Bila sampai satu masa, kita mesti berfikir..."Sampai bila kita harus berada di takuk lama? Satu hari pasti kita perlu berubah kan? Kenangan samada manis ataupun pahit, kita letak di tepi. Kita buka lembaran baru, kita corak kembali kain putih itu, kita beri ia nafas yang baru, yaa, yang lebih segar.
Perubahan tu kadangkala perlu, kadangkala tidak perlu. Tetapi jika ia bakal membawa perubahan pada diri kita samada baik atau buruk, kita sebagai manusia yang berpijak di bumi yang nyata, perlulah letakkan ia sebagai satu misi dan visi. Misi dan Visi itu pula perlulah dilakukan pengiraan. Maksudnya, Pro dan Kontra. Kita lihat yang mana baik dan yang mana buruk. Aku pasti kita akan memperoleh satu keputusan yang teguh dan pencapaian yang akan datang pula pasti akan dapat memberikan kita kepuasan dan membuahkan senyuman.
Bagi aku, ia sungguh senang dan ia boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Sentiasa berfikiran terbuka untuk topik-topik semasa, terima kritikan membina mahupun yang menjatuhkan..namun, terus terima. Prinsipku sungguh senang...Belajar dari pengalaman dan kesalahan yang telah dilakukan. Nescaya ia akan memberikan satu impak yang memberikan satu kepuasan pada kemudian hari.
Biar kita menunduk, tetapi otak kita berisi, jangan hanya penuh di mulut tapi isi yang dilontarkan tidak memberi impak apa-apa lansung.
~One Love, Peace & Harmony~
No comments:
Post a Comment