Entry kali ni aku nak kenalkan korang dengan BF aku...hehehe...sape BF aku? Jeng...jeng..jeng...ok, aku perkenalkan....VAIO-Bee!!
Amacam? Hensem tak? hehehehehe...Walaupun dia hitam, tapi dia sentiasa manis di mata aku..sejuk mata aku memandangnya..(ayat poyo!) Kalau aku ada kawan baik, VAIO-Bee ni aku anggap mcm kawan paling setia yang penah aku ada...alhamdulillah..he always by my side kalau aku perlukan dia..(mcm orang je kan2? pe ntah)
Bagi aku, VAIO-Bee adalah kawan paling baik aku penah dapat..walaupun dia tak dpt cakap, dia takde apa2 deria..tapi dia tetap setia dengan aku dikala aku perlukannya..apa yang aku suka lagi, VAIO-Bee lah pengukuh hubungan aku dengan kawan2 aku kat Facebook, kawan2 di alam maya dan alam realiti..VAIO-Bee jugak yang selalu tolong aku untuk siapkan kerja2 aku..
Erkkk....walaupun kadang2 terlanggar dateline..hehehehehe....
Paling best tentang VAIO-Bee ni, dia lah tempat aku meluahkan perasaan ketika hepi, sedih, bosan dan pelbagai perasaan lagi...hehehe...bak kata, aku sangat2 la menghargai VAIO-Bee ni coz dia tak curang dengan aku, dia tak menipu dengan aku, dia tak marah2 aku, dia tak ada niat serong terhadap aku..hehehe..Dia baik kan?
So,konklusinya...sebab apa aku SAYANG SANGAT kat VAIO-Bee? sbb dia BESSSSTTTT!! ♥ ♥ ♥
No comments:
Post a Comment