Wednesday, April 13, 2011

~ATV yang Ekstrem~



Apa itu ATV? Ada antara korang yang dah tau, dan ada yang belum tau kan? So, meh aku nak story apa itu ATV. Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada All-Terrain Vehicle yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya korang lihat. Kalau korang nak tau, ATV juga dikenali sebagai Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah. Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menanggani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain. Walaupun ia merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat, walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom.

Untuk maklumam korang lagi, sebenarnya ATV telah lama bertapak di Malaysia dan jika korang perasan semakin hari, semakin banyak tempat-tempat rekreasi yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti ATV ini. Bukan hanya pengusaha pusat rekreasi, malah pengusaha hotel dan resort juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan aktiviti ekstrem ATV ini sebagai salah satu tarikan yang ditawarkan di tempat mereka. Seperti mana negara lain, ATV juga dilarang untuk dipandu di atas jalan raya Malaysia.

ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak-anak muda yang gilakan cabaran dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini. Untuk memenuhi permintaan remaja masa kini, maka ATV Adventure Park telah mengambil satu inisiatif dengan membina satu kawasan hutan rekreasi khas untuk menjalankan aktiviti ATV ini. Tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, korang mampu melepaskan tekanan serta segala masalah sambil menunggang ATV yang semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan mengujakan. Dengan berbekalkan persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semulajadi flora dan fauna, semuanya cukup untuk menarik perhatian korang yang baru pertama kali mencuba aktiviti ATV ini.



Terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara Hulu Klang, ATV Adventure Park ini pasti menjanjikan kepuasan kepada korang tau! Menariknya lagi, aktiviti ATV ini dilakukan di dalam hutan dan sambil korang menjalankan aktiviti ini, korang juga boleh menikmati laluan yang mengikut bentuk muka bumi dan keindahan hutan semulajadi di sekeliling korang nanti. Jika korang nak tahu, pihak pengurusan tidak sesekali pun mengubah laluan trek yang disediakan sebaliknya semua laluan dikekalkan semulajadi untuk memberi pengalaman yang lebih “real” kepada para penggemarnya. Selain itu, ia juga adalah satu usaha murni oleh pihak pengurusan yang ingin terus mengekalkan ekosistem hutan belantara daripada sebarang bentuk pembangunan. Syabas! Cool kan?



Di sini korang boleh memilih lebih lima laluan yang berbeza yang ditawarkan di dalam aktiviti ATV ini dan ia terpulang kepada korang samada korang ingin memilih cabaran tersendiri seperti pengalaman meredah laluan berliku di dalam hutan atau berseronok menikmati keindahan alam semula jadi.

So, kepada korang yang ingin mencuba aktiviti ekstrem ATV ini, jom usha pakej-pakej yang ditawarkan oleh ATV Adventure Park ini. Check it out guys!


Pakej A

30 minit memandu ATV di kawasan trek latihan yang disediakan. – Harga RM50 (seorang).

Pakej B
Perjalanan sehingga satu jam setengah menyusuri denai hutan sehingga di lokasi air terjun. Antara pakej paling popular, kerana dapat meneroka keindahan hutan hujan yang belum terusik - Harga RM100 (seorang).

Pakej C
Perjalanan sehingga dua jam dengan laluan ekstrem menyusuri trek hutan. Aktiviti akan berhenti berehat di lokasi air terjun dikenali sebagai Sofea Jane. Inilah masanya untuk berehat sebentar sambil bermain dengan air. - Harga RM150 (seorang).

Pakej D
Perjalanan sehingga dua jam setengah menyusuri laluan offroad ke Bukit Tabur dan Empangan di laluan lebih sukar. Korang akan berpeluang menyaksikan pemandangan memukau pembangunan Kuala Lumpur. - Harga RM200 (seorang).

Pakej E
Perjalanan mengambil masa sehingga empat jam dengan menyusuri laluan paling ekstrem di Bukit Tabur/ Dam/Sungai Liza/ Dataran Mas/ Bukit Lalang. Perjalanan ini membawa peserta menyusuri bukit curam, permukaan kasar, jejak sungai serta laluan berlumpur. - Harga RM300.

Di sini juga ada menawarkan Overnight Camping untuk Hari Keluarga (Kumpulan kecil atau untuk mana-mana syarikat). Namun, aktiviti menunggang ATV ini hanya dibenarkan kepada peserta 16 tahun ke atas sahaja. Selain itu, korang juga tidak perlu risau kerana terdapat fasiliti seperti tandas dan tempat mandi serta tempat meletak kereta yang sangat selesa. So, apa tunggu lagi? Jom la try ATV ni!

LOKASI

ATV Adventure Park
4.8 Kilometer dari Zoo Negara,
Kuala Lumpur
Tel: 012-377 5005 begin_of_the_skype_highlighting              012-377 5005      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting              012-377 5005      end_of_the_skype_highlighting (Mas Faizil), 019-340 7895 (Meliza)
Laman web: www.atvadventurepark.com
Emel: miza1010@yahoo.com
Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Tutup dari 11 pagi - 3 petang (Jumaat)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) is All Rights Reserved. Use of words in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers