Saturday, April 30, 2011

~Saya Kena Pilih Jalan Ini, Bukan Sengaja~



Rasa macam emo lak lepas apa yang dah terjadi sebelum aku pulang ke kampung ni...

Aku dapat rasakan ada pihak yang kurang senang dengan tindakan aku yang memilih untuk pulang ke kampung untuk bekerja di sini seterusnya menjalankan tanggungjawab aku untuk kedua-dua orang tua aku. Aku bukan sengaja nak memilih untuk pulang ke sini, tapi cuba la faham..antara kerjaya dan ibubapa, yang mana pilihan korang?

Selepas aku meletak jawatan dengan syarikat yang menerbitkan majalah pelancongan itu, aku ada mendapat tawaran untuk bekerja dengan sebuah syarikat motor yang semakin hari semakin dikenali ramai kerana pembabitannya yang aktif di event-event yang melibatkan remaja dan kementerian belia dan sukan. Ya, aku setuju pada mulanya kerana ketika itu aku belum pun berfikir habis-habisan. Tetapi apa korang rasa bila tiap-tiap pagi parent korang yang sakit akan call korang untuk pujuk korang balik mencari kerja di kampung? Berbelah bagi aku...akhirnya, aku pilih untuk pulang ke kampung.


Ternyata keputusan aku ni memberi dua rasa iaitu suka dan sedih. Tak apa lah, aku bekorban untuk ibubapa aku kan? hati aku kuat mengatakan yang ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni..walaupun kini 'brader' tu dah taknak tegur aku dah, aku redha jela..its ok, aku doakan dia dan impian baru dia akan berjaya suatu hari nanti..just aku nak statekan kat cni, bukan duit yang aku kejar...tapi kepuasan dalam mencari rezeki yang halal.

Aku tak sempurna...aku juga tak boleh nak sempurnakan tuntutan semua orang...so, aku harap bro faham lah situasi aku ni. Kerja boleh aku cari, mak dan abah hanya ada seorang sahaja..mana mungkin aku dapat cari ganti...

Alhamdulillah..walaupun aku sedang menganggur, tapi aku dapat jugak teruskan minat menulis aku untuk Majalah By'U...thanks to bos n crew kerana masih memberi peluang walaupun aku bekerja dari jarak jauh..aku akan cuba sedaya upaya untuk buat yang paling baik untuk majalah ni.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang masih dan terus menyokong aku walaupun ketika aku susah dan sesak. Walaupun aku sentiasa gembira dan 'gila-gila', tapi dalam hati aku siapalah yang tahu.. ;)

Minta maaf dan terima kasih kepada pihak-pihak yang merasakan aku tidak professional atau yang berfikir aku bodoh kerana menolak tawaran lumayan beserta masa depan yang cerah itu..aku tahu apa yang aku lakukan..insyaallah, Allah ada dengan aku selagi aku ingat kepadaNya..

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers