Friday, June 24, 2011

~Saya Budak Baru Belajar...takde basic papepun...~


Assalamualaikum...

Pergghhh...mcm syahdu je posting kali ni kan? Bukan sinisan mahupun niat tak baik..cuma agak terasa hati...Ok lah...aku mengaku aku takde basic pun nak menulis apatah lagi menjadi seorang wartawan....tapi aku sangat percaya dengan passion dan minat aku yang mendalam ni boleh dikongsi bersama dengan orang lain....

Jangan la kutuk aku atau kondem aku sangat coz belum tentu 'korang-korang' yang ada sijil, diploma or ijazah perfect dalam penulisan kan? Ya, aku masih lagi dalam fasa belajar...aku tak nafikan kadang2 aku sendiri tak puas hati dengan hasil tulisan aku bila majalah dah siap printing...tapi macam aku cakap, aku cuba buat sebaik mungkin...

Alhamdulillah..syukur sangat sbb sepanjang aku menulis, aku terima banyak support yang ikhlas...ada yang suka, ada yang tak...its ok..mungkin mereka suka sebab cara penulisan aku yang santai, tidak terlalu formal...mungkin juga mereka tak suka sebab benda yang sama or ada yang kurang senang dengan passion dan minat aku terhadap dunia penulisan ni.....

Tapi tak apa lah....aku percaya ada hikmahnya....setelah isu yang ke-tujuh, aku dapat rasa penerimaan orang ramai semakin baik dan jualan majalah semakin memberangsangkan..syukur di ats nikmat Tuhan yang satu...

Just aku berharap...kalau aku buat salah, cepat2 la tegur dan kalau perlu...senang-sengankan lah diri untuk memberi tunjuk ajar kat aku...insyaallah aku akan ingat jasa tu sampai hujung nyawa aku.....dan aku juga berharap...jangan pandang rendah dengan orang lain....belum tentu apa yang mereka tak ada, kita ada...dan sebaliknya....bersyukur lah atas nikmat yang Tuhan dah kasi kat kita..jgn terlalu tamak dan jangan terlalu taksub dengan dunia keglamoran menjadi seorang penulis yang dikenali ramai....

Akhir kata:
"AKU BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH TEGUR DAN AJAR LAH AKU DENGAN SEIKHLAS MUNGKIN"

~One Love, Peace & Harmony~

P/S: Guys, jangan lupa dapatkan Majalah By'U isu Julai di pasaran sekarang ya! Support!

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers