Aku Nak Terbang Tinggi Mengecapi Hari Mendatang..Tolong Baiki Sayapku..Aku Ingin Terus Terbang Bebas Merentas Imaginasi Luas Yang Dipenuhi Onak Dan Duri, Pelbagai Hipokrasi, Penipuan Dan Halangan...Tolong Beri Sedikit Ruang Kosong, Kesabaran, Ketekunan Dan Semangat Untukku...Aku Ingin Terus Melihat Sinar Pagi, Indahnya Senja, Cantiknya Bulan Di Kala Malam..Tolong Penuhi Hasratku Ini..Semuanya, Aku Mulai Dengan Ucapan TERIMA KASIH....Bersyukur ku Pada Pencipta Yang Satu...ALHAMDULILLAH...
Thursday, October 28, 2010
~Saya x gemok, tapi saya comel- Tips~
Tips XXL @ Plus Size
Selalunya, kalau korang ingin kelihatan kurus, pelbagai cara korang lakukan untuk tampil cantik di mata orang sekeliling kan? Kebanyakkan daripada korang selalunya akan memilih pakaian yang berwarna hitam untuk ‘cover’ bentuk badan korang. So, kali ni korang tak perlu lagi memakai pakaian berwarna hitam setiap hari untuk kelihatan sempurna di mata orang sekeliling korang, mari korang cuba tips-tips ni! Layannn~
•Tambah warna kontra atau tekstur berbeza dengan menggunakan blazer, kardigan ataupun kemeja lepas.
•Biarkan blazer atau kardigan tu tidak dibutangkan untuk menunjukkan garisan menegak yang maksimum.
•Pilih pakaian yang bercorak menegak (vertical)
•Pilih skarf panjang bercorak menegak dan ikat secara longgar.
•Elakkan tali pinggang yang bersaiz besar yang boleh menampakkan kamu lebih rendah pada pandangan mata orang lain.
•Jika ingin memakai skirts, pilih skirts yang panjang dan lebar.
•Pilih kasut sekurang-kurangnya satu inci kerana jika lebih tinggi, lebih baik.
•Pilih baju berkolar V untuk menampakkan leher anda lebih jinjang.
•Jika korang mempunyai ketinggian di bawah 5’ 3”, pastikan anda memilih pakaian yang bercorak pada skala kecil untuk mengelakkan corak yang korang pakai itu lebih terserlah daripada bentuk badan korang. Cth: pilih corak bunga kecil, ruang poket yang kecil atau garisan kecil.
•Jangan takut untuk bergaya dengan hanya memakai pakaian yang labuh atau panjang sahaja, korang boleh suai padan pakaian korang itu mengikut kesesuaian acara. Contohnya: padankan jaket yang labuh dengan skirt pendek, jaket pendek dengan seluar panjang.
•Corak monochrom tidak semestinya bermaksud anda kelihatan boring, padankan dengan tekstur yang berlainan untuk kelihatan lebih menarik.
Nota Aku: Jangan takut untuk mencuba. Yakin pada diri untuk mencuba pelbagai gaya kerana penampilan adalah penting untuk memberi pandangan pertama orang lain ke atas diri kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment