APA ITU STRESS?
Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,keletihan,ketegangan,panik,perasaangemuruh,anxiety,kemurungan dan hilang daya.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Aku pasti korang pun pernah rasa stress dan korang ada cara-cara nak hilangkan stress korang tu kan? Haaaaa...sama la dengan aku...bak kata orang ramai...
"Hidup ni memang kena ada masalah..masalah ni nanti la yang akan jadi pedoman dan pengajaran yang akan lebih mematangkan kita pada masa depan"
So, aku nak story sket macammana cara-cara aku menghilangkan stress aku:
Aku suka menaip, so bila aku stress kadang-kadang aku akan menaip apa sahaja yang datang kat kepala otak aku secara pantas dan panjang.
Kalau stress aku tu di tahap maksimum, aku akan pergi ke pantai...aku akan melompat atau berlari sebanyak dan selaju yang mungkin sampai aku penat...
Aku akan menjerit sekuat hati..selalunya aku jerit kat tepi tingkap...hehehe..takpun kat tepi pantai...
Aku akan menonton cerita lawak tanpa henti sampai aku tertido
Aku pergi joging sampai aku penat
Aku shopping sampai last-last aku menyesal duit dah nak abis (TOLONG JANGAN TIRU..BUROK PERANGAI NIH)
Aku menanges sekuat dan selama mungkin di dalam bilik atau di depan kucing-kucing peliharaan aku
Aku makan dengan agak banyak...aku akan mengunyah apa sahaja makanan yang ada di dalam stock rumah aku (NI LAGI SATU PERANGAI BUROK..TOLONG JANGAN IKUT)
Aku tido jeeee..........
Paling banyak-banyak cara, aku tetap akan pilih cara ni...Aku akan amek air sembahyang, then aku sembahyang dan baca Al-Quran...fuhhhh..siyes bai, tenang saja...insyaallah, cuba amalkan.. ;)
Ok lah...lastly aku nak pesan ni...yang baik tu korang amek la sebagai pedoman dan pengajaran..yang burok tu korang tak payah la ikut..hohoho...apa pun, dekatkan lah diri kita dengan Tuhan sebab yang buruk tu datang dari kita, dan yang baik datang dariNYA..subhanallah~
No comments:
Post a Comment