh anak-anak muda di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Butik yang terletak di Damansara ini membariskan pelbagai jenis produk yang rata-rata terdiri daripada grafik tee, jaket, kasut, aksesori dan lain-lain yang lebih menerapkan rekaan untuk citarasa anak muda. Namun, uniknya juga rekaan di Butik Badger ini adalah kebanyakkan rekaan mereka adalah terdiri daripada potongan-potongan trend atau style lama dan diterjemahkan menjadi satu trend fesyen yang terkini. Memang stylo mylo la Badger ni tau!



Kalau korang yang berada jauh dari Bandar Kuala Lumpur, korang jangan sedih kerana Butik Badger juga ada menjual produk-produknya melalui perkhidmatan online. Korang boleh swipe je korang punya kad kredit tu tau. Tapi pastikan tidak melebihi had ya. Heheheh...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus datang ke Butik Badger ni atau korang boleh bershopping secara online dari mana saja korang suka. So, check it out this information:

Butik Badger
18-M Jalan SS21/58,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7729 3005
Faks : 03-7729 4005
Web : www.badgermalaysia .com
Email : badgermalaysia@gmail.com
Blog : badgermalaysia.blogspot.com

Nota Aku: Cool lah..dapat gaji, g shopping sini ek...mane tau kot2 leh terserempak dengan Zizan Raja Lawak..hahaha~

*****Article Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (BADGER) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

No comments:

Post a Comment