Saturday, May 7, 2011

~Ekstrem Dengan Motorcross~


Motorcross adalah salah satu aktiviti ekstrem bagi anak muda Malaysia pada masa kini. Motocross / off-road - Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah. So, sebelum aku cerita lebih lanjut tentang aktiviti motorcross di Malaysia ni, meh aku cerita pasal sejarah motorcross dahulu ya!~

1924-an hingga 1930-an

Sejarah Motorcross dikatakan bermula apabila sebuah srambler yang diperkenalkan pada tahun 1924, iaitu pada satu acara off-road British yang dianjurkan di Camberley-Surrey. Pada waktu inilah ia dikenali sebagai motorcross gaya bebas pertama dan paling awal di dunia yang menjadi keterujaan para anak muda waktu itu. Ketika era 1930-an, populariti sukan ini semakin mendapat perhatian khususnya di Britain dimana pelbagai event yang melibatkan motorcross telah diadakan anjuran pelbagai syarikat-syarikat yang berpaksikan kepada industri permotoran pada ketika itu. Dan kebanyakkan jentera yang digunakan di dalam pertandingan ini dapat dibezakan dengan jentera yang digunakan di atas jalan raya.

1950-an hingga 1970-an

Setelah pertandingan ini semakin menjadi popular, intensif penggunaannya semakin meningkat. Teknologi yang digunakan di dalam rekaan dalam pertandingan dan special event juga semakin meningkat. Oleh itu, seiring dengan peningkatan itu juga lah, swinging arm suspension mula diperkenalkan iaitu ketika awal tahun 1950-an. Pada mulanya, jentera yang berkapasiti 500cc ini sering digunakan di dalam formula European Championship pada sekitar tahun 1952 namun statusnya telah dinaik taraf kepada World Championship pada tahun 1957 dan diikuti dengan 250cc pada 1962 dimana motorsikal yang menggunakan dua strok telah mula menjadi satu ‘tanda’ di dalam industri permotoran pada waktu itu.

Pada ketika ini juga lah pelbagai syarikat daripada benua Eropah termasuklah Sweden, Czechoslovakia dan Britain sendiri telah cuba mencipta model yang menjadi satu titik tolak di dalam dunia permotoran motorcross pada waktu itu. Pada ketika ini lah jentera empat lejang yang agak berat ini telah diubahsuai menjadi jentera yang lebih mesra penunggang dengan saiz yang lebih kecil dan ringan.

Selepas itu, pada hujung tahun 1960-an, syarikat daripada Jepun mula mengikut jejak langkah syarikat permotoran di benua Eropah dengan mula mencipta dan mengeluarkan motorsikal yang berkualiti tinggi untuk peminat sukan motorcross ini. Mengikut fakta lagi, pada sekitar tahun 1970-an, Suzuki telah membuktikan kualiti dan kecanggihan pengeluaran motorcross daripada negaranya, Jepun dengan memenangi kejohanan dunia untuk kategori 250cc. Manakala pada tahun 1975, industri permotoran untuk motorcross telah melihatkan pengenalan kepada model 125cc di Kejohanan Dunia yang berlansung pada tahun itu. Perkembangan sukan ini telah menjadi sangat serasi ketika itu kerana ia telah melihatkan peningkatan sikit demi sedikit populariti kegilaan sukan motorcross ini di Amerika. Walaupun begitu, para penunggang dari benua Eropah tetap menjadi juara pada sekitar tahun 1970-an itu. Namun, ia tidak bertahan lama kerana Amerika telah menunjukkan peningkatan dengan memenangi kejuaraan antarabangsa yang telah diadakan pada era tersebut iaitu sekitar 1980-an.

1980-an hingga 1990-an

Peningkatan teknologi pembuatan dan rekaan motorcross di dunia dapat dilihat dengan lebih meluas melalui inovasi yang diusahakan oleh syarikat-syarikat permotoran di Jepun. Ini termasuklah rekaan teknologi mesin penyejuk dan juga suspense rear monoshock. Sekitar tahun 1990-an pula, satu peraturan baru telah digubal untuk memastikan produksi oleh motosikal empat lejang ini perlu memenuhi standard alam sekitar yang telah ditetapkan.


Motocross Pada Hari Ini
Pada waktu ini, motorcross telah dilihat semakin membangun di dalam format baru untuk cara penunggangan dan juga disiplin yang meliputi segala aspek termasuklah event di dalam arena stadium seperti Supercross dan juga Arenacross hinga Motorcross Gaya Bebas di mana penunggang memperlihatkan skill tunggangan ketika beraksi termasuklah aksi melompat dan lagak ngeri.

Motorcross Di Malaysia

Motorcross di Malaysia dilihat sebagai satu sukan dan aktiviti yang menjadi kegilaan baru kepada anak muda khususnya kepada para remaja yang dahagakan aksi yang ekstrem dan lain dari yang lain. Kalau korang perasan, semakin banyak jentera motorcross berada di atas jalanraya di Malaysia kini. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai kejuaraan yang diadakan untuk menguji dan memperlihatkan aksi mantap lagi ekstrem dari pelbagai model motorcross ini.

Terdapat banyak pertandingan dan kejohanan yang sering diadakan untuk acara Motorcross di Malaysia dan kategori yang sering dipertandingkan adalah Freestyle iaitu perlumbaan motorcross di mana penunggang akan mencuba melakukan aksi ekstrem mengikut keadaan litar, kategori Junior iaitu kategori yang dipertandingkan kepada remaja berumur bawah 18 tahun, dan juga Motorcross Racing iaitu kategori untuk penunggang berumur 18 tahun ke-atas atau mengikut saiz cc motorsikal. Motorcross Racing ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Elite, Women, Open dan Junior. Dan antara lain adalah kategori Expert dan Enduro.


Antara litar-litar yang sering digunakan untuk mengadakan pertandingan atau latihan di daerah Lembah Klang antaranya, Trek Motorcross Sepang, Trek Ulu Yam, Trek Ghafar Baba, Trek Bukit Changgang, Litar Batu 3 Shah Alam, Trek Taman Desa Sg. Merab, Trek Puncak Alam, Trek Jebat Motorcross Pinggiran Subang dan sebagainya.

So, kalau korang rasa nak mencuba sesuatu yang baru dan ekstrem, meh la cuba sukan motorcross ni pulak! Siyes korang mesti gian kot!~ ;)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Me or the Contributor) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;)*****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers