Thursday, June 9, 2011

~Aku buat sebab ikhlas...tak ada niat lain..NOKTAH~


Alhamdulillah...syukur, dah masuk isu yang ke-tujuh dah pun...bermakna lebih kurang dah tujuh bulan aku menggalas tugas memberi informasi yang sensasi dan trendy kepada rakyat Malaysia di luar sana..dan syukur juga apabila mendapat tahu circulation Majalah By'U semakin lama semakin bertambah...berkat usaha semua team Majalah By'U..

Untuk posting kali ni aku nak cerita sikit macam mana aku boleh tersangkut dengan bidang penulisan ni...padahal aku langsung tak ada basic dalam bidang ni.....untuk makluman korang, aku mempunyai Diploma in Office Management dan juga Bachelor of Event Management (Hons.) dari universiti kesayangan aku, Universiti Teknologi Mara, UiTM...Aku mengambil masa 5 1/2 tahun untuk menimba ilmu....terima kasih la kepada semua yang terlibat di dalam fasa aku untuk menerima ilmu tu especially family dan kawan-kawan...

Nak dijadikan cerita bagaimana aku boleh terjebak dengan bidang penulisan untuk majalah ni adalah bila aku di semester akhir time amek degree. Semester akhir aku adalah untuk latihan praktikal. Aku perlu mencari syarikat yang menganjurkan event. First time tu, agak kalut jugak la aku mencari tempat praktikal..call sini, call sana..siap iklankan kat Facebook & YM..hehehe...at last, Bro Jinx iaitu reporter Majalah Kapcai telah offer aku untuk wat praktikal di Ofis Suri Media Sdn. Bhd. under Majalah Kapcai dan bos aku pastilah encik Editor Majalah Kapcai iaitu tidak lain dan tidak bukan, Mr.Ghani Arafatz.....Syukur, alhamdulillah...thanks bro!

Ketika aku praktikal di Majalah Kapcai, aku ada tolong handle beberapa event untuk Majalah Kapcai tapi berkolaborasi dengan pihak lain la...yela time tu Majalah Kapcai baru nak berjinak-jinak untuk buat event....tapi di atas kegigihan bro Ghani Arafatz untuk menyahut cabaran Yakin Boleh!, akhirnya kami berjaya juga...di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada follower2 Majalah Kapcai yang sentiasa support Majalah Kapcai dari dulu sampai hari ni...

Nak diceritakan lagi, bukan nak puji diri sendiri, jauh sekali...tapi aku ni memang agak ramah dan senang nak bercampur dengan semua orang....boleh dikatakan aku menolong semua majalah..Majalah Kapcai, Majalah Otomania, Majalah pelancongan dan lain-lain...oleh kerana keramahan dan sikap suka tolong menolong ni, aku juga sempat join sebuah majalah pelancongan di bawah syarikat yang sama untuk handle satu event yang bertujuan memperkenalkan tempat-tempat menarik di negeri yang terpilih.....walaupun aku ketika itu masih menjalankan praktikal dengan Majalah Kapcai, tapi Bro Ghani memberi kelonggaran kepada aku untuk menolong team majalah pelancongan ni....

Setelah lebih kurang 3 bulan aku menjalankan latihan praktikal di syarikat tu, aku di offer untuk menjadi pekerja oleh majalah pelancongan tadi....syukur, murah rezeki aku sebab belum pun aku habis belajar, tapi aku telah di offer untuk bekerja....setelah berbincang dengan family, kawan2 dan juga orang yg bertanggungjwb untuk membawa aku ke dalam bidang ni, iaitu Bro Ghani, aku terus menerimanya....start dari situlah, setiap bulan aku sibuk travel ke negeri-negeri di semenanjung Malaysia utk event yang dianjurkan oleh kami...dan dari sini lah juga aku semakin mendapat ramai kawan especially rakan-rakan media dan juga daripada syarikat2 korporat....Sumpah aku tak pernah bermimpi pun utk melakukan kerja macam ni sebab time study, naluri aku kuat sangat nak tubuhkan sebuah event company sendiri...pergghh..berangan kan?

Daripada satu fasa, aku ke fasa lain...tambah tolak, dekat dua tahun aku menimba pengalaman dengan majalah pelancongan ni...selepas tu, sedang tengah krisis dengan team majalah pelancongan ni, aku dengan team Majalah By'U mendapat idea untuk publish majalah baru yang berkonsepkan remaja namun lebih berpaksikan penerimaan dari semua golongan tidak kira urban atau pun rural area....seterusnya idea dan perkara ini dipanjangkan kepada big bos kami iaitu En.Yusof...syukur...kami diberi green light! So, bermulalah satu peringkat ke peringkat yang lain.....mulanya kami hanya mempunyai empat orang je dalam satu team kami iaitu seorang editor@writer, writer, graphic dan contributor...idea demi idea dikeluarkan selaras dengan target market kami yang memfokuskan belia berumor 17-30 tahun....

Bercerita mengenai idea aku, syukur kerana semua bersetuju dengan idea dan bersetuju untuk menaikkan scene indiependent dan idea utk support local brand tidak kira genre seni asalkan ianya daripada anak tempatan...Alhamdulillah...segala impian aku dari dulu telah pun tercapai...bila keluar isu pertama, SPEECHLESS gila la...serius aku tak dapat nak cakap apa....yela..korang bayangkan, benda dan idea yang korang dah simpan lama, yang menjadi impian korang tiba-tiba ada di depan mata...pergghhhhhh! gila syahdu time tu...aku menanges kot...hahahahahaha...memang kenangan manis lah..sangat manis...tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata....

Tapi langit tak sentiasa cerah, pasti malam akan tiba...begitu lah nasib aku.....di atas faktor tanggungjawab, aku telah berhenti sebagai pekerja tetap di syarikat ni...Both parent aku sakit..dan aku tak sampai hati nak tinggal mereka lagi...walaupun abang2 dan adik lelaki aku ada, tapi sebagai seorang anak perempuan tunggal, aku rasa ini adalah segalanya yang perlu aku buat.....tak apa...aku sentiasa tetapkan dan bermunasabah di dalam diri sendiri....ITS OK IRM, SETIAP APA YANG TERJADI, ADA HIKMAHNYA...yaa..itulah kata2 yang saban hari keluar bila ada sahaja masalah timbul...syukur, semuanya berjalan lancar....dan di atas dasar minat, aku tetap meneruskan minat aku di dalam bidang penulisan dari jauh...Sudah masuk bulan ketiga aku menulis dari jarak jauh...syukur juga kepada teknologi streamyx ni...hehehehe...just bila aku ada event besar, aku akan turun dua kali sebulan atau takpun sekali sebulan...

Mungkin orang akan cakap aku over, aku cakap aku poyo...tapi biar lah...NIAT AKU IKHLAS, LILLAHITA'ALA...sumpah aku tak berniat nak menunjuk-nunjuk sebab aku tau masih banyak yang perlu aku belajar dari semua ni.....aku admit aku budak baru belajar....so, aku minta kawan2 dan sesiapa yang ada di sekeliling aku untuk terus support dan bagi semangat kat aku...kalau aku salah, tolong tegur aku secara kasar mahupun baik..aku tak kisah sebab aku sentiasa tetapkan di dalam kepala ni, segala kesalahan itulah yang akan jadi pengajaran untuk aku pada masa hadapan....aku sanggup tebalkan muka, menerima maki hamun, sumpah seranah, dan tohmahan dari korang semua jika itu yang aku perlu dapat...aku REDHA...apa yang aku buat ni bukan untuk kepuasan diri sendiri, tapi untuk semua...untuk semua orang...Aku nak tolong rakan-rakan, para penggiat seni indiependent mahupun D.I.Y., para pengusaha LOCAL BRAND dari pelbagai jenis genre untuk dikongsi bersama dengan mereka yang selama ini memandang sebelah mata.....

So, sebelum aku mengakhiri coretan panjang lebar ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang pernah hadir dalam idup aku dari dulu sampai sekarang...yang telah beri aku sejuta kenangan pahit manis ketika berada di perantauan.....family,Kuceng2 aku, VAIO-Bee, kawan2 dari kecil hingga besar, guru2, lecturer, kawan2 ofismate, kawan2 yg baik hati contribute, penganjur event, pengusaha local brand, local band, local acts pelbagai genre dan Team Majalah By'U...thanks a lot guys! Hanya Allah yang dapat membalas segalanya.....segala pahit manis, kenangan dan pengalaman ni akan aku jadikan diari di dalam kepala aku sampai bila-bila....TERIMA KASIH sekali lagi..

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers