Friday, May 20, 2011

~ZERA Shop - Uptown Shah Alam~



Chic, stylo dan ekonomi. Zera Shop yang diambil bersempena nama pemiliknya ini mula beroperasi pada awal pertengahan tahun 2006 iaitu semenjak Uptown Shah Alam mula-mula dibuka lagi. Namun, menurut pemilik kedai ini iaitu Pn. Nurzahirah Bt Dato’ Mohamed Ibrahim ini, nama Zera Shop hanya mula diperkenalkan pada tahun 2010 yang lalu. Di atas minat pemiliknya dalam dunia fesyen dan dunia perniagaan, serta sokongan padu oleh ahli keluarga beliau inilah yang membuatkannya semakin bersemangat untuk turut bersaing dengan para peniaga yang lain. Tidak dinafikan bahawa internet adalah satu medium promosi dan jual beli yang sangat popular pada masa kini. Oleh itu, setelah beberapa tahun beroperasi di Uptown Shah Alam, sekitar bulan Mei 2010, Zera Shop mula melangkah setapak ke hadapan dengan menjadikan internet sebagai medium memperbersarkan lagi perniagaannya ini.

Kalau korang nak tau, Zera Shop menawarkan kepelbagaian fesyen pakaian, aksesori dan juga kasut khas untuk kaum wanita. Dan menariknya, Zera Shop menawarkan harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM10-RM150 kerana Zera Shop mengimport sendiri tanpa menggunakan khidmat orang ketiga dari Thailand, Indonesia dan China. Di samping itu juga, Zera Shop juga ada menawarkan pembelian secara borong bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan atau menjalankan perniagaan. Zera Shop juga memberi peluang kepada sesiapa yang berminat memulakan perniagaan namun tidak mempunyai modal dengan menjadikan mereka sebagai agen dropship kepada Zera Shop.



Bercakap mengenai misi dan visi Zera Shop, pemiliknya sangat optimis dan bersemangat untuk terus memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik untuk mengekalkan status dan kedudukan yang stabil di dalam pasaran semasa. Menurutnya lagi, Zera Shop juga akan sentiasa memantau dan mengekalkan kualiti barangan yang sedia ada dan barang-barang yang terbaru kepada para pelanggannya. Beliau juga turut menyediakan pakaian yang sesuai dengan pelanggan mereka yang rata-rata terdiri daripada remaja yang sememangnya suka berfesyen. Menurutnya lagi, walaupun trend fesyen pakaian terkini oleh remaja lebih terarah kepada fesyen dari luar, namun beliau sentiasa cuba untuk menyesuaikan fesyen itu mengikut ciri-ciri ketimuran lebih-lebih lagi kerana kebanyakkan pelanggannya terdiri daripada wanita yang bertudung.

Dengan promosi di kedai sedia ada di Uptown Shah Alam, Zera Shop juga turut menjadikan internet sebagai salah satu daripada kaedah untuk mempromosikan dan menjual barang-barangnya. Selain itu, Zera Shop juga sering menyewa dan menjadikan tapak promosi di shopping mall, bazaar dan lain-lain untuk memperkenal Zera Shop kepada orang ramai. Dan jika korang nak tau, kebanyakkan pelanggan Zera Shop adalah terdiri daripada pelajar, remaja dan juga wanita yang bekerjaya. Kebanyakkan daripada mereka juga adalah ‘regular customer’ mungkin kerana harga yang ditawarkan di Zera Shop amatlah berpatutan dan sesuai dengan keperluan kewangan mereka. Tetapi pelanggan Zera Shop tidak hanya terdiri daripada pelanggan dari sekitar Selangor atau Lembah Klang sahaja, malah dari seluruh Malaysia kerana kini Zera Shop telah pun bergerak secara online di laman sesawang Facebook.



Ternyata internet memberi pelbagai manfaat jika kita bijak menggunakannya ke arah jalan yang betul dan ia bukan sahaja menguntungkan malah memberi impak yang sangat besar kepada mereka yang tahu menggunakannya dengan cara yang baik. So, kepada korang yang ingin memulakan perniagaan, Zera Shop juga memerlukan agen di seluruh negara. Kepada sesiapa yang berminat dan kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Zera Shop ini, jom usha maklumat-maklumat di bawah ini:

ZERA SHOP(Nurzahirah Bt Dato' Mohamed Ibrahim)
P6-18, Blok 6,
GM Klang, Jln Kasuarina 1,
Bandar Botanic Capital,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 012-356 3412 begin_of_the_skype_highlighting              012-356 3412      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting              012-356 3412      end_of_the_skype_highlighting / 012-304 1547
Facebook:http://www.facebook.com/pages/Zera-shop/153117544745445
Email: zera.collection@yahoo.com

Nota Aku: Membeli belah dengan berhemah dan elakkan pembaziran serta penipuan~

*****Articles Copyright © 2011 (Astarawistana Momoi) & Pictures (ZERA SHOP) are All Rights Reserved. Use of words & photographs in any manner without permission are prohibited by International copyright law. Your Cooperation is highly appreciated~ ;) *****

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers