Friday, May 20, 2011

~Ekstrem dengan Paintball~



Paintball, satu lagi permainan ekstrem yang semakin hari semakin pesat berkembang serta mendapat tarikan yang sangat hebat di kalangan rakyat Malaysia khususnya kepada para remaja. So, sebelum aku cerita lebih lanjut mengenai sukan paintball ini kepada korang, meh kita selami sejarah paintball ni.

Menurut sumber, paintball pertama kali dihasilkan oleh syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 yang mana pada ketika itu ia dihasilkan untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Kalau korang nak tau, permainan paintball pertama kali dimainkan oleh dua orang sahabat di dalam hutan Henniker, New Hampshire dan bertitik tolak dari itulah paintball menjadi salah satu permainan sukan outdoor digemari ramai.

Awalnya, seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan Survival ini iaitu pada 27 Jun 1981 yang mana ketika itu mereka bermula dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007 di kawasan berkeluasan 80 ekar. 12 pemain ini adalah terdiri daripada Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barret, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel.

Paintball kini telah berubah wajah dengan adanya pelbagai pilihan kawasan permainan samada di dalam hutan, kawasan reakreasi mahupun di dalam stadium. Perolahan sukan ini juga boleh dilihat dengan jelas di mana terminologi ketenteraan telah bertukar ke terminologi kesukanan, dari celoreng kemudiannya ke jersi dan daripada simulasi peperangan kepada satu pertandingan sukan. Dan dahulunya ia hanya dikenali dengan paintball, namun paintball telah diiktiraf sebagai sukan dan kini dikenali sebagai sukan paintball. Jika korang nak tau,menurut National Sporting Goods Assosiation (NSGA) dan National Professional Paintball League (NPPL) sukan paintball ini adalah sukan ekstrem yang popular di dunia dengan menduduki tempat ketiga sebagai sukan ekstrem paling popular di Eropah dan juga Amerika Syarikat.



Berikut adalah sedikit info ringkas mengenai sukan paintball:

•Paintball mulanya dikenali sebagai permainan ‘Survival’ dan artikel mengenainya pernah ditulis di dalam majalah Sport Illustrated di Amerika Syarikat pada Jun 1981.

•permainan Paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik dan terminologi ketenteraan dan juga penggunaan ‘Paint Marker’ yang mirip seperti senjata api.

•Sukan paintball ini pertama kali diperkenalkan oleh 12 orang pelopor yang terdiri daripada penulis, wartawan, peladang dan golongan professional yang bermain permainan ini pada Jun 1981.

•Senjata paintball atau marker yang dikeluarkan oleh Nelson Paint Company ini asalnya digunakan untuk pertanian dan penternakan iaitu bagi tujuan menanda binatang ternakan dan pokok.

•Permainan paintball di peringkat antarabangsa dimainkan di dalam pelbagai kategori antaranya, Capture the Flag, Elimination, King of the Hill, Zombie, Speedball, Tag dan Ironman.

•Di AS, pemain professional dan terbaik dunia, Oliver Lang telah menandatangani kontrak tiga tahun bermula 2007 bersama Los Angeles Ironmen dan menerima bayaran sebanyak RM352, 113.

•Di Malaysia, paintball mula dipopularkan pada sekitar awal tahun 2000 dan kini ia antara negara yang aktif memainkan permainan di rantau ini.

•Paintball Global BT Big Games (BTBG) julung kali diadakan di Malaysia dengan membabitkan permainan serentak paintball di 82 lokasi di seluruh Malaysia.

•BTBG yang berlansung di Malaysia dikendalikan oleh Delta Paintball Malaysia Sdn. Bhd. yang beroperasi di Paintball Valley Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.


Sorotan Sejarah Sukan Paintball mengikut tahun:

•1970 Syarikat Daisy mencipta ‘Paintball Marker’ untuk Jabatan Perhutanan Amerika Syarikat.
•1981 12 rakan bermain Paintball bersama Bob Gurnsey di New Hampsire menggunakan ‘google’ mata dan Paintball yang mengandungi cat minyak.
•1982 Padang Paintball pertama di Rochester, NY dan diperkenalkan sebagai ‘National Survival Game’ (NSG).
•1983 Pertandingan ‘NSG’ yang pertama.
•1984 Paintball diperkenalkan ke England dan Australia.
•1992 National Professional Paintball League (NPPL) ditubuhkan di Chicago.
•1998 Pertandingan Skyball pertama di Skydome, Toronto, Canada.
•2000 Sirkit Millennium bermula di Eropah.
•2002 NPPL Super 7 World Series diperkenalkan.

Ok, so kalau korang dah tau serba sedikit tentang sukan paintball ni, so meh aku nak cerita serba sedikit tentang tips-tips serta peralatan yang digunakan di dalam sukan paintball ini.

Perkara penting ketika korang nak mulakan permainan ini adalah korang kena la tandatangan dokumen yang telah disediakan oleh pihak penganjur kerana pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang korang alami selepas mereka memberi briefing yang lengkap sebelum permainan bermula. Korang juga dinasihatkan supaya memakai pakaian yang longgar dan keras (dinasihatkan baju dan seluar panjang) supaya bila korang kena tembak, bullet yang ditembak kearah korang akan melurut jatuh ke bawah. Baju yang keras akan menyelamatkan kulit korang dari lebam dan pendarahan dalaman. (Mungkin sebab inilah paintball dikategorikan sebagai ekstrem kan?)

Sebelum korang mulakan permainan, korang juga dinasihatkan supaya membuat warm-up terlebih dahulu sebelm korang main tembak menembak ni supaya mengelakkan badan korang kejang dan sakit-sakit selepas tamat permainan. Yang paling penting, korang diingatkan supaya sentiasa memakai google atau topeng keselamatan dan juga body shield yang telah disediakan semasa korang di dalam kawasan bermain supaya mengelakkan kecederaan. Juga diingatkan, walaupun korang dah kalah, korang perlu sentiasa pakai google ni untuk mengelak bullet terkena bahagian mata dan kepala korang. Bila korang dah kena tembak, sila lah menyerah kalah dengan mengangkat sebelah tangan korang dan terus menuju ke belakang palang besi team korang. Angkat tangan korang ini adalah sebagai isyarat yang korang telah kena tembak dan takde la orang lain tembak korang lagi.

Antara lokasi paintball di Malaysia adalah di Xtion Paintball Kuala Lumpur, TT Sport Park Subang Jaya, Tanamera Paintball Park Selangor, Survivor Paintball Park Kota Kinabalu, Putra Paintball Park Putrajaya, Penang Paintball Sports Club Pulau Pinang dan pelbagai lagi lokasi di serata pelusuk Malaysia ni. So, apa lagi yang korang tunggu? Jom la try sukan paintball ni!

Nota Aku: Jangan pakai baju warna putih tau, nanti abis baju korang. ;)

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (Me or the Contributor) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers