Aku Nak Terbang Tinggi Mengecapi Hari Mendatang..Tolong Baiki Sayapku..Aku Ingin Terus Terbang Bebas Merentas Imaginasi Luas Yang Dipenuhi Onak Dan Duri, Pelbagai Hipokrasi, Penipuan Dan Halangan...Tolong Beri Sedikit Ruang Kosong, Kesabaran, Ketekunan Dan Semangat Untukku...Aku Ingin Terus Melihat Sinar Pagi, Indahnya Senja, Cantiknya Bulan Di Kala Malam..Tolong Penuhi Hasratku Ini..Semuanya, Aku Mulai Dengan Ucapan TERIMA KASIH....Bersyukur ku Pada Pencipta Yang Satu...ALHAMDULILLAH...
Friday, May 7, 2010
~KOMUTER: Koc Wanita/Ladies Coach~
Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita. Menggunakan tema Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).
Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.
Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.
Neway, thanks to Pihak pengurusan KTMB di atas keprihatinan mereka kepada kaum hawa.. ;) thumbs up!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment