Wednesday, April 6, 2011

~Komuniti AkuBudakSeni~



Di pagi Rabu nan indah permai ni, aku nak story sket pasal satu lagi produk tempatan buatan anak muda kita iaitu Komuniti AkuBudakSeni. Jom baca artikel ini seterusnya~

Menarik dan informatif. Kepada korang yang belum tahu apa itu Komuniti AkuBudakSeni yang telah berjaya menarik minat hampir 1000++ orang di dalam group Facebook ini, komuniti ini boleh dilihat sebagai satu flatform kepada anak muda khususnya untuk berkongsi pendapat, karya dan kritikan sesama mereka. Apa yang menarik minat aku tentang komuniti AkuBudakSeni ini adalah tentang visinya iaitu “Anda buang idea pelik, kami terima sebagai Unik”. Wahhh...menarik bukan? Komuniti yang rata-rata dibarisi oleh para penggiat seni ini ditubuhkan pada hari Sabtu, 7 Mac 2009 yang lalu oleh Muhamad Hafiz Zainal atau lebih dikenali sebagai Spikey Fidz. Spikey Fidz adalah seorang pelajar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Graphic Designer (Hons.) dan Advertising di UiTM Shah Alam.

Nak dijadikan cerita, Komuniti AkuBudakSeni ini pada asalnya hanyalah blog peribadi yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang dunia seni di institut-institut pengajian tinggi. Walaubagaimanapun, setelah mendapati blog ini boleh pergi lebih jauh dengan memberi pelbagai informasi dalam membantu para penuntut aliran seni di IPTA / IPTS, Spikey Fidz mula mengorak langkah melebarkan jaringan perkongsian informasi ini.



Hasil dorongan yang berterusan daripada rakan blogger iaitu Hanafi bin Shafie atau lebih dikenali dengan nama Aku Napie seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), mereka akhirnya berpakat untuk berkongsi idea kepada rakan-rakan yang berminat dan ia bermula daripada jabatan-jabatan di Fakulti Seni dan Seni Reka (FSSR UiTM). Dengan usaha gigih itu jugalah mereka telah berjaya mengumpulkan Graphic Designer, Fotographer, Fine Artist, Print Artist, Fashion Designer dan ramai lagi yang terdiri daripada penggiat seni pelbagai genre.

Namun, mereka tetap dibelengu beberapa masalah. Antara masalah yang selalu dihadapi oleh mereka adalah kebanyakkan daripada mereka mempunyai kelemahan di dalam bidang pengurusan dan kira-kira, sehinggakan ada di antara mereka tidak tahu meletakkan harga pada produk akhir yang telah dicipta. Maklum lah, kebanyakkan dari mereka ini lebih mementingkan kepuasan dalam berkarya dari kepentingan wang ringgit. Dan jika dilihat, kebanyakkan universiti atau kolej juga tidak terlalu memberi fokus di dalam hal perletakkan nilai harga bagi setiap produk yang telah dihasilkan.

Oleh demikian lah, komuniti AkuBudakSeni yang terdiri daripada pelbagai golongan pelajar dan amatur berpendapat bahawa dengan adanya komuniti ini dapatlah mereka mempromosikan kerja-kerja mereka dan membuka peluang kepada para karyawan muda ini untuk berniaga dan seterusnya menjadi usahawan. Untuk makluman korang lagi, komuniti ini tidak mengharapkan sebarang bayaran atas tugas-tugas promosi kerana niat mereka hanyalah untuk membantu sesama para mahasiswa dan mahasiswi di dalam pelbagai genre seni untuk produk dan perkhidmatan akhir mereka. Syabas!



Komuniti ini juga memberi bantuan kepada rakan pelajar di dalam bidang masing-masing. Mereka sangat menitikberatkan sikap tolong menolong kerana bagi mereka, itu lebih afdhal kerana itulah matlamat utama mereka untuk bersama-sama berkongsi idea dan buah fikiran.

Kerjasama antara DEMOPLANET.tv (www.demoplanet.tv) baru-baru ini pula dilihat sebagai pucuk dicita ulam mendatang. Sebuah syarikat penyiaran dan produksi DEMOPLANET.tv yang mengetengahkan konsep “Jangan Sia-siakan Bakat Anda” ini telah sudi bekerjasama dengan komuniti AkuBudakSeni dan kalau korang nak tau, beberapa program telah pun dirancang yang bakal dijalankan dalam masa terdekat ini.

Jika korang nak tau, antara produk dan servis yang telah berjaya mereka laksanakan adalah merekod single kumpulan Indie seperti kumpulan KalamMalaya, Conflicity, membuat produk dan barangan seperti T-shirt, button badges dan sebagainya. Menariknya lagi tentang komuniti ini ialah mereka memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk membuat produk dan komuniti ini pula akan bertindak sebagai ‘orang tengah’ atau promoter dalam proses menjual produk-produk ini.

Menurut Spikey Fidz lagi, beliau berharap komuniti AkuBudakSeni ini akan menjadi satu pusat untuk mengumpulkan semua artis-artis muda dari IPTA dan IPTS untuk bersama-sama berkongsi untuk mempopularkan karya mereka. Matlamat jangka pendek komuniti ini pula adalah untuk menganjurkan satu karnival pada semester hadapan dan diharapkan mereka akan mendapat bantuan serta sumbangan dari pelbagai pihak untuk bersama-sama menjayakannya. Insyaallah.



So, kalau korang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai KOMUNITI AKUBUDAKSENI ini, jangan teragak-agak untuk usha link-link di bawah ini ya!

Website : www.akubudakseni.tk
Facebook : AkuBudakSeni

Nota Aku: All the best and keep up the good work guys! Support our local brand~ ;)


*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (KOMUNITI AKUBUDAKSENI) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

Your Cooperation is highly appreciated~ ;)

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers