OOowhh..jam menunjukkan sudah pukul 6.50 pagi...tapi aku belum pun tido lagi..hehehe...gile la..siapkan keje punya pasal...tapi aku belum pun mengantok..so, aku nak share info pasal kawan aku yang memiliki dua buah jentera retro yang diberi nama Green Ugly dan juga RG Baby. Kenapa Motor Jahat? meh la baca artikel ini sepenuhnya~
Walaupun Segamat hanyalah pekan kecil, tidak semestinya segamat terputus daripada arus kemodenan. Kalau korang nak tau, scene motor di sini juga rancak tau. Sepanjang seharian aku meronggeng mencari bahan (berjumpa dengan rakan-rakan), dapat lah juga aku pusing-pusing dan melawat tempat menarik yang berdekatan dengan Segamat iaitu Gunung Ledang. Best weh! Tenang je kat sini.
Ok, berbalik kepada cerita motor jahat dari Republic of Sod ni, dua buah motor ini adalah hak milik mutlak kepada seorang mamat comel yang berambut ala-ala Bob Marley (Dreadlock) iaitu Rasta Karangkutux atau lebih dikenali oleh rakan-rakan dengan nama GG. Macam nama jiran kat kampong aku je. Heheheh...Kenapa motor jahat? Dari cerita yang aku dengar, vespa hijau ni memang wanted! Maunye tak wanted, asyik tapau vespa lain je kalau ada sprint test! Sampai satu masa tu pihak organizer tak bagi dia masuk competition tu sebab asyik dia je yang menang. Kasi la menang kat orang lain pulak weh...asyik ko je!~ heheh..
Sebenarnya, GG bukan hanya memiliki dua buah moto ni sahaja, namun dia memiliki lebih kurang 6 buah biji motor kesemuanya yang terdiri daripada 3 buah vespa (Vespa 150 Super, Vespa 150 Sprint V, Vespa PX200), RG125 Gamma, RD 250 LC dan TZR 250 3am (Combat), yang semuanya dibeli atas titik peluhnya sendiri. Wahhh..bagus-bagus! Oowhh..kepada gadis-gadis di luar sana yang tertanya-tanya samada dia masih single atau tak, jawapannya adalah dia masih single ye. Hehehe....kalau nak no handphone dia, contact aku ya! (macam ejen cari jodoh pulak..haish!~) Dari cerita yang aku dengar, Insyaallah kalau takde hal GG bercadang mahu menambah lagi koleksi-koleksi motornya. Cadang aku kepadanya pula, lepas ni boleh lah ko buat mini muzium untuk display motor-motor ko tu ye GG? Heheheh..
Ok, untuk mengetahui lebih lanjut, jom usha spesifikasi dan restorasi yang telah dibuat ke atas kedua-dua buah motor klasik dan retronya ini.
Green Ugly
Model :PX200
Body Work :Kebayan Design
Paint & Air Brush :Kebayan Design
Engine :200cc
Block :Pinasco
Kaburator :Malosi
Ezos :Costume
Fork Depan :Skipper
Tayar Depan :Battlax
Tayar Belakang :Michelin
RG Baby
Model : RG125 Gamma
Tahun :1983
Enjin :Standart
Body :Standart
Nota Aku: Sebarang pertanyaan atau kemusyhkilan, korang boleh terus mengorat GG di mukabuku GG iaitu dengan search: Rasta Karangkutux
*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures is All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****
Aku Nak Terbang Tinggi Mengecapi Hari Mendatang..Tolong Baiki Sayapku..Aku Ingin Terus Terbang Bebas Merentas Imaginasi Luas Yang Dipenuhi Onak Dan Duri, Pelbagai Hipokrasi, Penipuan Dan Halangan...Tolong Beri Sedikit Ruang Kosong, Kesabaran, Ketekunan Dan Semangat Untukku...Aku Ingin Terus Melihat Sinar Pagi, Indahnya Senja, Cantiknya Bulan Di Kala Malam..Tolong Penuhi Hasratku Ini..Semuanya, Aku Mulai Dengan Ucapan TERIMA KASIH....Bersyukur ku Pada Pencipta Yang Satu...ALHAMDULILLAH...
umah dia kat palong 8 kan ?
ReplyDelete