Saturday, July 9, 2011

~BERSIH?~



BERSIH - Cuba lihat dan fahami 8 Tuntutan yang dibuat tanpa ada perasaan menyalahkan mana-mana Agama dan Bangsa

Hari ni hari kemuncaknya mereka yang ingin memberi kata luah dalam bentuk demonstrasi secara beramai-ramai...ooowhh..jangan korang fikir aku memihak mana-mana pihak kerana sungguh aku tidak terlibat di dalam mana-mana pihak pun....aku menulis kerana aku merasakan aku juga ada pendapat aku sendiri...aku juga mahu memberi kata luah, tapi bukan secara beramai-ramai..hanya di sini..di blog membebel aku ni...

Mengenai perhimpunan bersih ini, aku tidak menyokong dan aku tidak membantah....aku lihat ada pro dan kontranya...kenapa? Aku pasti mereka yang menyokong atau membantah ada alasannya yang tersendiri..........cuma aku berharap supaya korang semua melihat 8 tuntutan yang dibuat sebagai RAKYAT MALAYSIA, bukan sebagai penyokong atau pembantah mana2 pihak.....dan jangan sesekali melibatkan isu BANGSA DAN AGAMA di dalam hal ini...cuba selami input dari kedua-dua belah pihak tanpa prejudis...lihat jika ia relevan atau pun tidak....setelah dilihat dan difahami, barulah memberi pendapat...tapi biarlah ia pendapat sebagai seorang rakyat Malaysia.... ;)

Dan pesan aku kepada mereka....kepada mereka yang hanya ingin melihat atau tidak menyokong mana-mana pihak, ayuh....jangan kita sakiti mana-mana pihak.....mari kita melihat dan kemudian kita memberi pendapat... ;)

POLITIK

Untuk pengetahuan korang, aku lahir di dalam masyarakat muhibah...aku bersekolah di sekolah berbilang kaum...dan jika korang nak tau, di kampung aku ni bila start PRU, mulalah pendapat masing2 bercanggah tak kira la antara jiran2 ke, adik bradik ke, parent dgn anak2 ke...semuanya sebab berlainan pendapat dan berlainan 'parti'...aku lak dari kecik hingga SPM, aku dihidang dengan propaganda dari sebelah 'parti' je...aku menolak 'parti' lain sebab time tu aku hanya jadi 'LALANG'...yela..aku kan masih budak2 time tu..hehehe...jangan salahkan aku...k?

Then, start aku hidup merantau (belajar dan bekerja di negeri orang), aku kenal dengan ramai rakan-rakan yang berbeza pendapat dan berbeza 'parti' ni...aku mula dengar macam2 pendapat dan hujah2 dari mereka...dari situ lah aku mula faham setiap perjuangan, ada alasan mereka yang tersendiri...ada pro dan kontranya untuk setiap hujah dan pendapat mereka...terima kasih kawan-kawan....aku menghargainya...sangat menghargainya....

Lepas tu sampai lah sekarang....aku tekad untuk menjadi seorang yg 'BEBAS'...tidak menyokong atau membantah...aku cuma ingin melihat dari jauh...sebab aku percaya setiap apa yang mereka perjuangkan ada maksudnya...ada alasannya....biar lah mereka cakap aku pengecut, tidak sayangkan negara, tidak bertanggungjawab...tapi mereka kena ingat, aku ada hak...aku masih ada hak di atas bumi Malaysia ni...Malaysia negara demokrasi..aku berhak bersuara dan membuat pilihan....cuma yang ingin aku katakan di sini...aku terlalu sayangkan negara aku ni...dan aku berdoa semoga semuanya akan baik-baik saja......

Pesan aku kepada mereka.............

Berpolitik lah dengan penuh rasa bertanggungjawab...berpolitiklah dengan adil dan saksama...berpolitiklah dengan penuh dedikasi tanpa rasuah atau fitnah.....berpolitiklah secara BERSIH...jangan terus kotorkan maksud politik dengan cara yang rakus untuk kepentingan diri sendiri atau kroni2....INGAT! Rakyat memilih kerana mereka percaya anda boleh membawa perubahan.....jadikan kepercayaan ini sebagai amanat tumpah darah mereka di bumi Malaysia yang tercinta ini....

Nota Aku: Satu masa, aku pasti akan MEMILIH..............Insyaallah jika dipanjangkan umor dan diizinkan Tuhan.......MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU.......LOVE MALAYSIA! One Love, Peace & Harmony~

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers