Friday, May 20, 2011

~Tribute To Nirvana- Penang~



TRIBUTE TO NIRVANA

Walaupun aku terpaksa beberapa kali membuat pusingan U demi menempuh masalah parking yang memeningkan kepala, akhirnya dapat juga kami (aku dan Cik Nana) sampai ke destinasi yang dituju dengan selamatnya. Setelah sekian lama scene Utara sunyi sepi daripada gig-gig genre grunge, Tribute To Nirvana akhirnya dilihat berjaya menamatkan kemarau ini. Bagi aku, Tribute To Nirvana ini dilihat telah berjaya memeriahkan kembali scene Grunge khususnya di Penang dan scene Utara amnya. Gig yang telah diadakan pada 16 April yang lalu, bermula kira-kira pukul 2.00 petang ni telah berjaya menarik perhatian para pengikutnya yang rata-rata kehausan gig bermelodi grunge ini.

Gig anjuran Muddive Records ini membariskan 11 buah band yang datang dari pelbagai pelusuk negeri antaranya daripada Negeri Perak, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang. Bayaran yang dikenakan pula sangat lah berpatutan iaitu hanya RM10.00 termasuk makanan dan minuman. Kalau korang nak tau, gig ni diadakan ‘totally D.I.Y.’ oleh pihak penganjur tau! Sebab itu lah harga tiket tidak semahal seperti selalu kita lihat di gig-gig yang biasa diadakan pada masa sekarang. Yang menariknya lagi, sesiapa yang datang dengan memakai t-shirt Nirvana pula akan diberi diskaun sebanyak RM2.00 sebagai rebat.

Berbalik kepada gig pada hari tu, crowd yang datang sangat sporting, happening dan penuh bertenaga. Crowd yang hadir tidak segan silu berpogo, mosh dan slam sesama sendiri. Memang gempak dan enjoy! Band-band yang perform pula tidak menghampakan dan boleh dikatakan mereka sangat cool dan ‘grunge’ pada hari itu. Mereka berjaya membawa crowd untuk ‘sing-a-long’ hampir kesemua lagu-lagu yang dibawa oleh mereka seperti Smell Like Teen Spirit, Something in The Way, Grassby Territorial Pissing, Stay Away, You Know You’re Right, Ain’t it a Shame, Big Cheese dan lain-lain lagi. Rata-rata crowd sangat berpuas hati dengan event ini. So, boleh lah buat lagi lepas ni ya~

Senarai band:
•Brain Proper (Ipoh Grunge)
•Vigil (Penang Grunge)
•Rinky Dink (Alor Star Grunge)
•Migrain (Alor Star Grunge)
•Excuse Me (Melaka)
•Nameless (Sungai Siput Grunge)
•Hurly Burly (Kulim Grunge)
•Round Robin (Kuala Lumpur Grunge)
•Hui Sei Di Dai (Penang Grunge)
•Grassby (Kuala Lumpur Grunge)
•Isma Rudean (Kuala Lumpur Grunge)

Baru-baru ni turut diadakan Grunge Fest kat KL..aku tak dapat pegi..tapi kalau korang pn tak dapat pegi, jangan risau weh..Muddive Records sekali lagi akan organize gig iaitu TRIBUTE TO BUTTERINGERS lak yang bakal diadakan pada 2 Julai 2011 nanti..tempat dan waktu masih sama..untuk maklumat lanjut, korang boleh usha Group GERAKAN GRUNGE BANGKIT ni kat laman sosial Facebook korang k!

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Me or the Contributor) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers