Thursday, March 31, 2011

~Satu GIGS~



Walaupun masih baru, penubuhan ‘pakatan’ Satu GIGS yang diasaskan oleh D.A.R.A.48 ini bukan sahaja usaha yang patut dipuji dan direspek, malah patut diberi peluang untuk berada bersama-sama dalam industri seni tanah air kita. Untuk makluman korang, Satu GIGS yang bermaksud “Generasi Ini, Generasi Seni” adalah satu label universal yang lebih dikenali sebagai satu pakatan untuk label-label dan persatuan tempatan untuk bekerjasama menjayakan sesuatu projek yang dirancang dan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Ditubuhkan pada tarikh keramat 10.10.2010 yang lalu, pakatan yang selesa menggunakan tagline “Mari Bekerja Bersama” ini berpusat nun jauh di Utara tanah air iaitu di Negeri Kedah Darul Aman. Selain berperanan sebagai ejen pengiklanan kepada label-label dan persatuan yang bernaung di bawah pakatan ini, Satu GIGS juga bertindak sebagai ‘medium’ untuk bersama-sama memperkenalkan label dan persatuan ini kepada para peminat seni seantero Malaysia selain membuka ruang kepada label-label dan persatuan ini bekerjasama memajukan industri seni tempatan. Satu usaha yang patut dipuji!

Tidak hanya berpaksi semata-mata kepada penganjuran gigs atau event yang berkonsepkan seni, Satu GIGS juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain antaranya, perkhidmatan design, mencetak T-shirt, videografi, fotografi, merekod lagu dan lain-lain lagi. Bertitik tolak daripada sokongan dari pelbagai pihak terutamanya daripada label-label dan persatuan seni di bawah pakatan Satu Gigs ini, maka lahir lah projek pertama pakatan Satu GIGS ini iaitu “SATU PERPULUHAN SATU GIGS MEMORI” yang telah diadakan di Soundmaker, Pulau Pinang pada 25 Disember 2010 yang lalu.

Antara pakatan label dan persatuan yang terlibat di dalam event ini adalah The Absolute Clothing sebagai T-Shirt rasmi, Adamerah sebagai fotografi rasmi, T.P.K. sebagai crew rasmi, Juxta Art Production, Lockluck, DayXstreet, Stylish, Subnoise, De Art Cube Studio, Satelizer Music dan Konsenma.

So, mari la kita bersama-sama nantikan projek seterusnya daripada SATU GIGS ini. Kepada korang yang berminat untuk bekerja bersama dengan Satu GIGS atau jika korang mempunyai sebarang pertanyaan, korang boleh la tanpa segan silu menghubungi atau mengorat pihak SATU GIGS di Facebook (Satu Gigs) atau di talian : 017 - 244 9609.

THE CREWS

Nota Aku: Orang Melayu ke, Orang Cina ke, Orang India ke, KITA KAN ORANG MALAYSIA?? So, support our local act & local brand guys!

*****Article Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Adamerah & Satu GIGS) All rights reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law*****

3 comments:

  1. Cun! Serba-serbi boleh! Irm, teruskan usaha awak. Semoga terus maju.. :)=

    - FM -

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ana krn sudi drop komen di sini..
    insyaallah..akan cuba sedaya upaya..masih belum sempurna..hehehe..tq very much! ;)

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers