Sunday, February 22, 2015

Al-Fatihah Tokwan

Al-Fatihah kepada arwah tokwan yang baru meninggal dunia pada siang tadi...
Ralat aku rasa bila tak dapat tatap wajahnya yang masih bernyawa...Allah lebih sayangkan tokwan so, Allah nak percepatkan segalanya...

Lebih menyanyat hati bila tok asyik menangis di atas kematian suami tersayang...ya Allah, mungkin ini yang dikatakan cinta sejati...tok asyik menangis dan cakap dia kini tinggal seorang, tiada lagi teman....iya, bayangkan lah hampir 3/4 hidup tok adalah bersama arwah tokwan...tidak pernah berenggang...alih2 tokwan takda depan mata...sayu hati aku...

Tokwan, semoga roh tokwan dicucuri rahmat, semoga arwah tokwan ditempatkan di kalangan umatNya yang beriman...tokwan jangan risau, kami anak dan cucu cicit akan berjanji untuk menjaga tok sesempurna mungkin dengan limpahan kasih sayang kami...bersemadi lah tokwan dengan aman dan damai di sana...semoga dipermudahkan segalanya dan moga kita berjumpa lagi di syurga nanti...

Al-Fatihah...we love you tokwan...forever...


Sunday, February 15, 2015

PATHETIC


Yuhhhuuu...
Hey, yeah...i'm still learning, still trying to be a better person, keep endeavoring...
So, please do understand me...i'm begging you coz i'm sick of being a hypocrite and too kind person to all of you guys...you always keep an advantage of me whenever you want and you know what? I'm really tired to take part on your 'game' anymore...you such a sick and pathetic person that I've known.
*sigh*

Saturday, May 10, 2014

SELAMAT HARI LAHIR DAN SELAMAT HARI IBU MAK!

Dear Mak,

10 Mei…
Setiap tahun, tarikh ini tidak pernah dilupakan oleh kami adik beradik..
Tarikh yang sangat istimewa kepada kami.  Tarikh lahir ibu yang melahirkan kami dengan susah payah.  Dia yang kami panggil MAK.

Tahun ni, 10 Mei 2014 bersamaan dengan hari Sabtu, dan dalam pada masa yang sama, seluruh dunia turut menyambut hari yang sangat ‘mesra & bahagia’ bersama ibu masing-masing iaitu Hari Ibu Sedunia.

Mak, dah hampir lima tahun Mak sakit, Mak tak boleh jalan, tangan kanan Mak tidak boleh angkat sebab Mak lumpuh separuh badan.  Achik ingat lagi sebulan sebelum tu Mak dan Abah sempat menghadiri majlis konvokesyen degree Achik kat UiTM Shah Alam dan Mak juga sempat jaga cucu mak selama hampir seminggu.  Masa mula-mula Achik dapat berita ni, gugur air mata Achik depan kawan-kawan Achik.  Ya Allah, masa tu Achik Cuma berdoa Mak OK dan Achik berdoa Achik dapat jumpa Mak secepat mungkin.  Masa tu, Achik tak fIkir panjang…Achik sanggup berhenti kerja kalau itu yang perlu Achik buat.  Alhamdulillah…Mak OK…Cuma mak tak boleh berjalan macam dulu lagi…tak apa Mak, Achik boleh jaga mak.  Achik dah janji pun dengan diri Achik untuk jaga Mak sampai bila-bila.  

Mak,
Bila diingat kembali, Achik sangat bertuah mempunyai Mak dalam hidup Achik walaupun kadang-kadang perangai Achik menyebabkan Mak risau dan sedih.  Mak selalu ada dengan Achik di kala susah dan senang, Mak juga kaunselor dalam memberi nasihat kalau-kalau Achik tak dapat cari jawapan.  Achik masih ingat masa Achik nak ambil Exam SPM…mak tahu Achik suka study time awal pagi, Mak tolong kejutkan dan siapkan breakfast untuk Achik tiap-tiap hari…Dan Achik masih ingat, Mak akan bangun pukul tiga pagi setiap hari untuk siapkan kelengkapan kami adik beradik. 

Achik tahu jauh di sudut hati Mak, Mak sangat risauakan Achik yang masih belum mendirikan rumah tangga.  Mak risau Achik akan hidup keseorangan.  Tapi, ketahuilah Mak, Achik tak pernah rasa ralat dengan ketentuan Ilahi ini.  Achik redha dengan Qada’ dan Qadar dan takdir hidup Achik.  Andai Achik tak berjodoh di dunia ni hingga akhir hayat Achik, Mak tak perlu risau…Achik masih ada kudrat dan Mak pun tahu yang Achik dah selalu pernah berdikari…Insha-Allah…dengan ilmu yang Achik ada, dengan tulang empat kerat Achik, jika diizinkan Allah Achik rasa takkan ada masalah pada masa hadapan. 

Cuma Achik nak Mak tahu yang kalau boleh Achik nak hidup dan jaga mak sampai akhir hayat…kalau boleh sampai bila-bila…Achik tak kisah pun apa yang orang nak cakap pasal Achik, Cuma Achik kisah pasal Mak saja..so, Mak jangan risau ya?  

Alhamdulillah…tahun ni makin bertambah cucu Mak, Achik tahu Mak happy sangat…Achik nampak wajah bahagia Mak bila dapat pangku cucu Mak walaupun hanya dengan sebelah tangan.  Insha-Allah, Achik akan pesan dekat cucu-cucu Mak untuk sentiasa doakan kesihatan Mak dan selalu datang melawat Mak. 


Puan Jamaliah Binti Jaafar, Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu…Terima Kasih di atas segalanya Mak…Apa lagi yang Achik harapkan kalau bukan doa untuk Mak sihat dan bahagia sampai akhir hayat Mak.  Mak, Achik sayang Mak sangat-sangat…andai nyawa jadi galang gantinya, Achik sanggup sebab Mak adalah anugerah yang tak ternilai pada kami semua.  I will love you till my last breath…semoga Mak sentiasa di bawah lindungan Allah…aminn…


Tuesday, March 25, 2014

TAKZIAH & AL-FATIHAH



Assalamualaikum....
Oleh kerana pada malam semalam aku terlalu mengantuk dan letih, aku tido awal...
Then pagi tadi macam biasa time dok siap-siap nak pergi keja, aku terdengar la radio...
Peliknya ada bacaan Surah Al-Fatihah...so, aku assume ada berita terbaru pasal kehilangan kapal terbang MH370....Yes, betul la...rupa-rupanya ada satu press conference tergempar malam semalam oleh PM kita....

Ok, aku terkelu sekejap....Ya Allah...walaupun aku dah agak benda tu, cuma aku macam biasa la...selagi tak tak ada bukti dan fakta sahih, aku malas nak amek port sangat...yela, sekarang kan macam-macam spekulasi timbul pasal MH370 ni...

Tapi berita malam tadi tu buat aku jadi blurr sekejap....tapi jauh di sudut hati aku, kalau la benda ni betul, TAKZIAH  kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew yang terlibat...kepada mereka yang beragama Islam, aku sedekahkan Al-Fatihah...semoga semuanya baik-baik sahaja.  Terima Qada' dan Qadar ini dengan hati terbuka...

Till then, life must go on...so, take  care everyone!

#KeepPRAY4MH370

Saturday, March 22, 2014

~WELCOME TO OUR FAMILY MY NEW BABY BOY~

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan dan rahmatNYA...
Semalam, 21 Mac 2014 lahir lah seorang lagi umat Nabi Muhammad di atas dunia ni...

Syukur...tahniah kepada adik lelaki aku dan isteri yang telah menimang cahayamata pertama mereka...walaupun ada sedikit masalah yang dihadapi oleh baby boy, insha-Allah semuanya kita serahkan pada Allah...dia lebih mengetahui...kita doakan baby boy sehat dan tidak ada apa-apa...

Kepada my new baby boy,
Cikma janji Cikma akan jaga dan sayangi kamu macam anak Cikma sendiri...
Bertambah lah anak didik Cikma lepas ni...hehehe...
Can't wait!! Cikma akan pastikan kamu semua akan dapat pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna walaupun Cikma perlu berkorban apa sahaja....kerana kamu semua adalah permata hati Cikma...insha-Allah...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers