Aku Nak Terbang Tinggi Mengecapi Hari Mendatang..Tolong Baiki Sayapku..Aku Ingin Terus Terbang Bebas Merentas Imaginasi Luas Yang Dipenuhi Onak Dan Duri, Pelbagai Hipokrasi, Penipuan Dan Halangan...Tolong Beri Sedikit Ruang Kosong, Kesabaran, Ketekunan Dan Semangat Untukku...Aku Ingin Terus Melihat Sinar Pagi, Indahnya Senja, Cantiknya Bulan Di Kala Malam..Tolong Penuhi Hasratku Ini..Semuanya, Aku Mulai Dengan Ucapan TERIMA KASIH....Bersyukur ku Pada Pencipta Yang Satu...ALHAMDULILLAH...
Sunday, April 3, 2011
~Canon EOS 600D & Canon EOS 1100D~
Erkkk...aku bukan lah pengguna DSLR jenama Canon, Eerkkk..Nikon & Sony Cyber Shot Kompak sj..hehehe...tapi aku nak share dgn korang tengtang model DSLR terbaru oleh Canon Marketing (M) Sdn. Bhd. ni. Dua model terbaru tu ialah Canon EOS 600D dan juga Canon EOS 1100D. So, baca artikel untuk mengetahui tengtang dua model terbaru ini~ ;)
Pada 23 Februari 2011 yang lalu, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., selaku salah satu jenama kamera digital global terkenal telah melancarkan dua model kamera EOS DSLR terbaru mereka iaitu Canon EOS 600D & Canon EOS 1100D. Pelancaran ini juga selaras dengan pelantikkan duta terbaru Canon iaitu Penny Tai iaitu seorang bakat versatile berumur 32 tahun yang telah berjaya mencipta nama di dalam industri kreatif (muzik, produksi dan pengiklanan) Malaysia. Seiring dengan perlantikkan ini, beliau juga akan terlibat secara aktif di dalam “Canon Ladies Project” dimana beliau akan berkongsi pengalaman dan kejayaan di dalam kerjayanya terutama kepada wanita yang meminati bidang fotografi.
Ok, berbalik kepada model terbaru Canon, EOS 1100D ini didatangkan dengan pilihan empat warna yang menarik iaitu Merah, Cokelat, Kelabu Metalik dan Hitam Klasik. Menariknya tentang pelbagai pilihan warna yang ditawarkan untuk model ini adalah untuk memenuhi permintaan semasa di mana dilihat semakin ramai wanita yang meminati bidang fotografi ini. Model EOS 1100D ini juga adalah model pioneer bagi kategori kebolehan untuk merakam video HD dan pemain semula pada resolusi 1280 x 720. Ciri dan fungsi yang terdapat daripada model ini membuatkan gambar yang ditangkap dan video yang dirakam lebih cantik walaupun ia tidak diedit.
****Gambar model ini akan aku upload nanti..tetiba je ade masalah nak upload..heran aku..hehehe..tapi takpe lah...nanti aku upload*****
Manakala untuk model kedua, EOS 600D pula sangat ideal kepada senario pergerakkan pantas menggunakan high-speed point 9 autofocus untuk mengesan subjek dan fokus keatas objek yang ditangkap. Apabila sekali anda fokus, EOS 600D ini boleh terus menerus shoot kepada 3.7 frame per saat dan lebih 34 gambar di dalam JPEG dan dan RAW 6. Model ini dilihat sangat sesuai untuk digunakan di dalam industri sukan dan juga sesuai untuk mengabadikan gambar kanak-kanak dan binatang untuk tujuan momen yang lebih sempurna.
So, korang da dapat sedikit gambaran tengtang keistimewaan dua model terbaru ni kan? jikalau korang ada bajet lebih sket, leh la membeli antara dua model ini ya! ;)
Nota Aku: Bagi aku, setiap gambar yang ditangkap ada jalan ceritanya, ada maksudnya..korang lak amacam??
*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Canon Marketing (M) Sdn. Bhd.) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment