Monday, July 11, 2011

~Madhop / Projump / Powerbocking~

Kepada korang yang selalu lepak kat Bukit Bintang atau pergi ke event Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya yang lepas, korang pasti akan perasan dengan kewujudan Madhop atau juga dikenali dengan nama Projump atau Powerbocking ini. Menarik dan sangat unik. Itu lah ‘first impression’ aku terhadap permainan ekstrem ini. Oleh kerana permainan ini masih baru di Malaysia, so aku nak cerita sikit tentang sejarah dan fakta-fakta tentang permainan yang semakin mendapat tempat di hati para anak muda yang sentiasa dahagakan kelainan ini.

Untuk makluman korang, permainan yang juga dikategorikan sebagai ekstrem dan berbahaya ini berasal daripada Negara Jerman. Dan orang yang bertanggungjawab mereka dan memperkenalkan permainan moden ini adalah Mr. Alexander Bock @ Boeck. Jika dirungkai asal usulnya dan kembali kepada sejarah, Madhop ini adalah kayu yang berukuran tiga meter yang digunakan oleh performer ketika membuat persembahan kepada Raja ketika era pemerintahan Dinasti Pertama Negara China. Selain itu, Mahop ketika itu menunjukkan ketangkasan skil pemain yang berjalan dan berlari dengan kayu yang lebih tinggi daripada badannya sendiri. Madhop juga direka untuk individu yan mengalami kecacatan pada kaki untuk memudahkan serta menyokong mereka berjalan atau berlari.

Pioneer (Mr. Alexander Bock @ Boeck)

Manakala versi moden kepada permainan ini telah dicipta oleh dua orang pemain akrobatik professional iaitu Bill Gaffney dan Tom Weaver yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1954. Penemuan pertama kepada permainan ini telah disiarkan di dalam sebuah majalah iaitu Life Magazine pada 9 Ogos 1954. Ketika itu, adaptasi rekaan mereka telah membolehkan Bill dan Tom untuk mempersembahkan lompatan luar biasa sejauh lebih tiga meter dan berlari lebih dari tiga meter panjang. Kemudian, permainan melompat moden ini diteruskan oleh seorang Jurutera Aeroangkasa muda iaitu Alexander Bock @ Boeck pada pertengahan tahun 1990-an dan patern rekaannya telah meluas digunakan di negara-negara barat antaranya di Great Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan juga Amerika Syarikat.

Madhop moden kini direka khas menggunakan spring elastic, glass fibre yang berteknologi tinggi dan juga dibangunkan dengan menggunakan teknologi aeroangkasa. Untuk pengetahuan korang, Madhop adalah merujuk kepada sejenis alat yang dipakai di kedua-dua belah kaki dan jika sekali pandang, ia seolah-olah melihatkan pemakainya memakai kaki palsu. Kalau korang nak tau, Madhop memerlukan kekuatan kaki untuk melakukan henjutan iaitu pada masa yang sama mempengaruhi ketinggian lompatan yang dibuat. Walaupun masih baru di Malaysia, namun permainan ini telah pun popular dan menjadi trend di negara jiran dan juga negara Asia yang lain iaitu Thailand, Jepun, China dan Korea. Di Thailand misalnya, permainan ini telah menjadi satu kegilaan dan korang boleh melihat di merata-rata tempat pasti ada individu yang bermain permainan ini. Malah, mereka juga telah membentuk komuniti atau kumpulan sehingga berjaya menganjurkan pelbagai program dan pertandingan ‘battle’ untuk permainan Madhop ini.


Dengan teknologi yang lebih fleksibel ini telah menjadikan permainan ini sebagai salah satu permainan ketika beriadah dan digunakan untuk melakukan aktiviti sukan sampingan. Permainan ini sebenarnya sama seperti sukan aerobik yang korang selalu tengok kat TV tu Cuma permainan ini lebih ekstrem dan berbahaya. Berat sepasang madhop adalah berbeza-beza mengikut berat badan kepada si pemakainya. Adalah dinasihatkan kepada yang ingin berjinak-jinak dengan permainan ini supaya mengikut garis panduan tentang berat Madhop mengikut saiz berat badan korang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi semasa bermain dengan permainan ini.

Bukan sahaja ia menyihatkan badan dengan mengeluarkan peluh, namun, permainan ini juga boleh dianggap sebagai satu skill yang unik. Aku pasti tidak semua orang boleh melakukannya dan hanya yang betul-betul berani sahaja dapat melakukannya. Namun korang jangan la takut sebab permainan ini tidak sukar untuk dipelajari asalkan korang mampu mengimbangi badan korang, pasti korang akan ‘gian’ untuk melakukannya lagi. Walaupun mudah untuk mempelajarinya, namun permainan ini memerlukan kekuatan kaki dan tahap stamina yang tinggi kerana kadar tenaga akan digunakan secara maksimum. Permainan ini juga bukan hanya sekadar melompat, tetapi memerlukan henjutan bagi memacu lompatan dan pastinya ia memerlukan aspek kecergasan yang tinggi. Lebih besar kadar henjutan yang dibuat oleh si pemain, maka lebih tinggi lompatan yang dapat dihasilkan.

Kepada korang yang berminat untuk mencuba permainan ekstrem baru ini, harga sepasang Madhop adalah sekitar RM1000 hingga RM1800. Kos penyelenggaraan pula adalah rendah, tidak seperti permainan ekstrem yang lain kerana korang hanya perlu memberi perhatian yang lebih kepada tapak alat permainan ini sahaja. Dan menariknya lagi, harga tapak yang perlu ditukar apabila haus adalah hanya sekitar RM50 sahaja dan mampu bertahan sekurang-kurangnya sebulan terpulang kepada kadar kekerapan korang menggunakakannya. Antara lain, permainan ini juga seperti permainan ekstrem yang lain yang mementingkan aspek keselamatan untuk mengelakkan daripada kecederaan, korang perlu lah melengkapi diri korang dengan alat keselamatan seperti span pengalas lutut dan siku, topi keledar, dan sarung tangan.

So, kepada korang yang ingin mencuba permainan Madhop ini, korang boleh lah usha maklumat-maklumat di bawah ni ya~

Madhop Store Malaysia
Level 2, BB Plaza. Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tel : +6016- 6333 301 (Naem)
Email : madhopstore@gmail.com
FB: Madhop Store Malaysia

Maklumat lain yang korang boleh usha:

http://www.projumpforum.co.uk

http://www.urbansportsjunkie.co.uk
http://www.pro-jump.co.uk/
http://www.projump101.co.uk/
http://www.ukpowerbocking.co.uk/


*****Articles Copyright ©
2011 (Astarawistana Momoi)is All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment