Dear Mak,
10 Mei…
Setiap tahun, tarikh ini tidak
pernah dilupakan oleh kami adik beradik..
Tarikh yang sangat istimewa
kepada kami. Tarikh lahir ibu yang
melahirkan kami dengan susah payah. Dia
yang kami panggil MAK.
Tahun ni, 10 Mei 2014 bersamaan
dengan hari Sabtu, dan dalam pada masa yang sama, seluruh dunia turut menyambut
hari yang sangat ‘mesra & bahagia’ bersama ibu masing-masing iaitu Hari Ibu
Sedunia.
Mak, dah hampir lima tahun Mak sakit, Mak tak boleh jalan,
tangan kanan Mak tidak boleh angkat sebab Mak lumpuh separuh badan. Achik ingat lagi sebulan sebelum tu Mak dan
Abah sempat menghadiri majlis konvokesyen degree Achik kat UiTM Shah Alam dan
Mak juga sempat jaga cucu mak selama hampir seminggu. Masa mula-mula Achik dapat berita ni, gugur
air mata Achik depan kawan-kawan Achik.
Ya Allah, masa tu Achik Cuma berdoa Mak OK dan Achik berdoa Achik dapat
jumpa Mak secepat mungkin. Masa tu,
Achik tak fIkir panjang…Achik sanggup berhenti kerja kalau itu yang perlu Achik
buat. Alhamdulillah…Mak OK…Cuma mak tak
boleh berjalan macam dulu lagi…tak apa Mak, Achik boleh jaga mak. Achik dah janji pun dengan diri Achik untuk
jaga Mak sampai bila-bila.
Mak,
Bila diingat kembali, Achik
sangat bertuah mempunyai Mak dalam hidup Achik walaupun kadang-kadang perangai
Achik menyebabkan Mak risau dan sedih. Mak
selalu ada dengan Achik di kala susah dan senang, Mak juga kaunselor dalam
memberi nasihat kalau-kalau Achik tak dapat cari jawapan. Achik masih ingat masa Achik nak ambil Exam
SPM…mak tahu Achik suka study time awal pagi, Mak tolong kejutkan dan siapkan
breakfast untuk Achik tiap-tiap hari…Dan Achik masih ingat, Mak akan bangun
pukul tiga pagi setiap hari untuk siapkan kelengkapan kami adik beradik.
Achik tahu jauh di sudut hati
Mak, Mak sangat risauakan Achik yang masih belum mendirikan rumah tangga. Mak risau Achik akan hidup keseorangan. Tapi, ketahuilah Mak, Achik tak pernah rasa
ralat dengan ketentuan Ilahi ini. Achik
redha dengan Qada’ dan Qadar dan takdir hidup Achik. Andai Achik tak berjodoh di dunia ni hingga
akhir hayat Achik, Mak tak perlu risau…Achik masih ada kudrat dan Mak pun tahu
yang Achik dah selalu pernah berdikari…Insha-Allah…dengan ilmu yang Achik ada,
dengan tulang empat kerat Achik, jika diizinkan Allah Achik rasa takkan ada
masalah pada masa hadapan.
Cuma Achik nak Mak tahu yang
kalau boleh Achik nak hidup dan jaga mak sampai akhir hayat…kalau boleh sampai
bila-bila…Achik tak kisah pun apa yang orang nak cakap pasal Achik, Cuma Achik
kisah pasal Mak saja..so, Mak jangan risau ya?
Alhamdulillah…tahun ni makin
bertambah cucu Mak, Achik tahu Mak happy sangat…Achik nampak wajah bahagia Mak
bila dapat pangku cucu Mak walaupun hanya dengan sebelah tangan. Insha-Allah, Achik akan pesan dekat cucu-cucu
Mak untuk sentiasa doakan kesihatan Mak dan selalu datang melawat Mak.
Puan Jamaliah Binti Jaafar,
Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu…Terima Kasih di atas segalanya Mak…Apa
lagi yang Achik harapkan kalau bukan doa untuk Mak sihat dan bahagia sampai
akhir hayat Mak. Mak, Achik sayang Mak
sangat-sangat…andai nyawa jadi galang gantinya, Achik sanggup sebab Mak adalah
anugerah yang tak ternilai pada kami semua.
I will love you till my last breath…semoga Mak sentiasa di bawah
lindungan Allah…aminn…
No comments:
Post a Comment